Wednesday, 30 November 2016

Pembuat Belacan



balik Melaka, rumah mertua biasanya tak banyak aktiviti kecuali layan tivi dan mata. bangun tidur bangun tidur sampai berpusing-pusing kepala pening

round-round kat dapur nampak le setampi udang geragau. 
budak-budak tau ke tampi tu apa??. kalau tak tau google image tampi padi ye

nampak macam jemur tapi duk tersadai tepi tingkap je sebab musin ujan




maka, untuk isi masa lapang kak ton pun berbelacan le sementara mertua dengan suami beli ikan kat pasar



lesung batu saiz peti ais 

apa nak buat?... tumbuk je sampai lumat

dah lumat kak ton bulat-bulatkan sebab orang Melaka selalu buat macam tu

ingat nak bentukan empat segi macam biasa beli tu tapi takut dipandang sinis pulak



belacan besar penumbuk

kena jemur lagi ye sampai kering. lepas tu boleh le kalau nak bakar



Wednesday, 23 November 2016

Kek 100 tahun


3kg red velvet cake with cream cheese frosting

untuk family day. kenang-kenangan walaupun yang empunya badan dah mengadap Illahi








Tuesday, 15 November 2016

Adam's Birthday


4kg choc cake with choc ganache

actually tuan tanah yang merupakan tokei carrot cake tersohor order 2kg tapi disebabkan "sebab" kak ton tersendiri jadi kak ton hantar 4kg lebih gituuuuu



debar tau nak buat

dia hebat jadi takut tak dapat nak memenuhi kriteria dia

deliver kek sambil jadi tetamu jugak






tq alin



Tuesday, 8 November 2016

Makan-Makan untuk Deme


deme tu cakap orang perak mereka. mereka tu merujuk pada along dan angah. patutnya birthday untuk angah bulan 10 tu kena buat in november sebab nak exam kan. along kata nak jemput kawan-kawan dia, jadi silakan la

tilik punya tilik jadi pilih la 5/11

tema yang tak berapa nak tema adalah hitam putih

umur dan 14 & 16 ni jadi tema macam terhad je. takkan pilih frozen & batman pulak kan 



goody bag kat belakang tu ada 3 jenis

untuk gegirl ada diy manik rantai dan gelang plus jajan, untuk boy ada lego plus jajan. satu lagi jajan je untuk yang tak sesuai dengan rantai dan lego





makanan berat adalah mee/bihun sup daging, roti jala & kari ayam, pulut kuning & sambal ikan bilis, mushroom soup & garlic bread

lain-lain ada brownies, puding, cheese tart, cream puff, 2 jenis cookies, chocolate, keropok ikan terengganu

alhamdulillah,,, semuanya pun masak sendiri

kawan-kawan kata, makanan asyik ada je. memang kak ton masak banyak, bukan 1 adunan. rasa tak seronok pulak kalau makanan tak cukup





kek yang simple je. malas nak pikir-pikir sangat, jadi satu hitam putih dan satu lagi putih. cucuk nama, dah siap



hai la anak. dah besar-besar pun tak berenti gaduh. ada je yang tak kena

abang suka menyakat, adik kuat merajuk

poning pala makcik senah








haip... buat apa tu



kawan-kawan baik masa di itm dulu
seronok sangat dapat sembang








ada benda ni jugak kat luat rumah untuk budak2

kalau nak sewa, boleh search fb ain emran