Monday, 28 September 2015

Semperit 2 kaler



selamat hari raya aidiladha

kak ton anak beranak beraya kat kuala kangsar dari selasa sampai jumaat

antara biskut yang sempat kak ton buat untuk bawak balik kampung sempena hari raya aidiladha minggu lepas

kitorang memang sediakan juadah macam aidilfitri, memang beraya rumah sedara. yang bezanya cuma tak bagi duit raya kat orang

eh eh ... hari tu kak ton bagi jugak pada sedara yang dah lama tak jumpa

1st day tu macam biasa ada lemang, rendang daging, kuah kacang, nasi ayam, mee kari, sup tulang hasil korban. biskut dalam 6 jenis. dahhhhhh, cukup




buat semperit 2 kaler ni. resepi dari kawan fb, ruhaiza bunyamin. anak dara kak ton suka. orang bawa balik kampung dia tolong perabihkan

leceh sikit ler nak membuat sebab kena ngam-ngamkan doh untuk masuk dalam acuan. kalau buat sikit ok le, kalau amik tempahan mau nak hentok kepala kat dinding

* konsep panas baran tak mengira waktu*



resepinyerrr

250 gram butter
30 gram gula kastor
100ml susu pekt manis
1 sudu kecil esen vanilla
400 gram tepung jagung
50 gram tepung kastad
Sedikit perwarna 

Pukul butter dan gula hingga kembang

Masukkan susu dan esen vanilla, kacau sebati

Masukkan kedua-dua tepung yang diayak. gaulkan dengan tangan, dapatkan adunan yang lembut 

bahagikan kepada dua bahagian, satu warna asal dan satu lagi warna lain. kak ton bulatkan adunan berwarna di tengah dan keliling dengan warna asal

Bakar dengan suhu 160 darjah, 15-20 minit

*adunan hendaklah ditutup dengan kain lembap untuk kekalkan kelembutannya. kalau mengeras, uli semula dengan menambah sedikit susu segar  




warna yang lembut.... selembut hati kak ton

nak muntoh le tuuuu




1 comment: