Monday, 25 July 2016

Roti Jala



musim raya ni, menu roti jala adalah salah satu menu favourite kan

bukan apa, selain mengenyangkan sebab bahan utama adalah tepung tapi jugak jimat. bahan tak banyak dan harga bahan pun biasa-biasa je

tapi yang mencabar, masa nak menjala tu

kalau ada kakitangan dan kuali lebih, boleh buat kerahan tenaga. tapi ikut pengalaman kak ton yng selalul menjala sorang diri ni, kalau buat sorang, senang elok jala sekeping, tunggu kejap sampai masak. angkat keluar, menjala lagi sekeping, start menggulung, yang atas api tu pun masak. paham tak???? heheheh, maknanya aktiviti tu sentiasa ada, tak putus-putus. memang tak sempat nak buat kerja lain



resepi dari fb "group masak apa hari ni" yang tak pernah menghampakan. suka sangat. tq pada tuan tanah.

penjalaan yang tak konsisten sebab anak-anak tolong menjala. semi lintang-pukang sebab pakcik makcik sepupu sepapat nak datang. pagi baru dpt message diorang bergerak dari cheras, sungai buluh & damansara pukul 10

tak ke ngeri di situ??... memandangkan pakcik adalah raja punctual, takkan berlaku janji melayu di situ ye

memandangkan kak ton jugak nak masak laksa dan kari ayam. double the ngeri.... lap peluh. nasib le puding dah buat malamnya 



tangan milik si anak bongsu iwan


resepi

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
1 sudu besar minyak masak @ minyak jagung
sedikit garam
sedikit esen vanilla
 pewarna pilihan

untuk air tu, kadang-kadang kak ton guna 1 cawan air + 1 cawan santan cair

cara-cara

blend semua dan tapis. masukkan dalam acuan botol muncung 3



sedang molek last keping atas kuali, 1 batch tetamu pun sampai

tak sempat nak posing dengan kari ayam


No comments:

Post a Comment