sejak balik dari Sabah, Along tak sihat. 3 kali bawa ke klinik sekali dengan blood test, alhamdulillah semuanya ok tapi badan lemah-lemah. kesian pulak tak de selera nk makan
jadi.....
mari buat chicken chop untuk meng'up'kan selera makan
kitorang suka yang garing jadi mari goreng 3/4 rentong
ni yang kak ton tak minat. bila nak guna masa tu le tak de. kalau tak nak, menari-nari le ayam tak de tulang ni depan mata
kena la buang tulang-temulang dulu nampaknya
alang-alang ada tulang, tulang tu kak ton rebus masukkan potongan carrot untuk buat stock. hihihihik, chef sangat konon
lepas tu, cucuk-cucukkan ayam dengan pisau dan perap dengan lada sulah dan sikit garam. ketepikan dulu
pukul 2 biji telur dan stand-by tepung kentucky dalam kotak letak dalam pinggan leper, senang nak golek-golek dengan ayam nanti
bila nak goreng tu, golekkan ayam dengan telur lepas tu salut dengan tepung. terus lempar dalam kuali. goreng dengan api sederhana supaya ayam masak dengan elok. jangan rentong di luar tapi berdare di dalam yek
kalau gitu, ayam anda adalah fail
untuk coleslaw
racik halus kobis dan carrot. carrot tu ala kadar untuk kesan warna dan rasa je ye
1 bawang kecik - potong dadu dan halus
3 sudu besar mayonis
1 sudu kecil gula
sedikit garam
campur semua dan simpan dalam peti ais. boleh pegi buat sos lepas ni
untuk sos lada hitam pulak
1 labu bawang holland - potong dadu
3 sudu kecil lada hitam - tumbuk kasar
2 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar sos tiram
8 sudu besar sos lada hitam
2 kiub pati ayam
sedikit air
sedikit butter
oregano kering
1/2 tin cendawan butang - boleh lebihkan kalau suka
cairkan butter dan tumis bawang hingga layu. masukkan lada hitam, goreng sampai wangi
masukkan tepung gandum, kacau sebati sampai tepung hilang dari pandangan dan mansuhkan rasa tepung. omputeh panggil roux
masukkan kiub ayam, sos lada hitam dan sos tiram. kacau sebati. kalau pekat masukkan air. kak ton pakai stok ayam tadi tu
tambah cendawan butang dan oregano kering. rasa dulu sebelum masukkan garam sebab kebanyakan bahan dah masin
kak ton tak akan bertanggungjawab kalau kejulingan berlaku ye
last sekali goreng le kentang supaya sedap dimakan time panas
dah siap 5 pinggan chicken chopnye
No comments:
Post a Comment