kak ton ada sorang je adik. patutnya ada 2 tapi seorang tu dah meninggal waktu umur dia 12 tahun, masa tu kak ton 13 tahun. Meninggal sebab leher terjerut dengan tali waktu main. Waktu semua orang sibuk dengan persiapan sekolah, sekolah dah bukak pun kami semua berkampung kat icu hospital sebab dia koma 10 hari sebelum meninggal
Al-Fatihah untuk arwah Ijam
jadinya.... ni je adik yang tinggal
konsep kenduri adalah gotong-royong. tak ambil catering sebab abah kak ton nak macam tu, suka dengan sedara-mara yang datang. rewang sambil ngata. opppppssss
nikah 25hb disember tapi kak ton anak-beranak dah balik 19hb. semua pun nak tunggu orang penting ni ada baru nak beli segala barang keperluan. buat goodies pun nak nunggu kite, haishsss
sampai tengahari, rehat kejap terus ada projek buah kuih tiram akka lidah jin. kalau ada orang datang sebelu kenduri, masa rewang tu boleh le makan
buat kat depan rumah baru le havoc, boleh golek-golek kalau tulang kejang
4 kilo punya tepung, jenuh tu
ni ha kuih tiram, gambar dari google
hari seterusnya buat peyek kacang pulak, hari lain buat wajik pulak
huh, lap peluh
belah pagi memang keluar je manjang, beli barang kering barang basah, beli itu beli ini. nampak simple je tapi kereta lori kak ton rasanya jalan guna tayar belakang je sebab tayar depan dah menyongket. tiap kali beli barang sampai ke bumbung
gotong-royong le katakannnn
hari selasa dah pasang khemah jadi penduduk rumah kebanyakannya lepak bawah khemah je sampai ke subuh
maka berkelah le mereka di bawah khemah sambil makan mangga muda cicah kicap sambal. siap bawak bandal bucuk, lepas makan boleh le rehatkan minda
aktiviti mengecat dinding pun tunggu kak ton balik. kejam tak mereka itu
padahal dah beribu kali kak ton potpet dalam tipon, benda ni boleh buat cepat. mungkin diorang nak tetamu makan nasik minyak sambil mencium bau cat
tapi good sangat situasi, anak-anak sedara dan anak sendiri dah besar panjang. kerja-kerja macam ni diorang boleh buat
mereka terus berehat di bawah khemah sambil main belon buih. melayan budak kecik tu
kayu api pun kena sediakan sebab akan ada aktiviti masak lemang atas permintaan sepupu sepapat. haih,,,, badan pun dah lemau ni
kayu diimport dari rumah pusaka opah kat seberang nun
untuk lemang dan nasi
hazab nak mengisi kacang dalam botol ni. rasa nak baling je botol kat tepi dinding
masa ni le jugak kak ton siapkan langsir. sebab dah jangka perkara ni bakal terjadi maka kak ton bawak jugak mesin jahit dari rumah. cepat sikit guna mesin lektrik dari mesin singer gedek-gedek guna kaki tu
alhamdullilah
ReplyDeletebanyaknya kayu api
Superb kak ton ni, semua benda bole buat. tabik spring toink2.
ReplyDeletekenduri yang penghabisan, kena la all out sikit.
Deletesiapakah cik anon di sana?