Friday, 5 February 2016

Misi Minggu Ni



Chinese new year cuti 4 hari kan tapi tak berani nak drive balik kampung. encik suami tak de, jadi senang sikit nak buat plan. heheheh, bagitau je apa plan tanpa perlu dia campur tangan

kak ton suka buat kerja sendiri. bila ada orang ramai sikit jadi kekok. sebab tu bila boss suruh buat something tapi mata dia ada kat belakang kak ton, mintak mahap la boss ye. sila beredar kalau nak kerja tu selesai. dah siap nanti kak ton presentkan aje

gituuuuuuu

kalau masak atau baking pun macam tu. sebab tu kak ton pernah buat mini kelas 2 kali je. kaku ko... mulut kebas macam baru kena bius. jadi malu-malu kucing siam terus kiter tau

kesian tengok bilik anak bujang

lemari dah lama, skru pintu asik longgar je. hari ni fix, esok longgar balik. itu terkeluar, ini terjojol
frame pun dah lama. nak beli gambar baru
cat pun suam-suam je

huh...banyak yang nak kena buat tu

halangan paling boring adalah nak mengecat. kiri kanan depan tu nak kena tukar warna lain, maintain dinding kat tingkap warna putih tu. fuh,,, lap peluh walopun kerja belum mula

lemari pun akan terbangkan rm yang banyak tu. lemari sekarang ni 5 pintu. tu pun sendat. klu beli yang 3 pintu, baju2 lain nak dicampak ke mana??....

ingat nak tempah wardrobe tapi masa tak sempat dah ni. tengah ada semangat baik buat cepat2 sebelum semangat lari

harap-harap berjaya la misi ni. kak ton takut banyak aktiviti kat depan tivi je, melayan si kecik lagi



No comments:

Post a Comment