Friday, 29 May 2015

Biskut Raya Jugak Lagi



cakkkkkkkk.... 

kak ton datang lagi dengan gambar biskut raya 




blueberry tart yang sangat happening

RM26



nessy choc 

RM24




semperit pandan

RM24



disebabkan peanut butter ni bersaiz kacang sebenar, dalam sebekas tu ada 112pcs

RM25



choc delight

RM25



snow almond 

RM24



ring cappucino

RM22


sekian

akak ton ulang lagi sekali. tarikh tutup terima order 15 June

mari wassap kak ton 012-2895601



Thursday, 28 May 2015

Biskut Raya 2015



assalamualaikum....

baru setel masalah kak ton setelah berminggu-minggu berhempas pulas. setel pun tak de sesetel apa pun. rasa nak pulas-pulak telinga sendiri

buta IT sesangat
harap muka je comel, benda senang macam tu pun blur

@_ _ @


orang dah berlambak dapat order, kak ton baru nak menghegehkan diri tunjuk kat sini. ala, relax la. kat fb kak ton dah masuk



biskut terlaris tahun lepas dan tahun sebelumnya

golden ring

RM26 sebekas



tak perlu diintroducekan namanya

almond london 

RM24 sebekas



kemunculan pertama bangkit

ada 2 versi, satu bangkit cheese dan satu lagi bangkit oreo

bangkit cheese RM26

bangkit oreo RM25



suji salju

muncul kembali atas permintaan makcik kak ton
omel angat tauuuuu... demi mak sedara

RM24 sebekas


mari le berpusu-pusu wassap kak ton di 012-2895601

last order adalah 15 June ni



Tuesday, 26 May 2015




Kenapa tak bole upload gambar masuk blog dari tab?.......

Friday, 22 May 2015

Puding Roti Bakar & Sos Kastad



demi sebungkus roti yang dah nak expired, maka ni le hasilnya. dari makan dek tong sampah, mari kita tukar jadi puding roti

diorang ni kalau time semangat makan roti, sehari sebungkus pun tak cukup-cukup. kalau mood tak de, tak mandang walau sebelah mata




laki kata manis. "bio lantokkan", kataku di dalam hati

tapi bila dah masuk dalam peti ais, dah sejuk dah tak ketara manisnya tu



resepi dari fb, group 1001 teknik mudahnya buat kuih. tq pada tuan punya

8 keping roti
500ml susu segar *
4 sudu besar gula halus, kak ton guna gula kastor *
2 biji telur *
1 sudu teh esen vanilla *
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis *
2 sudu besar butter, cairkan
3 sudu besar kismis

satukan semua bahan bertanda * dalam mangkuk. pukul sekejap bagi sekata. Koyakkan roti dan masukkan dalam mangkuk tadi. biar sekejap bagi meresap

kak ton masukkan butter dalam loyang, letak atas api sekejap bagi cair

butter cair tu masukkan dalam mangkuk, lepas tu ratakan bakinya segenap loyang. masuk juga separuh kismis dalam mangkuk. taburkan baki kismis atas adunan yang dimasukkan dalam loyang

bakar 35 minit, 160 darjah


Untuk sos

1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula

masukkan semua dalam periuk dan kacau hingga agak pekat

kepekatan ikut tahap kesukaan masing-masing



pagi tadi seloyang dah licin untuk breakfast

ada lagi baki sos kastad, rasanya boleh buat seloyang lagi tanpa perlu buat sos

kesimpulan.... 
boleh buat separuh je sos untuk satu adunan puding roti tu




best 
:)

Friday, 15 May 2015

Mewarna



weekend hari tu. berjalan-jalan ke tesco tanpa arah tujuan. nak kata beli barang dapur tak jugak sebab kak ton tak suka beli barang dapur kat supermarket besar

ada la pulak peraduan mewarna

disebabkan memang tujuan ke sana untuk membuang masa, maka mari le kita mewarna. untung-untung dapat voucher 200 kot. peraduan mewarna kena bawak kaler sendiri ye. haih,,,, kena beli kaler




kak ton perasan benda berbentuk sosial macam ni hanya si anak dara je yang berminat

yang lelaki?...nan ado ye, nak menanya pun diorang segan

nampak tu... dipaksa, dipujuk tetap dengan game




konon macam dah hebat sangat angah mengaler tapi bila tengok hasil anak orang lain.... rasa nak masuk dalam kelambu cepat-cepat

hebat sangat diorang punya hasil kerja. set kaler pun mengalahkan engineer. penuh satu meja, siap bawak kain buruk la, bawak hapa lagi ntah

jeling-jeling konon nak tiru tapi memang takkan bolehnya la. tu yang pasir dan daun-daun tu kak ton suruh anak buat, tengok orang depan punya
@--@

 kitorang kaler stabilo, diorang punya set mau harga beratus-ratus tuh

jadi kitorang buat kesimpulan, diorang semua pegi kelas mewarna sebab tu imaginasi dan teknik melampau-lampau sangat. kagum berminggu-minggu tau

walaupun nak berusaha untuk menang voucher tapi tak de le sampai nak maki hamun anak macam orang sebelah kak ton. kesian anak dia, rasa nak cilikan mulut mak dia. lukisan punya pasal sampai panggil anak "bebal", "bodoh" "bengap"

dah kenapa mak jadi gitu???? bukan boleh kaya pun kalau menang voucher tu




Wednesday, 13 May 2015

Kedai 2nd Hand



kak ton rasa ramai yang setuju dengan pendapat kak ton bahawa isteri memainkan peranan penting dalam urusan kewangan family. isteri kena bijak menjaga amanah RM yang diberi sang suami

jimat cermat,,, bagi prioriti pada keperluan dari kehendak. kalau ada lebihan, itu adalah bonus. tapi tak semestinya kita bole berjoli kodok dengan lebihan tu. lebih baik bersederhana, yang penting ada makan dan pakai yang sesuai untuk ahli keluarga. kalau ada emergency masa ni la kita bole guna simpanan yang ada

nak pulak dengan GST segala ni, kena pandai adjust semua benda

maka......bila kak ton perlu beli something baru-baru ni, banyak yang kak ton kaji sebelum buat keputusan

ni antaranyaaaaaaa....



tanya kawan yang ada kedai perabot, tanya kawan yang baru beli perabot, tanya en. google yang bole suggest pakej yang menarik

dan kak ton bernasib baik. walaupun bernama kedai perabot terpakai, kedai ni pun ada jual perabot baru tapi dengan harga yang boleh buatkan kak ton menari tiang

bila beli kat sini, kak ton berjaya jimat lebih dari 50% dari harga kedai perabot biasa. dan ada satu kedai ni yang memang kak ton hampir hampir hampir beli, kak ton berjaya jimat 85%. tu belum lagi trade in yang berjaya dibuat

yahuuuuuuuu.... tepuk tangan untuk diri sendiri

menari tiang lagi sambil pakai baju arnab 



info pun dapat dari mak incik gugel

kedai dekat rantau panjang klang

senang je nak cari, tau jauh dari carrefour nak menghala ke port klang menurut kata sign board



petunjuk kedai

kedai ni tutup hari jumaat dan bukak hari-hari lain. tokeinya budak muda je tapi berwawasan nampak gayanya

apa tungu lagi.... mari selamatkan poket sendiri dari menjadi mangsa kerakusan diri sendiri jugak



Monday, 11 May 2015

Mushroom Soup with Garlic Bread



semalam Mother's Day.... 
tapi jangan la harap mother dapat bersenang-lenang depan tivi sambil rendam-rendam kaki dalam air suam

walaupun somi kata makan kat luar je tapi malas la sebab ada 3 waktu makan yang nak kena fikir. lebih baik masak awal-awal dari kena keluar tiga kali sehari untuk isi perut. kalau ada satu perut je tak pe, ni ada 5 perut yang nak kena isi



ni english breakfast... mushroom soup & garlic bread kegemaran anak-anak especially along. seperiuk soup memang dia hadap dari pagi sampai ke malam

jangan ingat english breakfast je kak ton buat ye. kampung breakfast pun ada untuk suami. versi kampung kak ton buat cucur udang. baru nak angkat kamera laki datang dapur. ceh, cepat-cepat garu leher. nak cover dari kena marah, asik-asik tangkap gambar makanan

ikut suka orang la, orang suka tangkap.... 
kata diri sendiri dalam hati
@_ _@

fuhhhh... lap peluh, berjaya kaber



6 1/2 cawan air
2 ketul isi ayam
2 kiub pati ayam
6-7 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sikit air
2 cawan susu penuh krim
1/2 tin cendawan butang - potong ikut suka
garam, gula
dry oregano

masak ayam dalam periuk berisi cawan. keluarkan ayam bila dah masak dan campurkan kiub pati ayam ke dalam periuk yang sama. kacau sebati. carik-carikkan isi ayam

masukkan susu, garam dan gula sesedap rasa. biarkan mendidih dengan api sederhana. Masukkan ayam dan cendawan

Campurkan air bancuhan tepung jagung. Kalau suka pekat, guna 7 sudu, kalau nak cair, 6 sudu dah memadai. Kacau ye, kang berketul-ketul pulak 

tutup api dan taburkan oregano buat penyeri majlis




untuk garlic bread pulak kak ton beli roti keras yang panjang tu. hape ntah nama dia. potong menyerong untuk kesan dramatik

tumbuk atau cincang halus 3 ketul bawang putih. sementara tu potong 2 sebiji bawang putih. tenyehkan pada kepingan roti untuk rasa bawang putih yang lagi-lagi dramatik

bawang putih yang dicincang tu dicampur dengan 2 sudu besar minyak zaitun, 1 sudu besar butter yang dicairkan, garam dan dried oregano. gaul sebati, lepas tu sapu pada roti. sedia untuk dibakar dalam anggaran 3-5 minit



nyam nyam nyam..... 

"terima kasih ibu", ujar along pada ibunya yang comel dan lote itu





Thursday, 7 May 2015

Spagetti Giada at Home... air tangan anak



kak ton peminat rancangan memasak. antaranya Giada at Home kat channel 727 astro. maka... tiap-tiap petang pukul 7.05 dan weekend 9.05 kak ton akan baring-baring depan tv. waktu santai sebelum start/sambung buat kerja rumah

minggu lepas giada buat spagetti senang. angah si anak dara kak ton kata senangnya nak buat



nah, sepinggan spagetti hasil kerja tangan angah dibantu oleh chef jemputan yakni kak ton 

bahan of course ada yang tak sama. dia guna white wine.. dah tebiat nak kojol agaknya kalau kak ton guna wine. ganti dengan air rebusan udang, entah logik ke tidak tak tau le



bahan-bahan

spagetti
minyak zaitun
tomato ceri
bawang putih
kacang buncis - dia guna asparagus
air rebusan udang
udang yang dibuang urat
chili flakes
garam
serbuk lada hitam
daun pudina
daun parsley
satu daun lagi dah lupa jadi tak letak

rebus spagetti

panaskan minyak zaitun dan masukkan tomato yang dibelah dua. masuk bawang putih yang dicincang, garam dan serbuk lada hitam. bila tomato dah lembut, lenyekkan dengan garpu

tambah cili flakes dan air rebusan udang serta kacang buncis. bila kacang dah lembut masukkan udang dan spagetti. giada siram kuah tapi kak ton masak sekali dengan kuah. kuah agak cair jadi kak ton masukkan air bancuhan tepung jagung

tutup api, masukkan daun-daunan





sang ayah sangat la bias. bila tau anak yang masak, bukan main lagi puji sampai ke gunung everest

spagetti dah duduk dalam usus besar tapi mulut tak habis-habis lagi cakap anak bijaksana



Tuesday, 5 May 2015

Untuk Dijual - Ferrari Car Seat



pengumuman pengumuman.... 

sila ambil perhatian pada yang ada baby, bakal melahirkan baby ataupun nak bagi hadiah pada kawan-kawan waima sedara mara

kak ton ada 2 set car seat kat rumah, salah satu jenama ferrari ni. dah lama bermastautin kat rumah tapi tak pernah pakai pun. boss husband bagi tanpa sebab musabab yang kukuh. garu-garu kepala jugak...sebab anak-anak kak ton dah nak baligh

nak clearkan rumah sebab banyak benda yang tak guna, poning pale den tau

gambar sebenar tak sempat lagi ambil. harap-harap esok bole publish  



merah menyala which i like tapi apakan daya keadaan tak mengizinkan untuk kak ton pakai

takkan kak ton nak letak kat dapur, temankan kitchen cabinet kak ton yang warna merah tuuuu... nampak sungguh tebiat

iwan dah darjah 5, sungguh tak senonoh kalau kak ton tempekkan dia atas car seat ni. along pulak kalau ada jodoh bakal kawin dalam sepuluh tahun lagi, tak ke buruk pemandangan kalau kak ton antar dia pegi sekolah menengah, lepas tu turun kereta dari car seat



tengok anak mat salleh tu sungguh comel pakai car seat ni

jadi..... sapa-sapa yang boleh tolong kak ton clearkan car seat ni, boleh wassap kak ton kat 012-2895601

cod ... klang dan shah alam


SOLD



Saturday, 2 May 2015

Brownies yang Senang dan Lazat



cuaca sekarang ni dalam kategori nyaman je. petang-petang hujan turun sikit jadi tak de le panas membahang macam ari tu. kalau tak petang, malam pulak hujan. cantek sangat keadaan tu

cuaca romantik maka tangan asyik nak tarik selimut je
tak gitu??...

resepi ni dah lama kak ton aim nak buat tapi perut tak de memberontak sangat jadi hasrat asyik terpendam. last week... bila mulut nak makan something yang baru baru le teringat kat brownies ni



dari majalah saji. tak percaya??... ni dia bukti penyiaran.


1 biji buttercup
1 1/2 cawan gula
2/3 cawan serbuk koko
1/2 sudu kecil esen vanilla
3 biji telur
1 cawan tepung
1/2 cawan coklat chip

next time kena kurangkan gula tu kepada 1 cawan atau 3/4 cawan. kemanisan amat menyentap jiwa

cairkan butter dengan coklat chip dengan kaedah double boiler. kak ton guna microwave je sebab perut dah memberontak sangat mintak makanan

pukul gula, telur dan esen vanilla. kak ton guna whisk je. bila dah sebati, masukkan campuran butter dan coklat chip tadi. Gaul rata

masukkan pula tepung. kacau hingga sebati

masukkan dalam loyang 10 x 10. kak ton rasa sedang elok je ketinggian. kalau nak tinggi sikit, guna 9 x 9

masak selama 40 minit atau hingga masak dalam ketuhar 160 darjah


tak sempat nak hias dengan coklat. anak-anak dah ambil nombor giliran siap-siap. berasap-asap mulut makan, tak nyempat tunggu sejuk




kak ton bagi 5 bintang untuk brownies ni. sedap sangat ko walaupun dari bahan-bahan tu kita tak nampak kehebatan dia

next time nak letak salted caramel pulak. mesti makan sambil lompat bintang

yang penting kita enjoiiiiii