Wednesday, 6 January 2016

Terong Goreng Berlado



assalamualaikum semua

yihaaaaaa..... 
dah lama sangat rasanya kak ton tak muncul di khalayak ramai

masa sungguh jealous dengan kak ton

selamat tahun baru 2016, selamat kembali sibuk dengan urusan sekolah anak-anak, selamat menjadi despatch dan driver. kejap sangat rasanya cuti sekolah kali ni, tau-tau dah habis 

:( 


jarang sangat kak ton beli terung kecuali untuk masak asam pedas ikan. tapi takkan le tiap2 hari nak buat terung kan...kang muntah terung pulak. keluar-keluar je purple

sempena rancangan masak omputeh selalu sangat masak terung, teringin pulak nak makan terung berlado



resepi asal dari cik mat gebu tapi diadjust sikit

2 biji terung panjang dan potong ikut suka sendiri

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji buah keras
segenggam ikan bilis
3 biji cili merah
semua bahan ditumbuk lumat

2 sudu besar air asam jawa

goreng terung dengan minyak yang panas. toskan dan letak atas kitchen towel untuk serap lebihan minyak

tinggalkan minyak dalam 3 sudu untuk tumis bahan tumbuk. tumis hingga naik bau. masukkan air asam jawa, kacau sebati

rasa dulu sebelum tambah garam sebab ikan bilis dah masin. kang tetiba mata menjuling tak tentu arah

boleh siram sambal atas terung atau gaul sekali terung dalam kuali. kak ton gaul dalam sambal supaya semua sambal kena dengan terung

memang sedap tau tak.......





2 comments: