Tuesday, 28 April 2015

Movie Night - The Avengers



ni aktiviti kedua Sports Club tempat kak ton mencarik rezeki, tengok wayang "The Avengers"

tapi takkan nak tengok wayang je kan?... jadi kami decided makan dulu kat Burger King Aeon Bukit Raja, Klang. Senang, lepas kerja Jumaat lepas. Tak payah nak mengadap jam sangat sebab tak jauh dari opis

masaelahnya... kak ton kena balik rumah dulu amik anak-anak. biasa la kan keje dengan budak-budak ni. dah atur semua baik-baik pun tetap jadi kelam kabut. Minah sorang ni ada je benda yang tertinggal. Memang gitu perangai tiap-tiap hari. maka redho je la, malas nak berbunyik lelebih nanti ilang mood



bila anak dah besar panjang, sila tolong ibu tiup belon. belon ni gunanya untuk game nanti

Mr. President sports club tak nak mainan yang berunsur kanak-kanak tapi kami dah abaikan dia. hehehe, semua games mengikut kata hati sendiri

alaaaaa. relax la boss. sekali sekala jadi budak-budak




gunakan balik banner yang ada. buat apa ada banner kalau tak guna???....



naib pengerusi, setiausaha dan bendahari

good job yee meng, member yang datang awal walaupun tak menolong apa-apa



baju purple menunjukkan committee ..

walaupun tak semua yang pakai t-shirt sports club. tak po, janji program berjalan lancar



dari jauh dah macam telinga rabbit



kami amik 2nd floor jadi senang sikit nak bergames tanpa rasa malu



anak sapa la ni????

tak ramai yang bawa family sebab kena bayar 
:)

kak ton tak de pilihan sangat. kesian pulak diorang tinggal kat rumah. lagipun kena pikir diorang tak dinner lagi jadi hangkut le semua. senang, selesai satu masalah



the girls with sorang makcik



game start lambat sikit sebab tunggu peserta. lepas makan, turun solat lepas tu punya la lambat naik. dah pukul 8 baru nak start main

helloooo kengkawannnnn
kita ada 6 games ni, show start pukul 8.45

game yang pertama... pass bola pingpong dalam sudu. jaga-jaga, jangan sampai tercium pulak

satu group kitorang pecahkan pada 2 pompuan dan 4 laki. demi menjaga kesucian kaum perempuan, bila time pempuan kena bagi bola kat lelaki, bole guna tangan. mana nak tau, saja je ambi kesempatan,,, terpegang pipi la, tercium mulut la

eh eh eh



game kedua ... duduk atas belon sampai pecah. belon kena letak atas paha sorang lagi member. nasib la korang kan kot paha korang meletup sama macam belon tu jugak

ni kak ton demo, konon ramai tak paham. saja la tu nak kenakan kak ton



telefon rosak

ala,,,, yang pass message sampai belakang tu



bahasa insyarat

amboi. gajah sangat kak ton kat belakang tu. nangis tengok diri sendiri dalam gambar. balik rumah cepat-cepat tanamkan azam nak diet sungguh-sungguh

bila tengok makanan sedap-sedap, korek balik azam tu. nak tanam hari lain la pulak



amboi.....lapo sangat ni wai ooi


No comments:

Post a Comment