Wednesday, 30 November 2016

Pembuat Belacan



balik Melaka, rumah mertua biasanya tak banyak aktiviti kecuali layan tivi dan mata. bangun tidur bangun tidur sampai berpusing-pusing kepala pening

round-round kat dapur nampak le setampi udang geragau. 
budak-budak tau ke tampi tu apa??. kalau tak tau google image tampi padi ye

nampak macam jemur tapi duk tersadai tepi tingkap je sebab musin ujan




maka, untuk isi masa lapang kak ton pun berbelacan le sementara mertua dengan suami beli ikan kat pasar



lesung batu saiz peti ais 

apa nak buat?... tumbuk je sampai lumat

dah lumat kak ton bulat-bulatkan sebab orang Melaka selalu buat macam tu

ingat nak bentukan empat segi macam biasa beli tu tapi takut dipandang sinis pulak



belacan besar penumbuk

kena jemur lagi ye sampai kering. lepas tu boleh le kalau nak bakar



No comments:

Post a Comment