kak ton rasa banjir kali ni benar-benar menguji kita semua baik dari segi emosi mahupun fizikal. pada yang melalui, hanya Allah yang mengetahui bagaimana perasaan mereka
kampung kak ton di kuala kangsar pun tak terkecuali dengan banjir. first time rasanya kena banjir sepanjang umur kak ton ni
pagi rabu mak kak ton called, nangis-nangis sebab katanya air tiba-tiba naik dengan lajunya kat depan rumah. naik laju dengan bunyi sekali
orang-orang kampung datang tolong angkut barang-barang rumah jiran belakang yang betul-betul depan sungai. cuma sikit je yang berjaya selamat sebab air naik dengan cepat sangat. lepas setelkan rumah jiran, rumah kakak depan rumah mak pulak kasi clearkan. angkat semua barang ke tingkat atas rumah mak
tempat rekreasi belakang rumah yang dah tenggelam. kedai makan cuma nampak bumbung merah. kedai makan tu jiran punya jadi dia kerugian rumah dan barang-barang kedai
belakang rumah mak
padahal sungai tu sebenarnya jauh ke bawah. kat situ ada padang bola, surau. jadi kalau ikutkan jauh jugak jarak dari rumah
tak senang duduk dibuatnya. walaupun kak ton cuti tapi tak boleh balik sebab anak kak ton baru bersunat sehari. dia tak nak balik sebab malu
khamis baru kak ton dapat balik kampung
walaupun rumah mak tak masuk air tapi barang rumah semua dah dikosongkan. tolong bersihkan rumah kakak yang berlumpur segala. pinggan mangkuk berlumpur
kain baju berlonggok-longgok
ni cuma banjir yang tak berapa besar. tak dapat bayangkan pada air yang naik tinggi, barang rumah rosak
kesiannyaaaaa
kena kemaskan rumah cepat-cepat sebab adik bongsu kak ton nak bertunang hari sabtu. kitorang pun dalam dilema nak teruskan majlis atau tak
korang dapat bayangkan kak ton berkain batik bert-shirt merah mengemas dalam hujan
dah lama tak mandi hujan
sempat lagi siang ikan talapia dalam hujan lebat. dah alang-alang basah maka marilah kita bersihkan ikan
kegajahan kak ton dari belakang
sejuk giler
dari awal pagi sampai ke tengahari kak ton berhujan
buat longkang untuk bagi air lalu supaya tak banjirkan laluan kereta
semoga banjir di pantai timur dan tempat-tempat lain kembali pulih
alhamdulillah , air cuma naik manja2 saja . tu pun tgk gambar dah mcm tu keadaannya . mcm manalah yg masih ditenggelami air ... allah hu akhbar ...
ReplyDeletebetul tu. tak boleh bayangkan keadaan di temat lain yang teruk tu
Deleteya allah betul la sy ni xpernah mengalami banjir.. tp bila tgk keadaan di kelantan MasyaAllah tersentuh sgt hati..berat ujian tahun ni buat beberapa negeri. Yakin ade pelangi menanti InsyaAllah.
ReplyDeleteinsha allah
Deletetu la kak ton wei
ReplyDeletebanjir yang semua org tak sangka
syukur sket aje banjir umah mak ko tu
amboi kak ton
syok main hujan nampak
syok oooo main hujan
ReplyDeletepaksa anak2 sedara join sekali