semua pun mesti tau kan cerita ni
serius memang kak ton tak boleh tidur malam, terbayang-bayang dan terkenang-kenang walaupun tertengok sekali imbas je gambar budak tu kat fb
korang ni tau... gambar ngeri macam tu pun nak tunjuk. gambar budak pulak tu. kak ton ni kalau melibatkan budak atau orang tua cepat beno rasa sayu
jadi untuk tau cerita, kak ton tanya la pada anak-anak yang baca paper, pada budak-budak opis. tanya pun sambil jerit-jerit tutup telinga. saiko beno kan prangai. takut tapi sebuk nak tanya. kalau takut, duk je la celah meja
tak nak cerita lebih-lebih nanti kak ton terpekik
haih....cemana le agaknya keadaan budak tu yek. ngeri betul le kak ton nak bayangkan kesakitan dia
ingat la inciden yang jadi kat iwan dulu, pagi hari raya haji
nak tengok lembu kena korban, jatuh dalam longkang. cuping telinga terkoyak dek besi kat dalam longkang
terngiang-ngiang lagi dia meraung sebab hospital tak bagi ubat bius sebab bahagian kepala. diorang balut badan dia kuat-kuat dengan kain supaya tak meronta. korang bayangkan????
yang orang-orang kat hospital tu sebuk-sebuk je tanya aku. napa tu?? napa tu??...aku ni dah tak de daya nak menjawab. lemah badan aku tahan sedih
lebih baik lari dari situ
aku dah nangis macam orang gila kat tepi jalan
napa tepi jalan????..
sebab nak lari dari dengar bunyi meraung dia yang bergema satu hospital. sambil tutup telinga, sambil nangis
hilang seri pagi raya, nangis sampai bengkak bijik mata
walau anak-anak aku kadang-kadang menaikkan napsu amarah, buat aku juling bijik mata.... they are still my nyawa. tak bole bayang keadaan aku kalau diorang dalam kesakitan
rasa sungguh nikmat kalau dapat peluk diorang ketat-ketat
sob sob sob
selamat pagi singgah pagi khamis
ReplyDeletehave a great day :)
macih :)
ReplyDeleteJap, entry ini Kak Ton ke Kak Mon?
ReplyDeleteHaa. Kak Ton.
Hai Kak Ton. Nyong males arek ngomong pasal bocah-bocah kie. Memang sedih angger kito nang enggoneh mak bapak de'eh.
Kak Ton, awat kakak muka macam tu? Nak nanges atau lepas nanges? Pastu yang kat belakang Kak Ton tu nape? Macam takut-takut. Kak Ton marah dia eh?
hoi
ReplyDeletengerinya
meraung tu yang tak tahan kita nak dengar
nak tengok lembu punya pasal
sampai jadi gini
maunya tak ngeri. satu kampung dengor haku menangis
Delete