Wednesday, 7 May 2014

Yang simple Lagi - Ayam Rosemary



keje kat opis yang berlambak-lambak melampaui batas kemanusiaan menyebabkan kak ton penat melampau-lampau jugak. balik nak cari bantal je, tak de tilam pun tak kesah. letak je kepala sure kak ton tak bergerak dah

jadi ... 
sekarang aim untuk masak yang simple tapi nampak kebaboooom. psikologi le tu, menipu mata dengan presentation yang menarik

tapi tu bergantung pada keadaan jugak, kena tanya pendapat tuan besar. kot kalau dia setuju, baru le kak ton proceed sebab dia bertekak kampung yang kena makan nasi. sedeehhhhhh

ayam ni.... kak ton hentam je. masa ni tuan besar pegi otstesen 5 hari jadi dapat le kak ton masak ikut hati sendiri. siap pesan kat anak-anak ... "kalau ayah tanya makan apa, cakap makan ayam, jangan cakap tak de nasi". dia pulak tekankan anak kena makan nasi jugak walaupun kadang-kadang diorang dah makan makanan lain

mode : kak ton adalah tersepit dan dihantuk ke dinding bilik air tau





kononnya simple tapi menyihatkan le walapun sayur mayur tu diorang kuis-kuis ke tepi. last-last perut kak ton berkonsepkan kambing, penuh dengan sayur je

dada ayam kak ton potong nipis. taburkan garam, lada hitam, rosemary. tabur depan dan belakang. lepas tu ketuk-ketuk untuk bagi bahan-bahan meresap dalam ayam

ketuk tu biar la dalam kadar sederhana. jangan sampai pecahkan meja dan hancurkan ayam

sama macam konsep kambing blackpepper, tumis leek dalam minyak zaitun. bila dah wangi, masukkan daun bayam, garam dan serbuk lada hitam. masuk dalam pinggan dan ketepikan

dalam kuali yang sama, tambah sikit lagi minyak. goreng ayam sampai kekuningan, tambah kepingan daging yang dipotong kecil

lupa plak kak ton nak snap gambar, jadi kak ton google je. apa ntah nama dia tapi boleh dapatkan kat giant, selalu ada kat bahagian ayam dan daging





bila goreng, wangi je bau dia. goreng sekejap je




yang kuning tu ayam, yang coklat-coklat tu daging 


dah siap .... kenyang le seisi keluarga kecuali iwan. dah kak ton duga, sebab tu le stand-by satu bekas nasi bungkus. 

haih.... dia memang ikut apak dia





10 comments:

  1. walaupun simple aja.. janji taste bud jejoget kalau makan..

    ReplyDelete
  2. Ada kadang meman rasa muak tengok nasi, disebabkan panggilan perut keroncong masak macam nie pun sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. kadang2 nk cari makanan lain selain nasi

      Delete
  3. saya dah biasa meratah lauk . klu biarkan saja membazir . bila ratah lauk , kenyang lah pulak ... nasi tgk jer tanpa perasaan ... heheheee

    ReplyDelete
  4. Dah tu Kak Ton, tuan besar tak baca ke blog ni?

    ReplyDelete
  5. jgn harap dia nak baca. bole je kutuk dia kalau mau

    ReplyDelete