Thursday, 15 January 2015

Senior Executive



sekolah dah bukak........ 
bukan aje anak yang kena mantapkan diri tapi mak-mak jugak. kena kuatkan stamina, yang mana jadi supir kena kembali menyupir, kena fikir apa nak buat untuk breakfast, nak memberus baju, nak check buka-buku lagi

sila lap peluh beramai-ramai ye

kak ton pun bertambah sibuk nampaknya
kena tingkatkan keimanan dan kesabaran jugak supaya tak menyinga secara berleluasa. bukan apa, lepas marah anak, kak ton mesti menyesal. rasa nak hantuk kepala kat dinding. lagipun kesian kat anak-anak. dah penat kat sekolah kena pulak tebalkan telinga dengan kak ton

jadual padat jadi 1st n 2nd day sekolah kak ton cuti. nak kendurkan urat anak-anak yang lama relax kat rumah

ada suara-suara sumbing .... ala, anak dah besar pun nak kena cuti lagi. tak pe le, dah memang macam tu kebiasaannya. cuti pun boleh tahan banyak jadi mari kita habiskan



cubaan along untuk duduk kat rumah je lepas sekolah tak berjaya nampaknya

permintaan ditentang encik ayahnya dengan sekeras-kerasnya

along sekarang dah bertaraf senior executive kat day care. spesis budak form 3 duk kat day care memang dah hampir pupus rasanya. kiranya along insan terpilih




walaupun dah sama tinggi dengan ayah, kena jugak bergelumang dengan budak-budak kecil. bertabahlah along, nak buat bantahan pun mesti takkan berjaya

kak ton berpikiran positif, sekurang-kurangnya ada yang monitor pergerakan dia, tak payah nak bahayakan diri dengan dapur n microwave untuk panaskan lauk pauk 


6 comments:

  1. hehe....saya skang cuba kurangkan menjadi singa di rumah..anak2 dah bujang, so pendekatan dah ubah kena jadi kawan2 senang nak cerita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. kena belajar tackle anak-anak. lagipun budak sekarang tak macam budak dulu

      Delete
  2. betul ida, kembali bussy bila anak2 dah sekolah.....nak makan pon tk sempat.

    ReplyDelete