senang betul kehidupan dengan teknologi zaman sekarang. tak payah nak beratur panjang, tak payah nak start motor mengadap jam dan panas terik matahari
tak payah guna kuputeh untuk maintain kemulusan kulit
salah satu kemudahan internet yang kak ton suka adalah e-filing. masuk info, klik sini sikit sana sikit, save maklumat... dah boleh siapkan income tax punya hal
ingat lagi dulu masa buta it, kena pegi jabatan hasil. tanya itu ini, baru boleh isi borang. nak kena buat photostat copy borang baru boleh hantar. weekend pun bukan main ramai orang kat sana. hahahaha, ramai jugak yang macam aku
dengan kemudahan yang ada, maka kak ton dah selesai submit. kembang kempih hidung bangga dengan kejayaan diri sendiri
tunggu je la bayaran lebihan. untuk pengetahuan korang, bayaran lebihan pun cepat je diorang proses. dalam masa kurang sebulan, eh eh eh ada duit masuk sikit. walaupun sikit, alhamdulillah sangat. boleh beli pender rende-rende
antara yang kak ton amalkan untuk dapat balik amount PCB adalah dengan buat simpanan dalam PTPTN, beli majalah dan buku serta yang paling penting bayar zakat. minimum bayar zakat adalah RM10 je. kalau bayar RM30 pun sebulan, kita dapat lihat perbezaan dan kepentingannya bila declare income
kak ton tersilap percaturan waktu buat simpanan dalam PTPTN akhir tahun lepas jadi kena study balik cara simpanan tu supaya dapat maksimumkan RM6K pengecualian cukai. buat masa sekrang study dah berjaya dibuat, tunggu perlaksanaan dan disiplin je
jumlah tu dapat berikan impact yang besar tau
wow terbaik
ReplyDelete