Thursday, 30 April 2015

Ahli Mesyuarat Tingkap



bila time boring petang-petang tak tau nak buat apa, teringat waktu kat rumah lama. bila ada barang dapur yang kecik-kecik dah habis, rasa nak pindah balik kat sana. rinduuuu sangattt

dulu, semua jiran tetangga melayu sebab tu kawasan rizab tanah melayu. bukan nak racist tapi kitorang rapat sangat. walaupun hanya 4 rumah je kategori muda tapi kak ton suka kawan dengan makcik-makcik. ezpecially sorang makcik ni. walopon kategori warga emas tapi hati dan otak sangat la sempoi

kalau dia dah habis rempah ratus, dia akan call kak ton dan kak ton pun terpaksa lompat pagar belakang rumah untuk hantar kat rumah dia. knapa kena lompat???.. sebab rumah tu pagar belakang tak de pintu. kena jadi macam penyamun tarbus untuk keluar

kalau kak ton pun nak barang, terpaksa jugak lompat pagar sebab dia tak de delivery service. badan gedabak sangat, mau gempa bumi kawasan klang kalau dia jatuh berdebuk

tapi memang sangat fun. kadang-kadang saja je kak ton nyorok dari bawah tingkap, kaco dia, terperanjatkan dia. kot kalau dia tiba-tiba buang air ikan, kiranya kategori mampus la diri sendiri

tu nama takdokojocarikojo

masa ada maid, kak ton pegi pasar borong subuh-subuh. malam sabtu tu dia panggil le datang rumah bagi list ikan-ikan yang dia nak. makan bukan main hebat, ikan beso-beso je yang dia pilih. tekak diva sangat tau

walaupun dah lama pindah, kitorang tetap kamceng

bill api air, credit card banyak yang kak ton pegi bayarkan untuk dia. cucuk duit kat atm pun kak ton yang tolong buatkan. kadang-kadang call ngam-ngam pukul 5 sebab dia tau kak ton dah balik dari opis. "ida, balik nanti tolong belikan akak roti". akak konon padehal dia sebaya mak kak ton 

kalau dia ada kenduri, kak ton le orang yang paling awal datang. walaupun tetamu semua sedara-mara dia je, semua pun dah kenal kak ton. tak de nak malu-malu

haihh.....anak-anak pun ajak pindah balik kat sana. tapi appamaubuat, tak de rumah kosong



No comments:

Post a Comment