Friday, 30 September 2016

Jalan-Jalan Sabah, Rumah Terbalik


minggu lepas, kak ton sefamily jalan-jalan ke sabah. dari 22hb sampai 25hb

tak sempat nak plan sangat. rasa nak pergi sabah tapi kejap nak pergi kejap tak nak pergi. kerja kat office pun banyak. tapi bila fikir-fikir balik, takkan siap kerja tu semua. cuti pun banyak lagi jadi bulan 7 hari tu terus booked tiket

tak terfikir langsung pasal cuti sekolah, pasal raya haji. nasib le tak kena dua-dua tarikh tu. hampeh betul diri sendiri kan. hidup lintang-pukang

tapi....memang lintang pukang. dek kerna sibuk dengan kerja, sehari sebelum pergi baru pergi carik tempat tinggal. nasib le ada lagi adik kepada resort dan hotel tak hotel

tapi......nak lagi menjanamkan kak ton. lupa nak check-in flight. tengah dinner kat kedai, baru nak suap spagetti en. suami punya, baru teringat pasal flight. pucat gigi tau mengenangkan diri sendiri. careless sangat

flight pukul 9.30 tapi dah ada kat klia2 pukul 6 lebih sikit kot. mengenangkan nak letak kereta dekat long term car park nun. pernah tengok review kadang-kadang shuttle bus lambat la, tak seperti setiap 20 minit yang dikaborkan. jadi langkah selamat adalah pergi cepat untuk elakkan kejadian tidak diingini

ngeri nak membayangkan anak-anak dah excited nak jalan tiba-tiba tak boleh pergi. masa tu dah terbayang kena incur extra cost untuk beli tiket baru. nak kena beli helmet jugak takut kena hempuk dengan laki



alhamdulillah... 
berjaya naik flight dan makan pre-booked menu



sampai di airport kota kinabalu
rasa happy bila tengok anak-anak excited

kemas-kemas sebelum tunggu kereta sewa datang
eh... kereta dah ada kat atas, kami yang lambat sikit keluar

kak ton sewa myvi je untuk 4 hari tu. sewa ni pun last minute jugak. sebelum-sebelum ni ada call tuan kereta tu, banyak jugak jenis kereta. dah last minute ni myvi je ada. hentam je la labu, janji ada 

en. laki kata kenapa mesti myvi???? kenapa tidak 4WD????
eh eh eh... jangan banyak songeh ye

dari khamis 11.30 pagi sampai ahad 11.30 tu sewa kereta RM320. not bad kan???... myvi pun baru 19k mileage



plan adalah terus ke kundasang

dalam perjalanan nampak sign board rumah terbalik. boleh le masuk kalau senang je nak cari. memang tak teringin pun nak pergi, tak de dalam schedule pun

tapi pada yang nak pergi, kena slow-slow sikit lepas jumpa sign board yang pertama. sebab sign board tu tak berapa jelas. tau-tau rumah terbalik tu ada kat tepi. kena u-turn pulak sebab alang-alang dah ada

harga tiket untuk 1 family, RM48
ada 3D museum kat sebelah tu tapi tak pergi pun



pintu masuk

kat luar je boleh tangkap gambar, kat dalam no no ye
ada orang yang ikut kita jadi tak de chance la korang nak menipu 








 dengan anak dara yang banyak kerenah
kalau nak berjalan punya lama nak bersiap


jamban terbalik

cuba bayangkan kalau in real life pun macam tu




family kak ton

kejap je kat sini, tak de la special sangat kecuali untuk bergambar


No comments:

Post a Comment