Wednesday, 14 May 2014

Mother's Day



Siaran tertunda dek kerja yang menimbun. menimbun yang melampau-lampau tuh, azab betoi

minum air kosong pun terpaksa kak ton limitkan. opis kak ton kat bangunan sebelah main office, tingkat satu, tak de toilet. nak kena melangkah ke main office untuk ke toilet. kalau tak betul timing dan jangkaan, boleh menyebabkan kecelakaan dan malu seumur hidup

orang glemer macam kak ton, paparazzi di mana-mana sahaja. tau-tau aib kak ton dibuka dalam youtube. paling cikai pun keluar dalam beautifulnara, rating sebaris dengan cerita che ta mengandung

jadi kejadian mother's day ahad lepas baru sempat dipaparkan hari ni

misi surprise tahun ni dijayakan oleh bff kak ton iaitu ciki. tiba-tiba declare bff bila ciki sanggup jadi despatch 

barang dah beli awal-awal tapi baru sempat courier khamis @ jumaat. nyawa di hujung tanduk betul. buatnya van curier tak sempat sampai ke kampung, kak ton stand-by je nak ngamuk. terpaksa ngamuk untuk cover salah sendiri, buat keje last minute

ciki kena beli secebis kek kat secret recipe, kasi upah dia secebis kak jugak. ya ampun...... duit tak bagi lagi sampai sekarang. hapak punya bff

maka berkampung le dia kat secret recipe di awal pagi. terus terbang ke rumah mak kak ton yang tak jauh dari situ



mak

kak ton tau mak baru lepas nangis tuh. tunjuk kat anak-anak pun diorang cakap kenapa pah nangis??




spot the airmata???

ciki tak sempat capai kamera sebab dia tak jangka pun mak kak ton akan nangis

see ..... 
hati sorang ibu. benda kecik je yang kita buat tapi tu pun dah meruntun hati dia




maka mak pun bermakan le kek itu

mak baru makan sesudu, abah cakap kat ciki
"jangan tngkap gambar waktu makan, nanti nampak tak de gigi

di hujung tu mesti bekas nasi goreng dan ujung senduk. heheheh, abah memang makan nasi goreng je pepagi. sementara mak masak, dia menunggu je kat meja makan

sweet kan



kak ton tau mak mesti happy....

hari ahad kak ton berendam airmata, rindu kat mak abah


ciki bakal jadi pengantara rasmi untuk father's day bulan depan. barang dah kak ton beli tapi malas nak courier sekali. buatnya ciki lupa, terhantar sekali. dah hilang satu surprise



nota penting, sila rekod
kak ton adalah berwajah singa tapi hati kak ton tak sapa tau. ramai yang tau tu tapi dibuang jauh dek rasa ego, cuba menegakkan benang yang basah







9 comments:

  1. hargailah insan bernama ibukan...:DD

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepat sekali. tak kira yang masih ada ataupun yang dah pergi

      Delete
    2. bila hari hargai aku lak kak ton

      Delete
    3. tgk la nanti macamana ye. mungkin government akan declare bulan depan
      :) .... manyak cantik

      Delete
    4. aku? xde hari utk hargai aku jugak ke kak ton, kak elly?

      Delete
  2. Yes!!..walaupun simple....biar mak tau kita igt dia....

    ReplyDelete
  3. apa lg yg si ibu mahu kalau bukan anak2nya

    ReplyDelete
  4. rindu dengar cerita pasal mak dan abah. Mak dan abah MET dah tak ada, kalau ada, ada saja gaduh-gaduh manja mereka. Orang zaman dahulu menzahirkan rasa kasih sayang berbeza dengan orang zaman sekarang.
    Maaf mungkin agak kasar jika MET katakan, cinta zaman sekarang banyak yang hipokrit!
    Hargailah mereka sementara mereka masih ada...

    ReplyDelete