Friday, 29 August 2014

Kita Kasi Tukar... cadangan je baru



tengah baring-baring sambil layan feeling untuk tidur, pandang kiri pandang kanan,... kesian bilik anak-anak kak ton. dari dulu sampai sekarang asyik macam tu je. tak de perubahan pun. kalau lain pun mungkin sebab tukar langsir atau cadar atau kedudukan katil

tapi katil pun ada 2 arah je bertukarnya

huhuhu, gitu le bila bilik kecil. mana lagi nak dipusingkan 


nak kena buat perubahan nampaknya ni. anak-anak dah besar, kena bagi sikit privacy dan kebebasan pada diorang. bukan le kebebasan apa pun, bukan nak bagi diorang pergi disco. cuma nak bagi diorang rasa sonok je

tapi bila ditanya, banyak le pulak permintaannya. juling le pulak biji mata mendengarnya

bilik nak warna merah, almari nak kena gitu gini. permintaan tahap vip. mungkin si angah ingat ibu dia baru keluar duit epf lapan ratus ribu kot

kita ni plan skala kecil, dia ingat kita panggil kontktor kelas A kot

tapi memang kena buat sesuatu nampaknya. kita kan makcik-makcik, suka pulak bab tukar-tukar ni. sementara tengah meronta, kena dilayankan aje niat tu. lagipun kita jugak yang nak memandang. yang sejuk pun mata kita jugak kan

namun, bukan senang jugak nak kumpul tenaga. ingat nak cat almari dan katil warna putih. sekarang warna hitam jadi kena la undercoat dulu baru hasil dia menawan. dinding pun kena tukar jugak sebab warna putih sekarang dah nak membawak pada kelabu. warna dinding kena la kontra dengan warna perabot kan???....

fuhhhhh... lap peluh dulu

bukan sikit punya kerja tuh


Thursday, 28 August 2014

Mari Masak Telur Asam Rebus



hari isnin sampai rabu kak ton kena masak sepantas kilat. Si Angah ada tusyen pukul 8 malam, jadi nak kena bagi dia makan siap-siap kalau tak en. suami kak ton akan bertukar jadi shrek. ehhh.... napa shrek pulak, shrek bukannya ganas. jadi hulk sambil koyakkan table runner

Walau selalu pun dia tak nak makan, kak ton tetap paksa. Maka bertukar la pulak kak ton jadik mak tiri kepada bawang putih. huhuhu,,, terbayang os jadi bawang putih dengan taik lalat besar gajah

semalam masak ni je. rendang sekuali besar ada lagi setengah kuali jadi bole la kak ton berlenggang-kangkung kat dapur




korang tak terpesona dengan gambar ni kan?... tau sangat kak ton. kenapa phone orang lain menawan bila tangkap gambar tapi tab kak ton ni sedeh je hasil dia

redho la haku




3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih 
ikan bilis dalam 20 ekor

mayang bawang dan tumis sekali dengan ikan bilis. biar sampai naik bau je, jangan sampai rentung

masukkan air perahan asam jawa sebesar 2 ibu jari. kalau ibu jari anda adalah sebesar buah lemon, kurangkan kepada 1/2 jari je ye. Lepas tu kak ton masukkan 2 gelas air dan pecahkan 3 biji telur. Masukkan 2 biji cili padi dan setengah biji cili merah untuk bagi warna sikit. 

Gaul-gaul manja untuk elakkan telur hancur. Bila mendidih, masukkan garam, sikit gula. Adjust la kesedapan ikut selera kita

Gitu je la sedikit sebanyak. kita kan pandai, jadi kita tukar-tukar je la yang mana berkenan




ok bye

kak ton nak pass tab kat kawan ni, nak suruh dia godek-godek. apahal teruk sangat hasil gambar ni




Wednesday, 27 August 2014

Mengidam



bila mengidam, kadang-kadang tak mengira masa dan tempat. Tengah gosok gigi pun boleh pikir pasal makan

Semalam,.. otw nak balik rumah, masa tengah lalalalalala nyanyi lagu ziana zain tiba-tiba teringat lemang & rendang

mmmmmm, sedapnya kalau dapat makan

kak ton tak buang masa. pecut kereta ngalahkan abang michael cumaker, terus parking depan kedai runcit acheh untuk beli ayam dan kelapa. huhu, kat kawasan rumah kak ton dan sepanjang jalan kot kat kampung jawa tu semua kedai runcit pun orang acheh concur. kedai buah pun diorang bolot

mana pegi orang malaysia?????... 
mungkin tengah tengok akademi fantasia kot

lemang tak de gilernya kak ton nak membako, kat depan sikit tu ada gerai lemang. memang spesel dia bukak dalam bulan Ramadhan dan Syawal je. lemak berkrim lemang dia tau



sekuali besar rendang ayam

rendang ayam favourite anak-naka jadi kena masak lebih. nanti tak de le diorang terkulat-kulat tak cukup makan

along angah suka bahagian tulang, iwan suka yang banyak isi. senang kak ton, semua bahagian tak membazir waima kaki ayam pun. kak ton suka kaki ayam ye



siap sudah .... 

mari la kita makan dengan gembira sambil berpegangan tangan dan berpeluk-pelukan. alamak,,, kami bercium-ciuman pulak. terlajak gatallllllll



lemang yang enak, setarap mak kak ton buat

macam ni le baru berkat meniaga kan. i lap u tukang buat lemang



Monday, 25 August 2014

Supervisor BBQ



muka kak ton nampak kusam dan kelam??... 
ini adalah disebabkan dek asap dari aktiviti bbq. nasib ada belon kalerful 3 biji tu, dapat mengaburi mata semua penonton




kak ton bersama tuan rumah, kawan masa study kat itm dulu. walaupun semua dah beranak pinak dan membulatkan badan, hubungan masih lagi akrab

tu dia saja la pegang-pegang kak ton. sebab dia la badan kak ton bau asap, lesap bau minyak wangi channel i tau...walaupun sebenarnya guna one drop perfume je




entah kenapa peyut kak ton nampak macam dah nak masuk labour room dengan bukaan 5cm

dengan tak pakai kain dalamnya. harap-harap 2 insan kacak kat depan tu tak perasan. tapi..... kak ton tau orang rabun depan dan jauh pun boleh nampak

uwaaaaaaaaa.... sedih betul. masa drive, dah nak sampai baru perasan kain tu jarang nak mamps. lupa plak nak pinjam kain dalam along 





kak ton dan anak-anak adalah supervisor kononnya pada majlis open house bersekali dengan birthday anak dia yg ke-2. supervisor le sangat kan padahal nak mengidupkan api punya la azab. dekat 2 jam api tak mau menyala

supervisor and assistant adalah failed

burner dekat 1 kotak, guna gelas foam, paper dekat 1 kotak, getah paip amik kat belakang rumah. last2 minta tolong orang pegi kedai beli minyak tanah tapi kedai tak de stok plak. orang kedai kata kat kampung ada la minyak tanah, ni bandar. nyampahs tau reply. ingat kampung sangat ke minyak tanah sampai dihina sebegitu rupa

adakah majlis bbq terpaksa dicancel dek kerna ketidakefisienan supervisor dan anak buah???


kitorang dengan IQ yang tinggi telah alihkan arang yang lama, amik arang baru dari kotak. baru le ada harapan sikit nampaknya

haprak kan???... rupanya arang tu along letak kat belakang ruma, bawah sinki. semalam hujan rupanya, mungkin arang kena tempias

ini adalah penganiayaan kepada wanita mengandung tau. menitik-nitik airmata kak ton melayan api 

tak de hal itu semua, janji happy sesangat

tq along for inviting us


note : dalam perjalanan ke kereta, angah cakap "jarangnya kain ibu, kalau lalu depan lelaki mesti dia jilat bibir". wuish.... tajam menikam kata-kata dia



Friday, 22 August 2014

Frozen Cupcakes



frozen ke ni??....
tiap-tiap hari tengok cite frozen dalam kereta tak mampu tukar kak ton jadik pakar membuat orang salji. jenuh tuh nak membentuk, rasa nak nangis je kat tepi pintu bilik air

tak berapa nak happy sebab apa yang diplan tak jadik kenyataan

ni je yang mampu dibuat sebab tarikh collect dah dipercepatkan. mak eh salah dengar. anak nak bawa ke sekolah rupanya tapi diorder untuk weekend punya collection

mengelupur le kak ton, kena amik 1/2 day leave. banyak bakery kak ton pegi sebab nak beli edible image je tapi semua pun tak de stock

uwaaa...... nangis le macam ni




sedih tau
ni regular customer tapi hasil adolah tak sememeh

bila aplod kat fb nanti, tak nak tag dia sebab malu





olaf yang kabur sebab kalau amik betul-betul, olaf dah macam roti kering je

:)






lepas puan mastura collect, cepat-cepat nyanyi lagu rohana jalil

aku insan yang lemah, hanya mampu berserah





Wednesday, 20 August 2014

Brownies Coklat yang Senang Lenang



ampunkan aku penunggu gua, gambar bukti adalah tak menawan tapi rasa adalah menuntun jiwa

anak-anak tak sabar nak makan sebaik sahaja keluar dari oven. mengelupur je rupa diorang duk kat depan pintu oven. kot kalau terkena panas nanti, baru le mulut tu menganga sampai satu taman pun boleh dengar. kang percuma je aku dicerca jiran sekeliling




sempat posing yang ni je, mata dah ngantuk minta bantal

180 gram coklat masakan
40 gram butter
50ml susu segar
60 gram gula castor
2 biji telur
40 gram tepung

cairkan coklat dan mentega, double boiler atau guna mikrowave pun boleh

masukkan gula dan telur ke dalam mangkuk tadi. kacau sebati dengan senduk

tambah tepung yang telah diayak, kacau lagi 

masukkan dalam loyang. taburkan dengan kekacang pilihan sendiri. aku pilih kepingan almond

bakar dalam suhu 180 darjah selama 30 minit atau hingga masak ranum


tujuan kewujudan brownies ni,,, untuk majlis jamuan raya department aku kat opis semalam. rasa tiga suku mati tau. dah le kita sorang gadis, makanan kena la banyak. paham-paham je la kan orang lelaki, operator pulak tu. sorang makan untuk 3 portion

kebanyakan makanan aku masak sendiri kat rumah, sampai terbalik terlentang aku jatuh kat dapur. menjerit along kesian kat aku. heheheh

apa aku masak????.... 
spagetti goreng, sticky caramel chicken wing, bubur sum-sum, puding cocktail, brownies ni, nasi impit. nampak macam sikit tapi jenuh aku nak masak. ngalahkan catering

dah le penat masak, gambar kenang-kenangan tak menjadik. dah aku bawa camera dari rumah, tukang tangkap gambar tangan tak berbedung kot, semua pun kelabu asap. sesetengah tu bukan hanya kelabu, hitam pekat pun ada

appara...

dah bagi korang tengok 



gaya gadis sebagai tuan rumah




Tuesday, 19 August 2014

Gangguan Mental




Jangan ada spekulasi pulak ye. Mental hanya terganggu bukan tak boleh guna terus. tapi sekarang dah back to normal

ni nak preview pasal cerita kawan aku mati dalam rumah sewa tu. tajuk bukan main panjang, sikit lagi nak jadi cerpen kan 

secara keseluruhan, ok la. tapi yang mati tu,,, peserta raja lawak kot si saipul tu aku tak berkenan. buat pengarah, in future sila ambil pelakon lain. Aku ni bangsa kena ada lawak yang betul-betul bertenaga baru bole gelak. Kalau korang bole gelakkan aku maknanya korang memang the boom la

Kawan aku mati dalam rumah sewa..... banyak jugak aku gelak especially part kena kejar dengan hantu tu. Ok, well done pada pengarah


Oret, ni mental aku terganggu dek sikap penonton. Penonton adalah tak ramai. mungkin dalam 30 orang kot. kenapa tak ramai???... entah, mungkin sebab cerita melayu kot atau mungkin sebab tayangan tu 8.15 jadi orang masih penat balik kerja. bila keluar panggung baru nampak orang ramai tengok movie yang pukul 10

belakang kerusi kami ada la satu family adik-beradik atau kawan-kawan kot. korang tau.... punya la memekak macam dia bayar extra 80 percent. gelak macam nak mamps padahal masa tu pelakon cuma tengah tolak motor je

dari mula sampai akhir diorang boleh je gelak mengekek-ngekek dengan tahap volume maksimum macam tertelan microphone tangan 3 biji dan microphone yang sangkut kat baju tu 8 biji

melampau sangat tau perangai


kejap-kejap ... "hahahahaha, mampus la aku kalau macam ni". apa yang boleh menyebabkan dia nak mampus tu pun aku tak pasti walhal abam tu tengah pegang plastik burger je. tang mana yang lawak aku pun tengah kaji sampai sekarang. kot kalau abam tengah pegang lembu dengan harapan nak buat daging burger mungkin le kot ada sikit unsur lawak sebab badan dia dengan badan lembu adalah sama

si angah pulak kejap-kejap duk pusing belakang pandang diorang. heheheh, along pulak tension dengan dia, takut bergaduh dengan orang tu. aku pun saspen jugak sebab orang macam tu mungkin tak berapa tak sehat

tapi sungguh haprak tau. korang bayangkan jiwa kami ni yang terseksa. boleh je nak gelak tapi tak de le sepanjang cerita ko mengilai sampai tampo-tampo paha. aku tampo jugak muka korang nanti. puntianak pun berduka lara dengan perangai korang tau. orang kira duit syiling korang gelak, orang kilatkan kasut pun nak gelak. apa cerr ni?.. tak sakit ke rahang korang tu???

maka kesimpulannya... walaupun korang nak tunjuk yang korang adalah happy go lucky dan very open minded tapi jangan sampai orang lain ingat korang baru keluar dari tanjung rambutan, baru check-out setengah jam yang lalu



peace yo



Friday, 15 August 2014

Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa



apa nak buat kalau betul-betul jadi kat batang idung kita???... garu batang idung atau telefon ketua kampung untuk tolong report kat balai polis???

entah le, mungkin terkesima. mungkin jerit macam orang kena histeria kot. benda unexpected cenggini mana boleh nak plak kan. sure tindakan refleks yang kelihatan

tak pe la. nanti kita pikir le


nampak sonok je cite ni. preview dari orang yang dah tengok pun macam memberangsangkan. kak ton pun suka jugak tengok kumpulan bocey ni. walaupun muka tak de le seangkatan tom cruise tapi lawak diorang not bad. rasanya tak de meniru, semua original dari diri sendiri



walaupun kak ton bukan kaki wayang, rasa nak bawa bebudak pegi la. tiket wayang free yang kak ton dapat pun baru je kak ton buang semalam. dah expired, 31 july. tak de kerajinan nak pergi. dari kak ton tidur berdengkur dalam wayang, lebih baik mop lantai rumah sampai berkilat




ni memang terbaek teknik mekap dia. nampak macam mata je bila sekali imbas. kot kalau terserempak kat celah pokok, mau kak ton terkejut sampai tercabut batang pokok tu. haaaaaaa, hebat tak kesan terkejtu tuh

yihihihih,,, nak call suami kak ton sekarang jugak. nak book online untuk malam ni, tak kuasa nak beratur kat kaunter. habis tumit kaki kak ton yang halus mulus ni nanti


ok, kak ton dah booked ye kawan-kawan. korang jangan nak sibuk-sibuk datang malam ni nak mintak otograp. kak ton adalah busy, nak tenangkan minda untuk gelak sakan. kot kalau cerita tu tak berjaya menggeletekkan hati kak ton, kak ton cubit-cubit abam kumpulan bocey tu




lunch time nak pegi kedai runcit, nak beli mee kuning dan sawi sebab nak masak mee goreng. nak kelah dalam wayang sambil makan jagung rebus 



Thursday, 14 August 2014

Bubur Sum-Sum




ni antara kuih yang sentiasa dapat sambutan hebat di kalangan anak-anak kak ton. sekali buat, biasanya kak ton gandakan jadi 3 adunan tapi air gula tu buat 1 adunan je sebab dapat banyak jugak

tiap kali makan, mesti teringat pada abah yang di kampung sebab ni pun makanan favourite abah. anak-anak pun tau sebab tiap kali makan kak ton pahatkan dalam kepala diorang ni makanan kegemaran atok diorang. bagus ... kekal dalam ingatan diorang

tak payah tunggu hujung minggu pun boleh buat sebab senang je nak membuatnya

 nak minta anak tolong kacau pun bole tapi kena la double hati-hati bila adunan dah start membeku. bila beku dia meletop-letop. takut nanti bila tangan anak melecur kena tepung yang panas, muka kita pulak meletop sebab kena tumbuk dek suami




1/2 cawan tepung beras
1 cawan santan
1/2 cawan air
1/4 sudu garam
sikit pandan paste

masuk semua bahan dalam periuk, ramas ketulan tepung sampai semua lebur. bila dah sebati, pasang api sebab kalau tak pasang api sampai tujuhhari pn tak siap-siap. tutup api bila adunan dah pekat dan meletupLetak dalam bekas, simpan dalam peti ais. 

Air Gula
1/2 cawan gula merah
1/8 cawan gula
1/2 cawan air
1 helai daun pandan, simpulkan

Tenggek semua dalam periuk. Tutup api bila gula dah hancur dan sedikit pekat. Tak payah tunggu dia meletup sebab takkan meletup.

 


pada yang suka makan tepung pelita, badan yang warna hijau tu gini la konsepnya. letak gula kat bawah dia, letak badan ni lepas tu kepala dia dengan santan dan kukus



Wednesday, 13 August 2014

Sell Fish????



kak ton ni walaupun berada dalam kategori semi diva tapi tak berapa minat tangkap gambar

jangan harap kak ton nak bergambar depan orang ramai. rasa kekok sungguh, rasa macam semua gelakkan kak ton. bukan gelak yang sikit-sikit tau, ni jenis gelak yang guling-guling sampai jatuh bukit tau

lagi pelik bila nak suruh kak ton selfie

mak aih.... rasa serba tak kena jadinya




ni kali kedua kot kak ton selfie

rasa macam baru balik dari sell fish kat pasar borong je. muka adalah sedih sebab ikan banyak tak laku. jual lelong pun x de yang sudi beli

orang indon dan myanmar punya stall je yang untung lebih nampaknya



Tuesday, 12 August 2014

Birthday Kami



alhamdulillah, kami berdua membesar dengan sihat dan buncit

birthday sang suami hari Ahad 10 Aug & birthday sang isteri semalam 11 Aug. senang nak ingat kan kaedahnya. pagi-pagi i hantar sms, esok u kena hantar pulak kat i. tak de kes lupa atau busy. u busy, i sentap




dengan ini, kami mengucapkan selamat hari lahir pada diri sendiri. semoga kami sentiasa berada di bawah lindungan-Nya. Hidupkan kami dengan iman-Mu, matikan kami dalam iman-Mu

pada sapa-sapa yang berniat nak bagi hadiah terutama pada sang isteri, boleh je wassap i ye. i terima je apa bentuk hadiah dari uolls




Friday, 8 August 2014

Bekas Baru...cantiknya



kak ton suka dengan kerja tangan. walaupun kadang-kadang hasil kerja tangan tu adalah sedeh tapi tetap suka jugak buat

kerja tangan apa yang kak ton suka??.... tak kesah la apa pun. mengemas dan make over rumah, mengecat pun boleh jugak. menjahit pun boleh jugak tapi sejak mesin jahit sakit, dah lama tak buat kerja tu. dulu pun ada amik kelas menjahit baju kurung dan langsir. makanya, semua langsir kat rumah adalah hasil kerja sendiri. jimat RM laki kak ton

pada yang tak tau, kak ton ada jugak buat service candy buffet. sesetengah customer dulu cadangkan kak ton sewa je bekas candy buffet. ye la, bekas-bekas ni boleh tahan jugak harga dia, kalau nak beli untuk sekali function je tak berbaloi jugak

jadi kak ton pun sewakan bekas jugak



ni bekas terbaru yang kak ton sudi sewakan

bekas ni tinggi ye, anggaran 40cm. lagi panjang dari pembaris panjang anak-anak kita kat sekolah

jadinya bekas ni kiranya jadi ibu la pada meja kita, nampak outstanding la

harga sewa bekas ni .... RM15 sahaja. pasti termurah di pasaran. tak caya???.... sila survey

call/sms kak ton kat 012-9173050. beberapa tarikh dalam bulan ogos n september dah dibooking orang



Anak Teruna dah 14



pejam celik, batuk bersin.... 
dah besar anak teruna kak ton sorang nih

kejap je masa berjalan, tup tup dah meningkat dewasa. dulu,... dengan tengkok lembiknya, dengan sepeknya. sekarang dah dekat nak sama tinggi dengan ayah. kaki lagi besar dari kaki ayah. jadi anak-beranak boleh share kasut dengan gembiranya



bukan senang nak mintak dia berdiri molek depan kamera. terlari sana, terlari sini. depan sedara mara, terpaksa redho dan memaniskan muka

ikut perangai ibu dia... pemalu dan bersopan




muka berkarat, main dengan sepupu sepapat dari pagi bawak ke petang

kalau tak, muka along adalah halus mulus. pun macam ibu dia jugak



kak ton terpaksa marah pada audience. orang duk memaintainkan ayu diorang kat kat depan duk berlawak jenaka pulak

shhhhhhh, sila diam tapi tak de sapa amik peduli



ahli keluarga sorang lagi duduk je atas kerusi. tak de keinginan dia nak bergambo

doa ibu untuk along..... 
semoga menjadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat. kebahagiaan along adalah kebahagiaan ibu dan ayah. semoga along kekal jadi anak yang sentiasa membantu ibu dan ayah, jadi contoh dan tauladan untuk adik-adik



Thursday, 7 August 2014

Berbuka Puasa, tepi kilang



bulan lepas kak ton organised satu majlis berbuka puasa untuk budak-budak manufacturing. boss la suruh, kena la mengikut arahan. kena menampakkan sifat menurut perintah, lagipun performance appraisal semakin menghampiri

tapi kalau tak kak ton, sapa lagi yang nak buat?. kak ton lah satu-satunya bunga taik ayam candu dalam department ni, benda-benda macam ni memang kak ton punya arrangement

110 percent kak ton buat tau. tapi kak ton tak kesah, semua pun ikut je kepala sendiri. tak payah nak layan kerenah orang lain kan

petang tu, pukul 4 terus balik rumah. mandi-mandi, amik kuih yang diorder kat kawan, amik along angah iwan kat sekolah. balik pulak rumah lagi, masak yang simple untuk suami tersayang yang kak ton tak jemput join sekali. hehehe, kak ton bawak anak-anak je. tak kuasa bawa suami, nanti menjadi umpatan dan cacian di belakang pulak



minta budak-budak tolong siapkan kerusi meja sementara kak ton balik rumah tapi hampeh,,,, tak dibuat pun pun. telah diduga, semua pun nak tunggu kak ton menjerit baru nak bergerak



semua budak pun tak kelihatan. maka bekerja la kak ton anak beranak

souvenir dah kak ton bungkus siap-siap kat rumah. 49 kotak, redho je kak ton buat dengan iwan. benda-benda macam ni bukan baru pada diorang, selalu je kak ton buat kat rumah



sorang je muncul untuk tolong



menu ... nasi briyani + nasi putih

licin semuanya

lokasi majlis adalah di tepi Factory B



ucapan penutup dari kak ton tapi tak de sapa pun sudi abadikan dalam gambar. nyampah tau, takkan kak ton nak selfie depan boss n president

mr. manager tengah berdiri bagi ucapan, mr president sambung sikit-sikit dari kejauhan



selamat berbuka puasa



boss kata nak game. ok la boss, kak ton organise few games untuk puaskan hati dia :)

tiup belon sampai pecah. dalam belon tu kak ton letak tepung gandum. nasib le korang kan, bersepah tepung atas muka

next time nak letak serbuk cili pulak



hebat gopi ni. punya le besar belon dia tiup, tak nak meletop pulak. semua dah saspen, takut gopi ada pakai ilmu

gopi ni kak ton suka, bersopan je budaknya. budak nepal. sapa nak calon laki dari oversea, kak ton boleh recommend kan. muka pun boleh la, manis berkrim



pemenang tiup belon

pemberi hadiah adalah kak ton sendiri. hehehe, kak ton abaikan kehadiran boss dengan berkuasa sepenuhnya 



musical chair



pemenang

sian anak-anak kak ton tersadai di atas tangga



pertandingan ratu cantik

idea tak de, kak ton bantai je



acara penutup... pemberian souvenir

lepas ambil hak masing-masing, semua pun bersurai tanpa ada perasaan nak tolong kemas

haprak
kak ton pun mengemas dengan anak-anak dan mr. manager. cit kan diorang ni