Assalamualaikum....
dengan keizinan-Nya, dapat lagi kita berada dalam bulan Ramadhan.
puasa kali ni bukan lebih sikit cabaran, dengan keadaan cuaca yang panas terik. kita yang dah tua ni mungkin la mampu bersabar tapi yang anak-anak kita... alahai, kesiannya
bulan Ramadhan dapat kelonggaran pada yang kerja kat office. boleh balik pukul 4.00pm kalau kita tak de rehat
aku????.... ada kebaikan ada keburukan
sebab anak-anak balik pukul 5 dan 5.30. kalau keluar office pukul 4, kena balik rumah dulu. mungkin 4.30 dah sampai rumah lepas tu kena keluar semula pukul 5 ambil angah dan iwan. tunggu pulak kat tepi sekolah along sebab dia keluar pukul 5.30
ikut la nanti macamana... ikut mood. kot kalau rajin aku keluar pukul 4, kot kalau malas pukul 4.30 le aku cabut dari opis
ni pembuka selera waktu berbuka
hari jumaat hari tu aku cuti, bershopping bekalan untuk sambut Ramadhan kat NSK. Nasib manusia tak ramai maka boleh le bershopping dengan relax. aku rasa hari sabtu sure orang melimpah ruah, kat kose nak beratur panjang untuk bayar
antara barang yang aku beli ..... pelbagai jenis pappedom. sepaket besar aku goreng, letak dalam 2 tupperware tinggi ni, last2 pagi tadi tinggal suku bekas je. memang anak-anak suka
senang mak korang
menu ringkas je semalam
sebabkan ada ketupat nasi tu, aku limitkan menu yang lain sebab aku tau rendang ayam dan ketupat tu nanti yang akan jadi tumpuan
iwan sampai ke sudah makan ketupat je. 2 round akan pun dia sebat ketupat je. sahur baru makan nasi, tu pun terkulat-kulat bijik mata
anak dara pulak tak puasa, bengang je along bila ternampak dia teguk air kat dapur
heheheheh,,, kantoi dah
sedapnya ketupat
ReplyDeleteterbaek
Deletesemlm sesak / ramai sgt org kat giant mcm nak sambut raya wpun baju raya x dijual lagi ... salam ramadhan n selamat menjalani ibadah puasa .
ReplyDeletehuhu, hilang mood bila ramai sangat orang. tapi tak sabarnya nak shopping sambil dengar lagu raya
Deletekahkahkah
ReplyDeleteteguk air selamba
salam ramadhan beb!
bukan hanya teguk air tapi sebat papedom jugak. dia ingat orang lain tak de telinga agaknya
Delete