Monday, 30 September 2013

Sudut Binatang



susah jugak bila ada anak yang extra penyayang nih. pantang ada hewan kecik, semua pun dia nak beli, nak bela, nak bawak balik

aku kecik-kecik dulu pun punya le penyayang tapi tak de le koleksi. kiranya penyayang dalam hati je le, tak ramai yang tau sifat penyayang aku

kadang-kadang aku layankan permintaan dia, kadang-kadang diabaikan dengan sopan




balik dari sekolah minggu lepas dibelinya anak-anak ikan, aku rasa ada la 30 ekor. murah je, seposen sekor

kebetulan pulak sekolah dekat denga kedai ikan, suka la dia. ada je idea dia, cuma aku ni tak kose nak melayan

ada burung warna-warni, ada ikan emas comel. ada yang comel???... aku rasa semua pun sama je rupa dia

tu semua poyooooooo
nak racun pikiran aku je, macam le i tak tau politik dia

ikan kecik tu aku rasa sungguh keceh, nak kena pakai oksigen. malam tu tengah aku tidur en. suami bagitau dia nak offkan oksigen sebab dia rasa mende tu panas. sebab dah lama tak guna la kot

pagi esoknya aku bangun pagi tengok separuh dah kembali ke alam barzakh. bila si iwan bangun pagi, terus larik ke dapur. cepat-cepat ayah dia susun ayat penyelamat diri. "tu la, iwan letak banyak sangat makanan, tu yang banyak mati"

tersengih-sengih le iwan, konon mengaku dengan salah sendiri

tiba-tiba ayat dia keluar. "beli ikan laga je la, tapi ikan laga mahal, 2 engget". otototototo.... politik lagi sekali. konon nak menjaga tarap ekonomi keluarga la tewww



tak pe la baby, jom kita sopping ikan laga kat kedai

 

ikan laga biru pilihan hati iwan

sampai je rumah terus sediakan rumah cantik untuk ikan dia

memang dia semangat betul kalau bab haiwan ni



anak kura-kura ni dia mintk kat tukang kebun sekolah

balik dari sekolah agama dia tak bagi aku pasang ekon kereta. aku tanya pasai pe, dia sengeh-sengeh je

musti ada apa-apa nih

sekali seluk dalam poket baju melayu sekolah, keluar anak kura-kura. tak boleh pasang ekon sebab nanti kuran-kura sejuk

yang kura-kura tu duk dalam air tak de pulak dia rasa sejuk yek



mimi, si hamster

dah 3-4 kali beli hamster tapi semua pun nama mimi

banyak kali nak beli lagi sekor tapi aku bolayan. nama dah ada... miki

ooooo... suami isteri la tu


pernah sekali dulu kejap-kejap dia larik masuk stor bawah tangga. bukak peties, lepas tu masuk stor

bila penyiasat aku buat.... aiseh, dia bela berudu kat dalam bekas. bukak peties sebab nak ambil sayur

kat belakang tivi pun macam tu. aku jumpa anak ikan dalam bekas minum dia


so la comel, bila tanya garuk-garuk kepala

tapi aku no hal sebab dia rajin. rajin bagi makan, letak air untuk mimi, cuci bekas

bangun pagi terus lepak kat mini zoo dia. kiranya tempat release tensen la tew


wajah insan penyayang

4 comments:

  1. brapa harga per entry utk dewasa dan kanak2 ye puan ida shazana? kahkahkah

    ReplyDelete
  2. tgk la... kalau dewasa yang comel kira free je

    ReplyDelete