Friday, 26 February 2016

Rainbow Cake with Fruits


ewah...pagi-pagi lagi kak ton dah letak tajuk omputeh

semalam mimpi pergi london naik jet ski tu yang terbawak-bawak mood omputeh 

rainbow cake dengan buah-buahan. design simple dimple seperti yang dimintak tuan tanah. jangan ingat simple tapi senang ye. guna loyang saiz 6 inci sebab dia mak kek lonjong tinggi macam model

dah siap adunan baru perasan loyang ada satu je. nangis le nak bako sebekas. tu yang jadi lambat...lambat sesangat



dah siap lapis



lapisan pertama sebelum keraskan dalam peti. lapisan ni penting untuk pastikan serdak kek tak memburukkan rupa kek. dah keras baru buat lapisan yang betul

disebabkan kek ni tinggi, leceh sikit kerja melepa. buat yang bawah yang atas dah beropol. buat yang atas yang bawah dah lintang pukang

terpaksa dengar lagu salim iklim untuk releasekan tension
tq salim



dah siap

cari blueberry tak de.. maka letak le anggur





kek hantaran,,, bergerak ke kuantan rasanya


Monday, 22 February 2016

Cupcake Bunga Korea??



tengah musim bunga korea kan?... dari sehari ke sehari kak ton nak praktise buat tapi tak de mood dan tak de masa. nozzle semua dah ada tapi ahhhh.... malas beno

hingge le ada orang order, masa tu baru terkenyok-kenyok. boleh buat ke tak ni?....kalau tak boleh buat, kak ton ada 2nd plan yakni order je bunga dengan orang lain. dah siap-siap inform kakak tu. dulu dia pernah datang minta kak ton tunjukkan deko (macam hebat je kan)

kat tuan tanah pun kak ton dah bagitau, kak ton tak familiar dengan bunga korea ni. mungkin kak ton bakal persembahkan bunga korea selatan, mahupun bunga china je




ni le kononnya bunga koreanya

ada ke macam asal korea ni?.. kak ton redho kalau ada sapa-sapa nak baling telur mahupun tin kosong

kalau makna bunga korea ni ada bunga ros kuncup bunga ros kembang, maka hampir betul le tu



 nampak cenonet 16 biji cupcake je kan?.. tapi nak buat bunga agak azab jugak ye

tapi bila dah kononnya berjaya, rasa nak buat banyak-banyak le pulak

gians uollss






selamat pengantin baru mahadi & rin


Thursday, 18 February 2016

Meeting kat Singapore



 malas sungguh nak beroutstation tinggalkan anak-anak kat rumah. walaupun somi sudi ambil cuti walaupun tak payah patutnya tapi hati tetap tak gembira. kalau gembira biar bersama, berduka pun biar la bersama

tapi apakan daya....demi sepinggan nasik

berpergian la jua kak ton 

pilih firefly je, senang sebab dekat

sambil-sambil tunggu flight, makan tak berenti. makan tengahari 3 pinggan nasi dan lauk-pauk serta semangkuk sup tulang, air 4 gelas kot. RM70.50 kata korrrrrrr

dah kenapa begitu???... rasa nak ramas-ramas je bibir tuan punya restoran tu



dah tu try sushi pulak. kitorang bukan penggemar sushi tapi bila nampak tu try le sikit. takut jadi macam dulu, makan sepotong seminggu pening. kampung girl sangat tau



terkulat-kulat le mengabihkan 2 potong tu. aku tolak kat kau, kau tolak kat aku. ujung-ujung juling bijik mata sesorang

bye-bye keluargaku. mami pergi 2 hari je






perut lapar tapi malas sungguh nak turun. patutnya boleh je cuci mata sambil test market kat orchard road yang sekangkang kera tu tapi ai is very lazy

room service je le


nampak senonet tapi jangan tertipu ye. pinggan besar talam. dory paper tu dah boleh buat shawl

sepinggan popia udang ni 23.54sgd. room service charge pulak 22sgd. harei betoii. total 45.54sgd, lebih dari lunch kat restoran pak su 70.50 tu. oppps..... termention nama pulak

separuh eskalator kat changi airport. kalau jatuh boleh patah riuk ko. kak ton yang lemah semangat ni rasa sungguh manja dengan tingginya tangga berjalan sendiri ni



ramai sangat orang tangkap gambar kat bunga-bunga orkid ni. eh eh eh,,, korang je nak ye. sambil-sambil jalan sambil-sambil tangkap gambar




tak sedap tiramisu ni




Thursday, 11 February 2016

Ayam Panggang Senang lagi Mudah



cuti hari raya kak ton tak berjalan jauh pun. Pagi ada kat rumah, kemas apa-apa yang patut. Petang atau malam baru merayap. fuh,, cara ni amat bahaya sebab telah melarikan bajet jugak ye. 

Sempat jugak bershopping barang basah untuk stok dalam peti ais. Along kata dah lama ibu tak masak ayam panggang. Nak nangis tepi ikan tenggiri pulak bila anak berkomen macam tu. Adakah indirectly dia kata ibu malas masak????... sukar untuk dijangka

Terus Kak Ton jeling dan jelir abangla potong ayam tu. Apa lagi...... bak sekor ayam togel, kak ton nak buat panggang. Tak dengar ke anakanda ku dah komen tu. Giler ke hapa tiba-tiba nak menjeling menjelir orang pasal dek anak nak makan ayam je. Tak hingat yang abangla potong ayam tu bila-bila masa je lempar ayam kat muka sendiri

tak gitu...
kak ton tersenyum manja je kat abangla tu
dan beliau pun tersipu malu




Sumber; Liza @ Intai dapur 
Oleh ; Dapurmamasya 



Bahan-Bahan

A
3 sudu besar cili boh
2 keping kecil gula melaka 
1/2 cawan air
Masak semua hingga pekat tapi kak ton tak buat pekat sangat pun sebab nak bagi lebih sos

B
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 kiub ayam
1 inci halia
5 sudu besar sos lada hitam @ 3 sudu besar sos lada hitam + 2 sudu besar sos tiram. Kak Ton guna campuran sos lada hitam dan sos tiram
5 sudu besar madu tapi kak ton letak 2 sudu besar je

Blend bahan A dan B. Tenyeh pada ayam seluruh anggota dan perap 2 jam. Kak ton cucuk-cucukkan badan ayam supaya sos dapat meresap. Teknik ni kita panggil spa pedas

Sebelum panggang, lumur dengan butter. Panggang 180C selama 50 minit hingga 1 jam. Kak ton set oven 25 minit, ambil lebihan sos dan salutkan lagi atas ayam supaya ayam tak kering kontang. Setkan lagi 25 minit.




sedap sangat kata kooooooo

nampak elegen walaupun tanpa dayang-dayang sayur. mana nak sempat dah letak salad bagai kalau mulut-mulut dah berkicauan 



alhamdulillah.... senyum bangga ai dengan diri sendiri. bukan riak ye tapi bangga je

balik keje sempat lagi panggang ayam yang marbeles

bercucuran airmata tahan sebak bila family makan dengan happynya

sawan kan...memula jeling jelir abangla, sekarang nangis pulak




Friday, 5 February 2016

Misi Minggu Ni



Chinese new year cuti 4 hari kan tapi tak berani nak drive balik kampung. encik suami tak de, jadi senang sikit nak buat plan. heheheh, bagitau je apa plan tanpa perlu dia campur tangan

kak ton suka buat kerja sendiri. bila ada orang ramai sikit jadi kekok. sebab tu bila boss suruh buat something tapi mata dia ada kat belakang kak ton, mintak mahap la boss ye. sila beredar kalau nak kerja tu selesai. dah siap nanti kak ton presentkan aje

gituuuuuuu

kalau masak atau baking pun macam tu. sebab tu kak ton pernah buat mini kelas 2 kali je. kaku ko... mulut kebas macam baru kena bius. jadi malu-malu kucing siam terus kiter tau

kesian tengok bilik anak bujang

lemari dah lama, skru pintu asik longgar je. hari ni fix, esok longgar balik. itu terkeluar, ini terjojol
frame pun dah lama. nak beli gambar baru
cat pun suam-suam je

huh...banyak yang nak kena buat tu

halangan paling boring adalah nak mengecat. kiri kanan depan tu nak kena tukar warna lain, maintain dinding kat tingkap warna putih tu. fuh,,, lap peluh walopun kerja belum mula

lemari pun akan terbangkan rm yang banyak tu. lemari sekarang ni 5 pintu. tu pun sendat. klu beli yang 3 pintu, baju2 lain nak dicampak ke mana??....

ingat nak tempah wardrobe tapi masa tak sempat dah ni. tengah ada semangat baik buat cepat2 sebelum semangat lari

harap-harap berjaya la misi ni. kak ton takut banyak aktiviti kat depan tivi je, melayan si kecik lagi



Monday, 1 February 2016

Pengikut



pengikut akka follower blog

tulis blog ni bukan semata-mata kerna follower tapi tu salah satu pemangkin untuk menulis. walaupun tak penting sangat tapi bila bukak blog mata mesti terpelanting ke situ

kak ton pelik.... sejak dari awal januari ni follower makin sikit. tika dan masa ni, tinggal awal dua ratus an saja

dek kerna sangsi menerjah, kak ton pun tanya la kawan seperjuangan. diorang pun berfeedback dan rasa benda  yang sama. follower diorang pun mekin mengecil. dah le memang kecil, makin lama makin mengurus je. takkan diet kot. kak ton tak pernah ajar follower diet sebab kak ton pun adalah jelmaan gajjah

korang pun begitu jua???