Friday, 29 July 2016

Tempahan Roti Jala



harap-harap bijik mata mampu bertahan sampai pukul 5. paling koman pun menghampiri lunch time 12 nanti. lepas makan, boleh tidur kejap untuk cover

dah set kan alarm pukul 4.15 tapi pukul 3 mata dah segar bugar. paksa pejam pun tak mau jugak. tak pe la, pukul 4 baru bangun dari katil dan berpam pom pam di dapur 



1kg roti jala dengan serawa durian, order dari Ain yang duk di office satu lagi

ni bukan 1st time buat roti jala untuk order tapi baru ni le ada sesi bergambar

huh, mencabar jugak kan





Thursday, 28 July 2016

Hanya Ilusi Mata



amboi amboi... 
bila kak ton hapload gambar ni kat fb, bukan main ramai yang kata kak ton kurus menawan

eh,,, menawan tu kak ton tambah sendiri bagi manis ayat. perasan aje korang yek



kenapa begitu komennya. padahal berat masih lagi 65kg. itu pun kot kalau timbang kat klinik tu ok

nak jalan pun macam kena heret kaki je



ni ha lagi kalau tak percaya.

mungkin sebab malam.. kak ton pakai baju hitam ... dalam baju hitam pun pulak ada korset hitam. tu yang nampak macam mata dipermainkan je

tapi tak de le melampau sangat berbadan peti ais nya kot sebab masih mampu pakai baju raya rahun lepas



cerita pasal makan-makan kat rumah kawan ni. jemputan start lepas maghrib katanya. kita yang tulus mulus suci ni lepas maghrib memang gerak la dari rumah

eh eh eh ... kami tetamu pertama

tuan rumah masih struggle hidupkan api
tak pe... tu perkara kecik. mai sini kita beramai-ramai hidupkan api itu




 my big boy ... huhuhu, dah besar panjang anak ibu

minggu depan dah 16 tahun
dulu... lepas lahir dengan leher lembiknya, dengan bulatnya. sekarang, banyak tolong ibu dengan kerja-kerja rumah



father & son



Monday, 25 July 2016

Roti Jala



musim raya ni, menu roti jala adalah salah satu menu favourite kan

bukan apa, selain mengenyangkan sebab bahan utama adalah tepung tapi jugak jimat. bahan tak banyak dan harga bahan pun biasa-biasa je

tapi yang mencabar, masa nak menjala tu

kalau ada kakitangan dan kuali lebih, boleh buat kerahan tenaga. tapi ikut pengalaman kak ton yng selalul menjala sorang diri ni, kalau buat sorang, senang elok jala sekeping, tunggu kejap sampai masak. angkat keluar, menjala lagi sekeping, start menggulung, yang atas api tu pun masak. paham tak???? heheheh, maknanya aktiviti tu sentiasa ada, tak putus-putus. memang tak sempat nak buat kerja lain



resepi dari fb "group masak apa hari ni" yang tak pernah menghampakan. suka sangat. tq pada tuan tanah.

penjalaan yang tak konsisten sebab anak-anak tolong menjala. semi lintang-pukang sebab pakcik makcik sepupu sepapat nak datang. pagi baru dpt message diorang bergerak dari cheras, sungai buluh & damansara pukul 10

tak ke ngeri di situ??... memandangkan pakcik adalah raja punctual, takkan berlaku janji melayu di situ ye

memandangkan kak ton jugak nak masak laksa dan kari ayam. double the ngeri.... lap peluh. nasib le puding dah buat malamnya 



tangan milik si anak bongsu iwan


resepi

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
1 sudu besar minyak masak @ minyak jagung
sedikit garam
sedikit esen vanilla
 pewarna pilihan

untuk air tu, kadang-kadang kak ton guna 1 cawan air + 1 cawan santan cair

cara-cara

blend semua dan tapis. masukkan dalam acuan botol muncung 3



sedang molek last keping atas kuali, 1 batch tetamu pun sampai

tak sempat nak posing dengan kari ayam


Monday, 18 July 2016

Hari Raya Pertama 2016



bawa balik kamera dengan harapan nak tangkap gambar cantik banyak-banyak, muka sendiri kena ada dalam semua gambar. kakak pulak planned nak amik photographer datang pagi raya untuk tangkap sefamily sebab kali ni semua adik beradik balik

eleh, kak ton tau mesti plan tu takkan jadi. dah masak sangat

  

dulu, jarang sedondon
u pilih warna yang u suka, i pilih yang mana berkenan

tapi bila dah tua sikit ni nak pulak warna yang sipi-sipi sama. konon nak nampak bahagia sangat di pagi raya

bila dah berjaya sipi sedondon ni, anak-anak pulak tak nak bergambar. nyampah tau, penat pilih baju

ni je gambar berdua yang ada. eh, ada 2 keping sebenarnya tapi yang sekeping lagi nampak selambak, yang ni je nampak slim sikit



angah je yang sudi tangkap gambar dengan ibu

mula-mula tu iwan ada kat sebelah, bila angkat je kamera dia terus bangun. terhiris hati tau

anak sedara kata nasib ada anak ramai. sorang tak nak, ada lagi sorang


Friday, 15 July 2016

Terus Termuncung Itik



ter bumped into actor ni kat shel r&r tapah. dan tiba-tiba berdebar-debar la jantung si anak dara

dan si mak pun terpaksa le menurut perintah jadi photographer sebab tau si anak memang peminat dia



sekali review gambar, ayoyoyo. muncung yang normal dah senyum melampaui batas sampai terus bermuncung itik

senyum tahap maksima la tu. kalu lama-lama mau merekah bibir tu



ikutkan je le

sebab dulu masa awie jumpa kak ton pun dia terkinja-kinja. jadi paham la jugak perasaan si anak ni



Wednesday, 13 July 2016

Berpanas untuk BerLemang



Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin dari kak ton. andai ada salah silap, kak ton minta maaf ye

sekejap je kan dah seminggu kita beraya. punya la azab nak menunggu, rm pun selagi tak raya selagi tu le melayang. ad je nak beli, ada je tak cukup

pantang weekend, mesti nak beli baju anak. ilang ingatan la tu, padahal baju anak tahun lepas pun ada lagi yang tak berpakai. saja je tuh...

kasut pun sama. tiap-tiap minggu keluar sebab nak cari kasut. untuk pakai pagi raya, nak yang casual untuk pakai dengan jeans. last2 selipar lama jugak yg diiorang pakai. tak abih2 niat tak payah beli kasut tapi tetap jugak muncul kasut

tahun ni kak ton beraya dekat perak dulu. balik hari ahad sebelum berbuka sbab incik suami keje lagi ahad tu. gerak dari perak ke melaka jumaat pagi. jalan raya sungguh behave, perjalanan adalah sangat lancar



bila kat perak, mesti buat lemang. apa la ertinya raya tanpa buat lemang kan

tapi....cuaca bukan main meriah tau. penas memancor-mancor. sekali nak pusing lemang, sekali terbako muka. dasat beno. incik suami pun juling-juling itik mengadap air lemang



abah yang dicintai
sebab dia le kak ton berkeputusan raya di perak dulu

walaupun tak berapa nak kuat dah tapi tetap turun padang





rambo pun tak mampu bertahan lama

mengadap le kak ton dengan abang sampai ke sudah

good job, tak de yang rentung, tak de yang mentah