gerun tak bila aku sebut pasal peringatan ni. banyak benda yang nak diluahkan tapi tak sempat sangat. biar le aku telan selagi mampu
kita ni kalau nak komplen orang lain memang laju kan???.... tapi bila dah terkena batang idung sendiri, buat-buat lupa pulak pasal benda yang kita dah komplen sebelum ni
cerita pasal orang bukan main hebat, bila kain sendiri koyak buat-buat tak nampak pulak
aku dah letak kat status fb semalam tapi sempai sekarang rasa nyampah tu ada lagi
kita ni cepat je bengang kalau orang lain sakitkan hati mak kita tapi selalunya kita lupa bahawa kita le antara salah seorang yang selalu menyakitkan hati mak kita tu
bila mak berperang dengan jiran tetangga, bukan main lagi kita yang moncong lelebih dengan jiran tu padahal kita ni tiap-tiap hari gaduh dengan mak
mak dah bersilat kat dapur dari celik biji mata tapi kita ni dah le bangun lambat, katil pun tak reti-reti nak kemas. lepas makan, biar je pinggan berlambak atas meja. nak basuh sebiji sudu pun rasa macam orang suruh angkat jom jangka yang boleh meletup dalam masa 3 saat
kita bole bercakap pasal orang tapi bila orang bercakap pasal kita, mula la meroyan berhari-hari. terus letak kat status fb, selitkan sekali hadis-hadis dan kata pujangga mengalahkan calon pencetus ummah. padahal kita alif ba ta pun merangkak-rangkak lagi. bajet macam diri sendiri tu perfect... pandai ... ustajjah ... padahal kita ni lagi scary dari hantu kak limah
boleh je nak bagi nasihat kat orang tapi cermin le keadaan diri tu jugak. nak membetulkan orang lain tapi diri sendiri pun ke laut
mari le kita tukar sikit cara kita. saling mengingati sesama sendiri instead of ko saja yang betul, ko saja yang suci murni, orang lain tu semua hina-dina
mari le kita tukar sikit cara kita. saling mengingati sesama sendiri instead of ko saja yang betul, ko saja yang suci murni, orang lain tu semua hina-dina
sedeh .... feeling hampeh
:)
ReplyDelete:(
Deletetaktau sebab apa sis geram tapi betul apa yang sis tulis...huhu
ReplyDeleteada jugak kot yang tak betul
Deleteadat dunia..kain org koyak kita nampak..kain kita koyak wat2 tak nampak :)
ReplyDeletenyampah tau
Delete