Thursday, 23 October 2014

Ingat Senang ke Nak Buat KeK



hai

penat ke beraya semalam?... 
penat tak telinga dengar promm pramm bunyi mercun
hihihik, bab mercun diharap semua bersabar sebab kita raya pun macam tu jugak. main mercun tak hengat dunia. maka ni le masa nak give and take
tak gitu???

hari tu telinga kak ton sikit berasap tapi hari ni asap tu dah hilang. kejap je pun situasa tu merobek hati kak ton yang rapuh ni

design kek ni kan macam-macam. ikut pada kehendak dan kemahuan tuan tanah. sanggup dengan tak sanggup je kita membayarnya

kalau dah design susah maka susahlah harga yang perlu dibayar. takkan design kereta bwm tapi expect harga utk basikal bmx. logik-logik la sikit kan???

lagipun buat kek ni perlukan kesabaran dan kesungguhan. kalau merampus waktu membuat mungkin kek pun rupa haprak. hati kena relax, jiwa kena tenang. sebab tu kengkadang design yang sama kita buat tapi hasilnya mungkin lain sikit. mungkin semalam kita buat masa lepas dapat bonus tapi hari ni kita buat lepas kena kejar dengan anjing yang masuk dalam kempen "i can touch a dog"

giler punya anjing, tak pasal-pasal nak kejar orang


kalau doll cake ni mesti le mahal sikit kan

ingat kalau batuk je boleh menghasilkan kek ni???... 

mintak ampun la kat penunggu gua



kak ton takkan gile nak charge harga red velvet ni sama macam harga doll cake 

kalau betul, mai ramai-ramai datang klang lempang kak ton kiri kanan



yang ni pun selogiknya mahal la kan

nak buat petak-petak tu pun kak ton mengah





jadi ......
bila ada orang yang persoalkan kenapa harga kek kereta kak ton mahal nak comparekan dengan harga kek macam kat atas ni..... ok tak kalau kak ton nangis keliling padang sekolah anak sambil tarik-tarik baju sampai koyak rabak

adik manissssssss......
tau tak tumit kak ton leper waktu nak menyiapkan kek kereta tu

kak ton tak suka buat kerje duduk. jadi dengan berat kak ton yang macam anak badak ni, harus le penyek tumit kak ton yang merah pink tu

jangan gitu dik non. kalau tumit kak ton leper, macamana kak ton nak cat walk atas pentas dengan bikini hijau biru kak ton nanti??





10 comments:

  1. Hanya jauhari yg mengenal maknikam kan
    Samalah macam kek ni yg pakar ae tahu susah ke senangnya nak buat
    Apa lagi nak Ferrari merah hmmm.... mahu-mahu tertinggal hobby sendiri kena siapkan ye tak:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kakzakie. tiga mpat jam tak bergerak dari dapur

      Delete
  2. sangat memahami situasi mcm ni..sebab SB sendiri pon amik tempahan buat kek. bila deco bagai, mana da nak duduk elok kat kerusi agung sambil pegang piping beg aising..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan SB?....org yg pernah buat je tau macamana

      Delete
  3. betolll....yang design simple pon berpeluh nk siapkan

    ReplyDelete
  4. pantang betul kalau jumpa blog yang ada baking ni.
    sy pun kadang2 amek juga tempahan. tapi hanya kek simple2 je.
    memang xleh nak bagi komitmen kalau yang kena deko2.
    tambah pulak kurang berseni.hee

    ReplyDelete
  5. Terkekek2 baca ngomelan akak.
    Ni baru bab deko.
    Belum kira sedap dan bahan2 lagi...

    saya buat kek failed, kek saya xmau kembang naik macam orang lain buat, huhu...
    resepi brownies akak best, saya dah cuba.
    mekasih ye...

    ReplyDelete