Monday, 7 April 2014

Meatball ala David Lieberman




kak ton ni peminat rancangan masakan. rancangan lain tu ala kadar je tengok, jeling sebelah mata je

seisi keluarga pun dah paham keminatan kak ton ni. suami yang macho macam aaron aziz pun dah terikut-ikut. sweet je bila tengok dia dengan kain pelikatnya tengah tengok AFC




hari sabtu petang sempat tengok good deal with david lieberman. rancangan masak omputeh dengan bajet rendah kononnya

nampak menarik jugak

tak salin pun resepi, tengok-tengok sambil telan ailio

nak kena buat le gayanya kalau ailio dah melimpah ruah dari mulut


  




cuma gunakan daya ingatan sebab tak de resepi. harap-harap menjadik la

200 gram daging cincang
1 biji telur
1/4 sudu serbuk lada hitam
4 sudu besar serbuk roti
1 biji bawang besar - potong dadu
1/8 sudu mix herbs
2 sudu besar butter
10 cendawan butang
1 cawan stok ayam
2 sudu besar tepung
2 bay leave
2 sudu besar lea & perrins
1/2 cawan susu
garam

Campur daging, telur, serbuk roti, serbuk lada hitam, garam, mix herbs dalam mangkuk

Tumis bawang besar  dengan minyak sampai wangi. Masukkan dalam mangkuk berisi daging tadi. Gaul rata semua bahan. Bulat-bulatkan ikut suka tapi adalah lebih logik kalau buat comel lote, sekali ngap semua dah lenyap

Goreng daging, angkat dan masukkan dalam bekas yang bole masak dalam oven

Panaskan butter, masukkan cendawan butang. Aku tak jumpa cendawan butang kat tesco, jadi beli je cendawan yang sesuai. Jangan pulak masukkan cendawan yang ada pada roti expired ye

Tambah stok ayam dan tepung. Masa ni kena guna whisk sebab tepung tu akan bergentel. Lepas semua dah ok, masuk bay leave, lea & perrins dan susu

Rasa dulu sebelum nak tambah garam. Stok ayam dan sos lea tu dah masin. Kot kalau darah tinggi nanti aku tak tau ye. Adjust la kepekatan kuah tu ikut selera masing-masing

Masuk kuah dalam bekas meatball tadi. bakar dalam over pada suhu 160 darjah, 15 minit

motip masuk dalam oven adalah untuk memasakkan daging je (aku rasa la, heheheh)





akhamdulillah... ingatan aku masih ok, berjaya dengan cemerlang kot

mari kita lompat bintang together-gether





12 comments:

  1. Replies
    1. stok daging ada lagi. boleh dapat 2 pinggan

      Delete
  2. Satu hari nanti Kak Ton akan punya slot sendiri di AFC itu. Jangan tak percaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hamboi...berangan tak hagak-hagak kan. cekodok ikan bilis boleh le

      Delete
  3. blh try bila ada semua bhnnya nati ... nampak mmg sedap .

    ReplyDelete
  4. same la kite..suke beno tgok rancangan memasak tu...cuma saya xde inisiatif utk try masak T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu memang standard. bukan senang inspirasi utk masak tu datang

      Delete
  5. lompat bintang lagi!
    adehhhhhhh

    ReplyDelete