Monday, 13 April 2015

Belajar Kimia di Chemistry Cafe



kawannnnn-kawannnnn... cafe ni cool giler tau

waktu melangkah masuk, pejam celik pejam celik, tampor pipi kawan belah kiri, tampor lagi pipi dia belah kanan. macam tak caya pulak ada tempat makan macam ni

pada yang sukakan sains, mesti datang sini. tiba-tiba kita bertukar jadi saintis dan professor

penunu bunsen, tabung uji, buret, pipet, kaki retort semua ada sebagai penambah seri cafe, sesuai dengan nama

staff pun pakai lab coat. chilllll

ada meja singki jugak. kalau setakat borak kosong & datang berdua, bole je duduk kat meja singki tu


kat mana??? sini je
Chemistry Cafe+Lab
Jalan Kristal J7/J 26 Section 7, Shah Alam



tak cayo kata kak ton??... 
bekas minum pun bentuk tabung gini. kat makmal le selalu ada kan??? siap ada picagari lagi

picagari pun diorang sediakan, dalam tu ada air gula. 
lepas habis air gula, boleh guna untuk sedut minuman dan masuk mulut ye. bukan untuk korang sedut dan sembur kat muka kawan

ni namanya vanilla junkie. harga lebih rm10, tak pasti sangat harga sebenar


waffle... sedappppp korang. nak lagiiiii




pie

secara kesimpulannya.... tak banyak makanan berat tapi encik google kata lasagna dia menjadi kesukaan ramai. aiseh,,, kena datang lagi jawabnya.

jadi.... kalau weekend tu tak de menda nak buat, boleh mengopi dengan kawan-kawan atau family kat sini. ramai student jugak datang melepak kat sini jadi kebarangkalian untuk dapat awek baru atau mencuci mata adalah tinggi

lalalalal... siapa bilang gadis melayu tak menawan



2 comments:

  1. mana picagari tu kak ton
    tak nampak lak

    konsep menarik
    hahahahhaha
    penunu bunsen hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. lupa plak nak ambil rupa picagari

      teringat gaduh dengan cikgu sains sebab tido dlm kelas. hai puan mariammmm

      Delete