Thursday, 29 January 2015

DUit Orang adalah DUit Orang



kak ton bukanlah berasal dari keluarga senang. hidup dalam keadaan biasa-biasa je. tak de le tercekik makan tapi tak de jugak mampu bermewah-mewah. makan cukup, pakai pun cukup

macam tu jugak dengan keadaan sekarang

sekali sekala makan kat luar, melayan tekak kelurga. makan kat luar kan mahal, adalah lebih baik menjamu selera kat dapur sendiri

sifat berjimat cermat jugak kak ton terapkan pada anak-anak yang bertiga tu. kadang-kadang kak ton tahan permintaan diorang bukan sebab tak boleh beli tapi sebab kak ton nak diorang tau bukan semua kehendak diorang tu boleh dipenuhi. kena tau penat lelah mencari rezeki. alhamdulillah, diorang pun paham

diimbas kembali dari entry lama, cara yang kak ton praktikkan bertahun-tahun lamanya




excel yang kak ton update sebaik dan sekerap mungkin bila ada transaction. contoh sheet "public mutual" tu. 1st line kak ton create pada March 2008 jadi korang congak la dah berapa lama kak ton guna cara ni

senang untuk kak ton monitor perbelanjaan walaupun bila ada cash tangan selalu terbabas. at least segala late charges dapat kak ton benteras. macam tu jugak dengan segala in dan out dalam savings account

kadang-kadang customer prefer bank in kat maybank jadi cepat-cepat kak ton masuk dalam rhb kalau berkenaan dengan jualan kek

kak ton jugak pegang cash untuk satu urusan. kak ton anggap diri sebagai pemegang amanah

jadi...... 
bila ada perkara berbangkit berkenaan benda tu, tercalit rasa kecewa. semua orang angkat tangan tak nak handle termasuk kak ton sendiri tapi yang lain-lain anggap kak tonlah yang paling layak sekarang. sebelum-sebelum ni dah lapan orang buat, semua pun consider failed. perbelanjaan tak dapat declare 

jadi ..... 
jangan anggap kak ton macam yang lain juga ye. kak ton cuba sebaik mungkin menjaga amanah ni

kalau kadang-kadang pun kak ton anggap duit sendiri macam duit orang lain, inikan pulak memang duit orang lain



Tuesday, 27 January 2015

Ayana's 1st Birthday Cake



sungguh tak disangka..... 
dulu masa sekolah kak ton sungguh tak de sifat keperempuanan. bila belajar kat oxford pun macam tu jugak. orang tau kak ton ni perempuan pun sebab kak ton pakai baju kurung kepit-kepit paha tahan ayu. pakai tudung sebab takut ustaz deris tarik rambut dari belakang

garang ooo ustaz deris ni. jangan berani korang pakai kain belah depan dia, mau disingkapnya kain korang. buta-buta je malu depan orang ramai

dan hari ini...... TARAAAAAAA, kak ton dah tukar diri jadi pembuat kek. ekceli, sendiri pun kurang percaya tapi bila Allah dah tentukan rezeki kak ton kat sini, sapalah kak ton nak menindakkan. iye dok



kek nombor 1 dari kawan opis



kembang kempis idong tengok kecomelan teddy bear ni

pegang belon elok-elok ye cik teddy. kalau terbang, sendiri jawab dengan baby ayana







tq mummy fiza yang otw ke nursery ayana







terima kasihlah pada yang sudi support kak ton

demi menghargai korang semua, kak ton tabur bunga ros sebakul. sila berlari-larian mengutip ye




Monday, 26 January 2015

Biskut Ala Famous Amos



along suka makan cookies jadi kak ton selalu bersemangat nak mencuba resepi baru.... khas untuk anak teruna tersayang. laki kak ton????..... sorry, dia memandang sinis je makanan manis ni

weekend lepas sempat buat biskut konon famous amos. nampak macam famous kat dlm fb. ramai yang komen sedap bangat

jangan membongak ye, ni kak ton nak buat



komen along.... 
biasa-biasa aje rasanya. lagi sedap biskut yang ibu selalu buat tu

amboi along, masterchep sangat ni perangai

tapi kak ton pun berperasaan yang sama



maka... 
biskut ni berubah le lokasi dari dapur rumah ke dalam opis kak ton



resepi kak ton snapshot dari fb resepi ringkas

mari la korang pulak cuba





Thursday, 22 January 2015

Simple Frozen Cake



first time kak ton terpaksa bangun subuh sepiee unuk siapkan kek. cekalkan hati demi sebuah rezeki

macam ni keadaannya bila terpaksa deal dengan order last minute

owner day care tempat anak-anak kak ton duduk baru order semalam. tak sampai hati plak nak kata tak bole walaupun agak mencabar nak buat kek dlm keadaan kelam kabut. mana nak sejukkan kek, mana nak pikir design lagi

seperti yang dijangka, kek lambat beno nak sejuk. dah kak ton belah 2 pun mampu tak sejuk cepat. dah kak ton belai-belai, puji-puji menggunung tapi tetap jugak panas. haih, panas kejap hati kak ton

*nangis tepi dinding*

buttercream pun mencair, tak mau lekat. makanya,,,, mari le beradu dulu. esok pagi sambung pulak




subuh ni kak ton sambung balut kek dengan buttercream

dah tuan tanah kata nak simple, maka sesimple ni le yang kak ton berjaya siapkan










harap-harap biji mata kak ton berjaya bertahan sampai tengahari. tengahari plan nak membuta



Tuesday, 20 January 2015

Senang Sangat Buat Aiskrim



anak-anak kak ton dah besar panjang. bila anak-anak dah besar, nak ajak keluar punya la susah. jangan mimpi le bole ajak diorang temankan pegi beli sayur ikan segala. pergi kenduri pun kena beliakkan biji mata baru diorang berganjak

maka jangan salahkan kak ton kalau pemuda-pemuda masih ngorat kak ton. bajet gadis ayu jual bunga ros sangat kak ton rasa

bila diorang dah malas nak berpeleseran tapi mood nak makan sedap-sedap datang, masa tu le baru terkepit-kepit tersengih-sengih suruh kak ton buat

last weekend, minta buatkan aiskrim

dah macam maharaja sangat, request je aiskrim terbentang depan mata




tak pe.... 
mood ada jadi tak de le ngamuk-ngamuk



semua pun request flavour kegemaran

senang idop gitu kan..... sengih-sengih terus dapat aiskrim. dihias indah pulak tu


1 tin susu cair
4 sudu besar susu pekat manis
3 sudu besar gula
1 sudu besar ovallate
2 penutup esen vanilla

senang sesangat, putar je dalam mixer selama 20 minit

yang ni kiranya perisa vanilla. kak ton letak strawberry paste and choc emulco untuk dapatkan rasa strawberry dan chocolate


lepas 2-3 jam, dah boleh menikmati aiskrim dari air tangan sendiri. mithali sangat ibu zaman sekarang kan





Monday, 19 January 2015

Caliph Buskers - sebak kak ton



kak ton rasa hari ni mesti ramai orang busy dengan youtube, google segala

nak cari caliph buskers

begitu jualah dengan kak ton. google gambar, google link, tengok youtube. semuanya penangan ajl29 semalam

secara ikhlasnya, kak ton bukan le peminat setia ajl. sebabnya,,,, selalu buat ahad malam. esok budak nak sekolah jadi guru besar kena tunjukkan contoh yang indah dan menawan dengan tidur pada waktu yang ditetapkan. lagipun mata kak ton ni kalau melepasi waktu piawai, susah nak lelap

tapi sempat tengok caliph buskers beraksi denga kumpulan mojo




memula tu tak perasan pun diorang ni kurang upaya. lepas kamera dah zoom baru perasan. tu pun lepas anak-anak didik cakap. incik suami pulak cakap, diorang ni selalu main kat jalan tar

idok le kak ton tau. dah pegi jalan tar pun 2 tahun sekali, mana mungkin kak ton tau 

seriously, meremang bula roma kak ton bila dengar diorang menyanyi. nampak keikhlasan kat situ, suara dari jiwa kaedahnya

dah le meremang bulu roma, mata pun masuk habuk,... sebak sesangat

sampai sekarang ... kak ton masih sebak bila tengok youtube

mencari rezeki yang halal walaupun dengan ketidaksempurnaan yang dimiliki. tengok pada video-video yang orang2 upload sebelum ajl ni, kak ton percaya rezeki diorang sentiasa ada, sentiasa murah

ce try carik kat youtube diorang nyanyi lagu she's gone, walaupun bunyi sikit bergaung tapi meletops sangat




well done

semoga berjaya di dunia dan di akhirat



Thursday, 15 January 2015

Senior Executive



sekolah dah bukak........ 
bukan aje anak yang kena mantapkan diri tapi mak-mak jugak. kena kuatkan stamina, yang mana jadi supir kena kembali menyupir, kena fikir apa nak buat untuk breakfast, nak memberus baju, nak check buka-buku lagi

sila lap peluh beramai-ramai ye

kak ton pun bertambah sibuk nampaknya
kena tingkatkan keimanan dan kesabaran jugak supaya tak menyinga secara berleluasa. bukan apa, lepas marah anak, kak ton mesti menyesal. rasa nak hantuk kepala kat dinding. lagipun kesian kat anak-anak. dah penat kat sekolah kena pulak tebalkan telinga dengan kak ton

jadual padat jadi 1st n 2nd day sekolah kak ton cuti. nak kendurkan urat anak-anak yang lama relax kat rumah

ada suara-suara sumbing .... ala, anak dah besar pun nak kena cuti lagi. tak pe le, dah memang macam tu kebiasaannya. cuti pun boleh tahan banyak jadi mari kita habiskan



cubaan along untuk duduk kat rumah je lepas sekolah tak berjaya nampaknya

permintaan ditentang encik ayahnya dengan sekeras-kerasnya

along sekarang dah bertaraf senior executive kat day care. spesis budak form 3 duk kat day care memang dah hampir pupus rasanya. kiranya along insan terpilih




walaupun dah sama tinggi dengan ayah, kena jugak bergelumang dengan budak-budak kecil. bertabahlah along, nak buat bantahan pun mesti takkan berjaya

kak ton berpikiran positif, sekurang-kurangnya ada yang monitor pergerakan dia, tak payah nak bahayakan diri dengan dapur n microwave untuk panaskan lauk pauk 


Thursday, 8 January 2015

Florantine Cookies


hari tu pegi kedai jahit, nak menempah blaus. terselit le biskut ni kat atas rak

maak aih,,, lap peluh dengan harga dia. beli la sebekas lepas kempunan anak-anak. tapi memang bahan nak membuatnya pun mahal jadi tak de le rasa bengang sangat dengan harga biskut ni

tak bole jadi ni. kena buat sndiri, kebetulan semua kacang pun ada lebih buat roti sarang lebah hari tu

walaupun harga bahan mentah, jangan pulak bermimpi nak dapat biskut yang menimbun ya. tak akan dapat double size macam buat semperit maupun choc chip

untuk kudapan seisi keluarga ok la 



merujuk pada blog masam manis


200 gram badam keping
100 gram kuaci
20 gram bijan hitam

badam dan kuaci bakar dalam oven, suhu 160 darjah selama 5 minit. tujuan pembakaran ni untuk rangupkan kekacang ye



200 gram tepung florantine

kak ton pakai brand backaldrin. ada banyak kat kedai bakery. sepaket 500 gram ni harga dia RM14.50



guna patchmen saja ya. murah je kertas ni. segulung ni baru RM3.30. boleh guna banyak kali

kalau guna kertas minyak biasa, nanti lepas masak mesti melekat-lekat



masuk semua bahan dalam bekas. gaul rata sampai bersalut sempurna

masuk dalam loyang saiz 14x14 yang dah diletak patchmen paper. ratakan nipis

bakar dalam suhu 160 selama 10 minit. kalau tak cukup perang, tambah sikit lagi masa 



lepas keluar dari oven, terus potong ikut saiz yang korang nak. memang akan sikit melekit. bila dah sejuk nanti baru dia mengeras



taraaaa... kejap je dah keras

gembira anak dara kak ton, tak sabar-sabar nak ngap



yippieeee... kak ton adalah ibu yang gembira

sila makan ye anak-anak



Wednesday, 7 January 2015

Kek Pertama tahun 2015


demi masa, kak ton berkelam-kabut ke sana ke mari. walaupun cuti tapi masa sungguh-sungguh tight


pendaftaran sekolah, beli buku, beli baju sukan, beli barang-barang dapur. pendaftaran tak sampai 5 minit tapi menunggu untuk start pendaftaran 2 jam setengah. ucapan demi ucapan dari ramai pihak. kesian pulak mak-mak yang datang dengan anak kecik

sambil mencelah bersarapan kat gerai, ada plak kawan paksa masuk MLM. alhamdulillah, berjaya menepis serangan bertalu-talu



kek pertama kak ton yang serba ringkas untuk permulaan tahun 2015

ada macam kek kawin ke???
majlis kawin tanpa warna tema




kak ton saja bagi kek ni untuk abang ajoi, assistant kak ton. 

anak sulung kawin kaedahnya

elok le tu. belum pencen anak dah kawin. lepas pencen nanti boleh tolong jaga cucu sambil kait buah kelapa sawit








Monday, 5 January 2015

Anak Manja Berkhatan



hai kawan-kawan.... selamat tahun baru

dah melangkah ke tahun baru 2015 nampaknya kita. kejap je masa berjalan rasanya

anak-anak dah menremajakan diri, mak pulak mentuakan diri. pandang cermin .... eh, muka dah berkedut seribu

aktiviti besar yang terakhir di tahun 2014 adalah mengkhatankan iwan, si anak bongsu. ewah ewah.... umur 10 tahun baru nak berkhatan

lepas banyak rancangan tergendala dan terbatal dek kerna banyak masalah, akhirnya iwan terpaksa berkhatan kat rumah sendiri je. tak jadi nak balik kampung

along dulu berkhatan kat kampung. suku penduduk kampung datang klinik bagi kekuatan pada kak ton dan suami. heheheh, bukan bagi kekuatan pada anak ye

jadi kali ni ibu kena kumpul kekuatan menengok anak masuk dalam bilik rawatan. bye bye manja ibu, selamat menadah barang



kak ton nak masuk sekali tengok dia berkhatan????

no no no, itu tak mungkin terjadik ye. korang bagi la seploh ribu pun belum tentu kak ton ada kekuatan macam tu. dengar anak menangis nanti mungkin kak ton yang berbuih mulut dulu

selamat sudah upacara pemotongan. lega ... langsung tak de dengar lolongan iwan. ibu lega

sementara tunggu nurse nak bagi ubat, si manja dah start menangis weh. apa macam ni???... kak ton dah start bergoyang lutut



hari pertama dan kedua rumah kak ton mengalahkan penempatan warga asing je. kitorang tido depan tivi dengan segala bantal busuk masing-masing

tali rapia pulak encik suami gantung merentasi rumah. lagi la macam rumah kongsi

kalau sapa-sapa datang melawat masa tu, mau kak ton buat-buat keluarkan segala kotak kosong, konon tengah packing nak pindah rumah... sebab tu rumah bersepah gile



korang mampu dalam kereta pun berikat tali???

ni otw balik kampung sebab kak ton laki bini cuti seminggu. takut betul bebird dia kena kain. anak ayah sangat nih. seminggu tu tido berpegang tangan. tragis sangat konon padahal orang lain sehari je dah boleh pakai seluar, panjat pokok kelapa

penat jugak melayan

first day tu hidup dalam linangan airmata je dia. nak berjalan pergi kencing pun meraung-raung. kak ton plak join menangis tengok penderitaan dia. berjam-jam duk dalam bilik air, along pun kena jadi pakar psikologi nak tenangkan adik dia

haih...lap peluh
sampai ke sudah kitorang tak letak ubat. dah nak pegang ujung kain pelikat pun tak boleh maka jangan mimpi le dapat sapu ubat