Thursday, 23 June 2016

Habuks



kak ton bukan minah bunga tapi kat rumah tu ada la sikit bunga buat menambah seri rumah. takkan nak harapkan seri muka kak ton je

selalu tu buat-buat tak nampak je habuk yang melekat kat bunga-bunga tu tapi bila dah dekat nak raya ni kena le amik peduli sikit. kang tetamu datang, duk bersin tak berenti, sendiri yang malu kan



bunga warna cream yang dah nak nampak coklat





kat atas meja makan pun ada bunga sikit tapi menimbun tanpa arah tujuan

kena merajinkan diri susun bunga biar nampak kemas

belum nampak tanda-tanda rajin selagi biskut bersusun-susun belum dihantar. yang nak bawa kampung kena masukkan dalam kotak dah. insya-allah minggu depan dah nak balik

yahu.....nak raya kat perak dulu


1 comment: