1st time makan biskut ni kat rumah kawan en. suami. dia pulak keluarkan balang. sedap betol rasa dia, rasa nak habiskan 2 balang. untuk tak menampakkan sangat rakus, kak ton tinggalkan sikit. rasa sungguh terhibur makan sambil berborak tanpa arah tujuan
dengan muka tak malu, kak ton tanya resepi tapi tak berjaya. dia tolong jual je jadi resepi nan ado. tak pe la, janji dapat makan dengan gembiranya
sejak dari hari tu, kak ton tercarik-carik terkorek-korek resepi yang sesuai. banyak kali try tapi tak de satu pun yang sama macam yang kak ton pernah makan
kalau mengidam, kak ton akan beli 3 - 4 ketoi kat bakery tak jauh dari rumah. kat situ nama dia american cookies, seketoi rm1.50
sila ambil perhatian, tu harga sebelum gst ye
last week sorang member kat group fb musykil resepi post gambar biskut ni, nama dia Nazatul Ain Zakaria. Resepi arwah maknya. Tak lengah le snapshot
Ya ampun....hasilnya sama dengan yang kak ton pernah makan dulu tu
250 gram butter
100 gram gula perang
100 gram gula kastor
1 biji telur
100 gram badam cincang
100 gram coklat chip - tak letak pun
50 gram serbuk koko
300 gram tepung naik sendiri
Pukul butter dan gula. Masukkan gula, kacau sebati.
Masukkan badam dan coklat chip, kacau rata
Masukkan tepung dan serbuk koko yang telah diayak. Uli sampai jadi doh
Bulatkan adunan dan leperkan dengan garfu
bakar 170 darjah dalam 25 minit, bergantung oven masing-masing. mula-mula kak ton bakar 15 minit tapi tak rangup. tambah lagi masa. nasib le biskut memang azai itam jadi kalau terlebih bakar sikit pun tak jadik problem
nampak tak kak ton tak letak coklat chip. tau tak kenapa tak letak?... sebab tak perasan. pagi ni masa nak menaip baru perasan ada coklat chip rupanye
bio lantokkan. rasa masih marbeles, sangat menepati citarasa kak ton dan anak dara kak ton
berbuka sambil jeling-jeling biskut dalam tupperware. dekat separuh dah lesap dalam perut ibu dan anak
makan pun sambil nangis lap-lap dengan tisu, tersandar tepi peti ais. terharu sangat kata ko. tengok gambar ni, sambung lagi nangis
nampak sedap
ReplyDeletesedappppp
Deletenak try buat la.. sebelum raya tak sempat,,. buat lepas raya laa.. suka sangat kalau cookies warna2 coklat macam ni
ReplyDeleteselamat mencuba ye.
Deletesenang jugak buat cookies ni, Ida..bebudak kompom suka makan
ReplyDeletesenang je. tak pasti bebudak suka ke tak sebab ada rasa pahit2 sikit tapi tak ketara sgt
Delete