Sunday, 1 September 2013

Sila Ambil Pita Pengukur



semenjak dua menjak ni rajin google forum tentang benda ni. benda apa???? ia adalah rahsia peribadi & angan-angan kosong je. tak berani bukak mulut kat en. suami, boleh kena pelempang free

tak pe tak pe... google kt opis je. sebarang jejak dia tak dapat kesan 

kalaupun google dekat rumah, sukar untuk dia nampak on the spot sebab dia kat rumah jarang pakai cermin mata. sementara dia nak capai cermin mata untuk tengok apa yang aku google, aku dah berjaya log out

bila dah google, carian tu bawak aku ke banyak forum. maka baca la forum untuk tengok feedback 


terkesima aku dengan soalan bertalu-talu dari sorang ni


soalannya lebih kurang gini...
saya adalah sorang penjawat awam dengan gaji RM900. saya ada buat personal loan RM450 sebulan tapi tak de tunjuk dalam pay slip. saya berminat nak ambil xxxxxxx dengan 0% deposit. 

perlu ke saya bagitau tentang personal loan tu pada pihak agent??... agak-agaknya loan saya boleh lepas tak???

pengsan kak ton baca... kering hingus kejap


ko bayangkan.... berani tanya soalan gitu. berani tu satu hal, tak boleh pikir tu satu lagi masalah

sila ambil tali tape dan ukur badan sendiri. sila tengok cermin dan lihat la wajah sendiri. sila berpijak di bumi yang nyata

ayat lain yang paling seswai untuk soalan ni adalah penbunuhan diri sendiri

tak de kewarasan langsung. yang ko tanya tu adalah kereta imported .... aiseh, ai is kantoi tapi abaikan saja kekantoian itu. mari kembali fokus pada soalan itu

sah sah monthly dekat nak sama dengan gaji ko. yang personal loan tu lagi. duit makan, duit minyak, duit rumah. ada fikir tak????


2 comments:

  1. hmm , ukur baju di badan sendiri lahh , ni lagi nak pinjam banyak2 , tengok macam kes2 kat negara kita ni , nak pinjam banyak2 tapi gaji kecil ! lepastu tak mampu nak bayar , sedar diri lah dengan kemampuan yang ada . rata-rata yang buat macam ni memang fikir jalan singkat je , bukan fikir masa depan !

    ReplyDelete
  2. tepat sekali, takut diri terjerut dengan hutang

    ReplyDelete