Wednesday, 9 July 2014

Puding Roti Caramel yang Lazat



alhamdulillah
kita dah berjaya melepasi 10 Ramadhan

semalam sempat buat puding roti caramel untuk berbuka puasa. kak ton biasanya untuk berbuka suka makan kuih muih, nasi tu kurang sikit. walaupun kurang makan nasi, badan tetap maintain gajah dan badak ye. takdo tanda-tanda menghampiri jennifer lopez

anak-anak kak ton macam biasa jugak, bila suruh makan benda yang lain sikit mesti buat muka buah mengkudu. nak tak nak kak ton sudukan je terus kat mulut diorang

tak hagak-hagak lepas tu kata sedap. tu la, combong lagi. lepas sembahyang isyak, tau-tau semua puding kat atas meja dah lenyap. en.suami yang kurang makan makanan manis pun join sebat sekali

terus kembang idung kak ton, extra 3 inci dari kebesaran biasa



bukan main senang nak membuatnya. lepas ni tak de le istilah roti expired lepak dalam tong sampah. sakit ati tau


sumber : K.Nor

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ 1cwn susu cair+1cwn air suam
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)


Cara-cara

Cara membuat gula hangus.
masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je




confirm sedap

tidur dalam senyuman je semalam



10 comments:

  1. wah...tapi saya tak makan kuih manis...tapi ble la buat utk org len makan nanti hehe

    ReplyDelete
  2. amboii..sedap sungguh nampaknye tuh...

    ReplyDelete
  3. minggu lepas my kaka pun ada buat . pencuci mulut wajib di bulan puasa .

    ReplyDelete
  4. saya tak gheti nak buat.. dan mekaseh sangat kak ton share resepi mudah ni..esok boleh buat terus.. :)

    saya bukak pose kene makan nasik tewus..tak ley makan ringan2..nanti terus kenyang tak ley makan nasik.. lepas tu..malam terus tak lalu dah.. sudah nya habes puasa..badan tinggal kulit jer.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha,. betul jugak tu. apa kes nanti berhari raya dengan kulit je kan

      Delete
  5. feveret akak juga ni Ida. seloyang sekali hadap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke kak. hebat la akak dpt habiskan seloyang

      lepas ni pun nampaknya jadi favourite saya

      Delete