along sekarang dah very big boy
sejak akhir bulan 7 dah tak duk nursery/day care. ye la, dah besar gajah, lelaki pulak tu. mesti akan ada parent yang tak happy bila anak pompuan diorang duk dengan budak lelaki
bila en.laki pegi penang, cepat-cepat kak ton belikan along basikal. balik sekolah terus balik rumah. nasi dan lauk letak dalam bekas, balik sekolah dia panaskan je dalam microwave sebab nak kurangkan aktiviti goreng telur. diorang ni suka sangat makan telur goreng. makan dengan roti la, makan dengan sosej dan daging cincang
walaupun pun macam tu, hati tetap tak senang. apa aktiviti dia lepas sekolah susah nak tau
dalam banyak benda, kak ton susah nak letakkan kepercayaan 100 peratus. kena letak sikit rasa was-was dan syak wasangka
bila dah berbasikal ni, pagi-pagi kami akan beriringan sampai jalan besar. taman kak ton duduk sekarang ni banyak anjing. anjing yang macam sawan pulak tu. pantang benda bergerak, mesti diorang kejar berjemaah
orang naik motor, kereta waima lori sampah pun mencicit lari kena kejar dek anjing. dari jauh memang geram je tengok. mabuk tak tentu pasal pulak. tu yang mywish kemek sebab laki nak tuju anjing dengan kayu, tertuju kereta sendiri
:(
mengganas pun boleh tahan jugak. tak bole langsung tengok sampah, mesti korek-korek buat sepah. mungkin resmi anjing macam tu. tapi pagar-pagar rumah orang pun diorang pecahkan. dah pecah, suka-suka je lepak dalam car porch. ko mampu kat pintu masuk ada gantung ayat "assalamualaikum" tapi anjing 2 ekor tepi grill. lepak-lepak korek gigi. pandang-pandang kita dengan muka kerek. macam kita pulak sewa kandang dia bayo hari
tu baru kat lorong kak ton, kat lorong lain pun macam tu jugak. kat banglo simpang 3 pun teruk. rasanya ada 3 generasi anjing lepak di sana sini. ada yang lepas pantang, anak baru bertateh. luka beranak pun tak elok lari dah berani lari 200 meter. tak takut peranakan jatuh agaknya
ada yang bertuan, ada yang tuanless tapi berlagak macam jkk kampung
tuan anjing pun satu hal, dah tau bela anjing tu bawak-bawak le ikat. lain le anjing korang tu tahap dewa. orang lalu bye bye je sambil senyum-senyum. cacing lalu pun diorang tak senang. dah le anjing besar seladang. kot kalau besar hamster kak ton tak eran
hish,,,tak bole bayangkan something bad
tapi............
pagi ni sungguh melampaui batas. along kena kejar anjing beramai-ramai. sedih betul kak ton rasa bila tengok anak sendiri kayuh basikal tak cukup pedal lintang pukang macam tu. jauh pulak tu anjing-anjing tu marathonkan along. sekor start kejar otomatik yang lain pun tekan minyak. gilerrrr sangat kelakuan
nak nangis tau uollsss
ko dah kenapa anjing?..... agak-agak le mabuk tu. budak nak pergi sekolah je pun. ada oral pt3 pulak tu. kalau along gagap jawab, aku tuju ko dengan mercun bola ye. sila stand-by
nak call mpk, komplen. sebelum benda buruk jadi kat anak sendiri mahupun orang lain, baik kak ton bertindak
Assalam
ReplyDeletetatau nak gelak ke nak nangih baca entry hakak ni
sian along kan
selamat hari raya kak
selamat hari raya
Deletesama la mcm akak. mula tu nk gelak tgk, lepas tu sedih pulak jadinya
tapi.....lepas dah komplen, nmpak tak de sapa2 pun amik tindakan