Tuesday, 30 September 2014

Koleksi Resepi Buttercream




Info yang sangat berguna yang kak ton dapat dari anieyzdelight. Saja kak ton share kat sini, untuk rujukan dan panduan sendiri dan kawan-kawan yang lain. Semoga kita semua dapat belajar dan perbaiki apa yang kurang

Minta izin pada tuan tanah, semoga mereka jugak mendapat keberkatan

Dengan persaingan dan permintaan, banyak yang kena dipelajari dan diperbaiki


Cuaca pun tak menentu, kena cari buttercream yang dapat sesuai dengan keadaan sekeliling. Kalau panas sangat, buttercream senang cair. Kalau perjalanan jauh pun kena ambil kira jugak


Buttercream 1
250 gram krimwell
125 gram shortening
125 gram gula aising (ayak)
1 sudu teh esen vanilla

Sumber Info dari : Blog Sajian Kasih/Blog Masam Manis/ Kak  Nor / Kak Cek /  (Izinkan saya panjangkan lagi ilmu ni yer...Terima Kasih)

utk 30 bji cupcake 


Buttercream 2

250gm butter
150gm krimwell
200gm gula aising - ayak 3x 
1 st essence vanila

Cara membuatnya:

  • Putar butter dan krimwell dengan kelajuan sederhana hingga kembang.
  • Masukkan gula aising yang dah diayak 3x sedikit demi sedikit dan putar hingga kembang dan halus. 
  • Masukkan esen vanila dan putar lagi hingga sebati.
  • Asingkan ke dalam beberapa bekas lain untuk diwarnakan.
  • Masukkan kedalam piping bag dan bole mula mendeko.. 


FRESH CREAM FROSTING 

By: Wilton
Rujukan : Kak Cek

2 cawan Non Dairy Whip Topping ~ pastikan dari peti ais
1/2 cawan gula icing
1 sudu kecil esen vanila
Menggunakan Stand @ hand mixer....whisker....pukul whip topping sehingga agak kental...
Masukkan gula icing ...vanila esen dan pukul lagi hingga frosting fresh cream betul2 'stiff '
Siap dah ...boleh gunakan utk deco cupcake tadi...
Decoration ikut citarasa memasing ya...



Kak Ita cadangkan, kalau nak buat cream yang tahan lama macam kita nak buat hantaran dan tak mau dia cepat cair dalam perjalanan cuba resepi ni..




Buttercream 1

80 gm butter
250 gm creamwell
1/2 cawan icing sugar
1/4 cawan golden sirap

Potong butter kiub. Satukan butter bersama cream wel dan pukul hingga kembang dan putih
Icing sugar di ayak. Masukkan icing sugar dan golden sirap ke dalam butter yg telah dipukul kembang tadi. Gaul rata semua bahan ini dengan menggunakan spatula aje hingga bercampur sebati.
Kemudian bolehlah di letakkan pewarna mengikut warna pilihan.
Masukkan butter cream dalam piping bag dengan nozel pilihan dan bolehlah paip kan pada kek.




Buttercream 2

Bahan-bahan ( utk kek dlm 20cm )
  • 1/2 cwn shortening/ creamwell
  • 1/2 cwn butter
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 4 cwn gula icing (ayak)
  • 2 sudu besar susu segar

Cara-cara
  1. pukul shortening hingga kembang. Masukkan butter dan pukul lagi sampai kembang. masukkan esen vanilla. kelajuan perlahan.
  1. masukkan gula icing sedikit demi sedikit sampai abih dan pukul lagi sampai gebu. pastu masukkan susu segar tadi. pukul lagi sampai fluffy... gebu dan putih. 


Buttercream 3
~ utk melepa/sapuan atas/keliling kek 
  • 250gm butter
  • 75gm shortening
  • 125gm gula icing
  • 1 sudu kecil vanila


Cara: 
  • Ayak gula icing 2 - 3 kali. Asingkan yg kasar jika ada.
  • Pukul butter dan shortening hingga kembang dan masukkan gula icing sedikit demi sedikit.
  • Pukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.
  • Masukkan vanila dan pukul lg hingga sebati.
  • Boleh la digunakan utk mendeco.

*Kalau utk membentuk roses/swirl dll
gula boleh ditambah hingga sukatan menjadi 200gm atau lebih
lebih banyak gula digunakan lebih kental BC yg dihasilkan.

* Kalau nak buat chocolate/ganache buttercream:
(tambahkan kedalam adunan buttercream yg basic td)

100gm cooking chocolate

cairkan secara double boil dan sejukkan sebentar.
Masukkan dlm step terakhir bila adunan BC dah cukup kembang.
Pukul hingga sebati lebih kurang 3 - 5 min.

Tip2 dlm membuat BC:
1. gula icing hendaklah diayak 2 - 3 kali utk mendapatkan gula yg betul2 halus supaya tekstur BC kita halus dan cantik
2. kaedah memukul/beat BC - jgn guna kelajuan tinggi, biarlah dlm kelajuan sederhana supaya BC kita kembang dgn elok dan sekata
3. utk mendapatkan BC yg lebih kental, tambahkan sukatan gula dlm adunan.
4. penggunaan shortening dlm adunan membuatkan BC kita lebih putih dr menggunakan butter secara keseluruhannya.
5. Suhu persekitaran boleh memberi kesan gak pd BC kita. Kalau cuaca panas sgt boleh menyebabkan BC kita mudah menjadi cair.


Buttercream 4
250g krimwell
125g shortening (nak sedap ganti butter tapi nanti warna kuning dan lebih cair)
125g gula aising, ayak (Redman best, halus je icingnya)
1st esen vanila

Cara:
1. Pukul krimwell dengan shortening hingga sebati.
2. Masukkan gula aising sikit demi sedikit sambil dipukul. Masukkan esen vanila. Pukul pada kelajuan medium, 15-20 minit. 5 minit terakhir slowkan speed, pukul satu arah untuk buangkan bubbles besar.
3. Terus guna atau simpan dalam bekas bertutup.
***Elakkan terlalu ghairah masa pukul krim. Ini akan menyebabkan lebih banyak gelembung udara besar terhasil.
***Untuk warna, boleh letak selepas buttercream selesai dipukul sebati. Masukkan pewarna sikit-sikit dahulu.


SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN




Monday, 29 September 2014

Biskut Coklat Chip Rangup



tak sabar nak balik kampung jumaat ni, huhuhu
mak sama naik dengan anak-anak tapi mak tak de le tunjuk sangat, kang takut tampo dek laki

macamana sambutan hari raya haji korang??... 
biasa-biasa atau luar biasa??

kampung kak ton kat kuala kangsar nun... suasana macam hari raya aidilfitri jugak la tapi tak de le sampai bagi duit raya. kitorang masih lagi berjalan rumah sedara mara, masih lagi buat rendang ketupat n biskut raya

i like... tak macam kat kampung mertua. tak de suasana raya langsung. pakai baju kurung pun orang pandang macam kita bogel kat tepi pantai. padahal kita divaaaaaa walau di mana saja

dah siapkan bekalan biskut untuk mak. korang tau,,, minggu lepas dari tengahari bawak ke tengah malam kat ton terpenyek kat dapur je. dari buat breakfast, lunch, makan petang, bakar kek, bakar biskut. tumit rasa nak pecah tiga tau. tapi bila tengok biskut yang bersusun.. rasa sonok. tu yang kak ton lompat bintang 15 kali tanpa henti



resepi ni dah lama kak ton simpan, daripada 30/6/2010. baru sekarang nak buat. hebat kan tempoh penyimpanan tu. kalau duit, dah lama kak ton jadi orang kaya

minta halal pada tuan punya

kat situ kak ton letak kak liza punya. minta ampun kak liza, kak ton dah buat 2 adunan ye. sedap weh





Bahan A
250 g butter
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla

Bahan B [gaul rata]
230 g tepung biskut ] 
20 g serbuk koko     ]  ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]
50 g badam cincang  [roasted]
50 g nestum

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan  kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara






Friday, 26 September 2014

Glaze untuk Buah



perasan tak kalau kita beli kek atau tart kat bakery, buah-buahan yang diorang guna tu berkilat-kilat je. shinning macam baru lepas kena polish

tau tak apa sebenarnya diorang buat???

tu kita panggil glaze

glaze digunakan untuk mengelakkan buah-buahan tu dari jadi lebam. kang orang ingat kita guna kulit manggis pulak padahal strawberry tu kita petik terus dari ladang kat new zealand





masa nak buat fruit tart ari tu baru perasan aprikot gel yang bertepek dalam peti ais dah expired. fuh,,, lap peluh lagi. dah lap peluh, telan ailio pulak. dah le malam, takkan nak keluar lagi

ooooo, lupa nak bagitau. aprikot gel dan piping jelly adalah salah satu cara untuk mengglazekan buah

line tenet very the slow tapi i tunggu jugak penuh kesabaran. tak nak le fruit tart i itam legam


resepi dari kongsi resepi

Bahan:
1/4 cawan gula
1sb tepung jagung
1/2 cawan jus buah-buahan, boleh guna air dari cocktail buah-buahan - guna 1 biji limau kasturi campur air biasa hingga cukup 1/2 cawan
1sb corn syrup - guna golden syrup

Cara:
1. Masukkan 1/4 cawan air dengan gula dalam periuk kecil. Cairkan gula atas api perlahan.

2. Campur tepung jagung dengan baki jus buah-buahan. Masukkan ke dalam adunan gula dan masak hingga pekat.

3. Masukkan corn syrup/golden syrup dan didihkan sekejap. Tutup api dan ketepikan pada suhu bilik.



huhuhuh, menjadi jugak glaze i. dah jimat. nak buat pun dalam sekelip mata

tapi nanti bila korang buat, akan ada perkara magic yang bakal terjadi. dari bancuhan tepung warna putih tu warna tukar jadi kelabu. magic sangat tauuuu



Thursday, 25 September 2014

Fruit Tart saiz M



berjaya jugak tangkap gambar tart. selalunya malas je, kalau tak malas pun kadang-kadang tak sempat. pergi depan cari kunci kereta, pergi belakang basuh tangan terus lupa. syabbas kepada inspektor sahab atas pencapaian ni. terbaek sangat


fruit tart saiz m untuk ibu mengandung kat opis. ukuran atas 6cm, kalau saiz s 4.5cm

bila ibu mengandung dah ngidam, ada la beberapa request yang kena dibuat



patutnya nak yang lagi besar, katanya besar mulut cawan. ampun la yek, kak ton tak de acuan besar cawan. yang ada cuma mulut kak ton yang macam cawan je

dah lepas siapkan penyek-penyek adunan dalam acuan, nak panaskan oven, baru perasan. kak ton terbuat dalam acuan besar, besar mulut cawan jugak. hekhekhek, ntah bila beli pun tak ingat

sentap
kena korek keluar adunan untuk buat dalam acuan kecik sikit sebab dah kata tak de. rasa nak hentuk kepala sendiri kat span basuh pinggan. kenapa tak ketuk kat dinding??tak nak la, kat dinding adalah sakit, kat span tak de rasa apa

fuh... lap dahi. dah le dekat pukul 10 dah









Monday, 22 September 2014

Donut minyak... besarnya lubang



bila cuti sekolah, banyak masa habis kat ceruk dapur je. bila anak-anak makan dan tolong, meletop-letop rasa gembira dalam hati. tapi bila diorang tolong menyepahkan dapur, meletop-letop jugak dalam hati

along suka donut. kalau pagi-pagi hantar adik-adik pergi sekolah mesti singgah beli donut. dalam kereta je dah habis

mai la ibu buat donut untuk anak kesayangan. mauripan pun memang ada. dah lama angah beli untuk projek sains tapi cikgu tak jadi buat eksperimen. meh kita buat eksperimen donut pulak. kalau tak jadi, ke tong sampah la jawabnya. dah nama eksperimen, tak kesah le




resepi dari cendana kasih


Bahan A
100ml air suam
11 gram yis
4 sudu gula

campur semua bahan dalam satu bekas, tunggu hingga berbuih  

Bahan B
90ml minyak
500 gram tepung
1 biji telur
2 sudu susu tepung 
150ml air (agak-agak)

Campur semua bahan dalam bekas yis yang berbuih, uli sebati. Masukkan air, agak-agak la hingga doh tak melekat di jari. Bentukkan bulat, tunggu naik 2 kali ganda. Goreng dalam minyak sederhana panas





selalunya belah dalam bulatan donut tu kecik je kan??.. ni dah macam tayar lori 1 tan je. salah sendiri dan salah iwan 

jenuh mencari acuan bulat yang keci, jumpa yang sederhana besar je. maka tibai je apa yang ada depan mata. dah separuh jalan, baru le dapat cari. datang iwan, dia dok memain dengan yang dah siap tu. dipusing-pusingnya sampai lagi besar bulat dia. konon nak bagi elok bulat, dah macam tayar lori treler pulak

banyak jugak dapat. 3/4 aku frozenkan tapi sempat tahan 2 hari je. balik je dari kerja suruh goreng donat. senang kerje mak ko kan.... tak yah nak membeli



Friday, 19 September 2014

Agar-Agar Pandan... senangnya



mesti dah boring korang tengok gambar aiskrim tu kan???

sekarang nak belanja agar-agar pandan pulak. one of kak ton punya favourite makanan. yang hijau pun suka, yang coklat pun i like



tekak tiba-tiba terasa nak makan agar-agar. lepas kerja terus cabut tudung, terus beragar-agar. giler plak rasanya kalau tak tanggal tudung kan

feeling ustajjah sungguh kalau masak-masak kat dapur tertutup pun nak pakai tudung




resepi dari kak azlita masam manis

kak ton is rushing maka mari copy je terus resepi dari sana 

10gm serbuk agar-agar
1 cawan gula pasir

4 cawan air
200 ml santan kotak+ 50 ml air
1 biji telur dipukul dengan santan tadi
secubit garam
2 helai daun pandan
pewarna hijau dan perisa pandan



Masak air dengan gula pasir dan daun pandan.
Bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
Kecilkan api. Masukkan pewarna hijau dan perisa pandan.
Kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih.Guna api sederhana je dan sentiasa di kacau.
Bila dah siap, tutup api dan bolehlah di tuang ke dlm acuan kegemaran.
Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk


pukul 9 malam dah elok keras. sedang molek untuk cuci mulut sebelum panjat katil







Monday, 15 September 2014

Mari Buat Aiskrim dengan Kak Ton



korang..... tua sangat kak ton ni dah

tak perasan sabtu lepas dah start cuti sekolah. tu pun sebab tengok fb kawan dok berselfie gembira sebab dah cuti

mula la kena pikir apa la makanan special nak buat untuk anak-anak. dah tua le katakan. makcik senah sangat perangai




bukan main senang ko cara buat aiskrim. nak buat sehari 50 bekas pun tak de hal kalau macam ni punya cara. semua kasi campak dalam mixer. biar mixer je bekerja. bole kita goyang kaki depan tivi tengok cerita korea

resepi kak ton dapat dari group resepi ringkas kat fb


1 tin susu cair
4 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar gula (mungkin nak kena kurangkan)
1 sudu besar ovallate
2 penutup esen vanilla

senang sesangat, putar je dalam mixer selama 20 minit

yang ni kiranya perisa vanilla. kak ton letak strawberry paste and choc emulco untuk dapatkan rasa strarberry dan chocolate



taraaaaa..... dapat 7 bekas. 

makan le korang sampai kembang bengkak bibir tu



bila dah keras aiskrim dalam 3-4 jam, kak ton tabur dengan choc chip dan choc rice

meriah le suasana rumah dengan kehadiran aiskrim



bila ayah balik je dari kerja, cepat-cepat diorang berlari kat peti ais amik aiskrim sebekas. suap-suap mulut kat mulut ayah

"makan ni ayah, ibu buat sendiri aiskrim ni. sedap betul"

malu ibu tau... rasa macam pakai bikini kat pasar malam pulak



Friday, 12 September 2014

Puding Jagung



ni nak cerita kisah benar ye yang jadi semalam, tak de niat lain. tak de niat tersembunyi, cuma terselit sikit rasa gembira

blog ni kan kira macam diari jugak, tersimpan le banyak kenangan suka suka kat sini. yang baik kita jadikan tauladan, yang buruk tu kita jadikan sempadan. kalau boleh jangan dibuat ye

ingat tu adik-adik pesan kak ton ni


tersebutlah kisahnya....

peti ais kat rumah mak kak ton dah meragam. getah kat pintu dah tak boleh grip. kena sendal pulak dengan kerusi. sedih kan keadaan??...

memang ada niat nak beli tapi atas sebab-sebab peribadi yang sungguh peribadi, kak ton cuma ambil langkah pandang dan dengar je

dua hari lepas, kak ton dah bulatkan pikiran. kena beli jugak untuk mak. kena ketepikan sebab peribadi tu demi kegembiraan seorang ibu. kalau ada rezeki, ada la sebiji peti ais untuk mak ye. tu baru niat ye, kira baru 50% confirm la

tup tup ... semalam kak ton dapat call dari kawan ni. boss dia memang tiap-tiap minggu akan sedekah kuih muih kat surau rumah dia. kiranya seminggu dua kali dia akan sedekah

sekarang dia nak tukar supplier kuih
supplier le sangat kan....

jadi kawan ni rekemen kak ton, pagi ni kena hantar dah tapi belum la confirm akan pilih. kalau rasa ok, insha-allah ada la harapan

sebabkan dah suntuk masa, kena la pilih makanan yang senang. maka puding jagung jadi pilihan. kalau ikutkan dia nak satu kuih pedas satu lagi kuih manis



2 loyang puding, saiz 13 x 13 inci

adunan lebih pun kasi tuan tanah makan



kek batik yang lembik.... malu kak ton tau
 yang ni tak payah bayar la sebab lembik




kak ton percaya..... ia adalah rezeki luar jangkaan sebab niat kecik kak ton tu. ingat ye, tu baru kak ton niat. belum lagi pergi kedai lektrik 

bukan nak mengharap balasan sebab sampai mati pun kita takkan mampu balas jasa mak bapa tapi kak ton cuma nak ingatkan sesama sendiri. tak de salahnya berbuat baik dengan mak bapa kita



Wednesday, 10 September 2014

Make OVer guna Wallpaper



aku perati je, perangai anak perempuan dengan anak lelaki jauh beza. perangai anak dara dengan anak teruna pun jauh le beza

masa kecik, yang perempuan sah-sah le suka barbie, warna pink. yang lelaki kisah dengan patung ultraman superman. rumah aku dulu.... pening kepala sungguh. laki aku ada penyakit tiap-tiap hari beli mainan untuk anak dia

nampak macam menipu kan??... tapi tu le kenyataan dia. pagi-pagi sebelum hantar along pergi rumah babysitter, dia singgah kedai runcit dulu beli mainan tapi yang kecik-kecik la. bila laki tak de, aku yang kena hantar along, dia nak jugak pegi kedai. pakcik tu kata "along, ni ada mainan baru atok simpan untuk along"

hamboi-hamboi... macam share partner pulak ye

sekarang anak perempuan dah bertukar jadi anak dara. dah tak nak bilik kebudak-budakan katanya. cat tak nak warna putih, nak warna merah katanya. pening tu nak ooi. interion designer kata warna bilik tidur kena la coosy supaya senang mata nak lelap. kang ada yang pukul 3-4 pagi ko tak boleh tidur lagi

tak pe, aku kan ibu mithali peringkat kebangsaan. kena la buat something. bukan nak ikutkan je permintaan anak tapi betul jugak cakap dia tu

minggu lepas dah ubah kedudukan katil n lemari

tapi lemari kat bilik dia tu bukan main sedih. stok lama lepas aku kawin. samada kena cat baru atau beli baru

telan ailio untuk kedua-dua pilihan

cari-cari jalan-jalan kat internet, tengok ada je orang yang pakaikan lemari dengan wallpaper

baguih jugak idea ni kan



misi seterusnya .... cari wallpaper yang seswai



contoh dari pakcik google. not bad nih

sang ibu dah boleh start senyum




lemari yang dah siap tapi lemari bilik dia tu ada curve pulak. cabaran rasanya tu


disebabkan mencabar, nantikan je la samada usaha tu berjaya ataupun tak

minggu lepas beli kayu-kayu kecil konon nak buat para kecil tempat letak pinggan dalam KC tapi tak berjaya. mari salahkan kayu ye... sebab kecil sangat. tiap kali ketuk dengan paku, kayu pecah. bukan salah aku ....lega