Friday, 21 October 2016

Desa Dairy Farm


lepas breakfast di pekan, terus ke ladang tenusu ni

jalan ok cuma kereta kena mendaki sampai ke atas bukit ni. agak mencabar kalau kereta cc kecik. kak ton tengok kereta kancil belakang kitorang macam nak terbalik berpusing-pusing je. haih, seram. nasib le myvi selamat sampai

bila nak dekat sampai atas baru ada sign board. jadi tak payah gusar, memang kita semua di landasan yang betul, jangan nak patah balik takut kita dah salah jalan ye



yippppiiie... kami dah tiba di mini new zealand

harga tiket, RM5 untuk dewasa dan RM untuk kanak-kanak. sefamily adalah RM24




pemandangan yang cantik dan bunga-bunga yang segar sebab cuaca sejuk






susah sangat nak dapat gambar family yang cantik. ada aje yang buat muka penyek, mata senget sebelah. bukan buat perangai ke hapa tapi gitu le keadaannya

candid kot



awal-awal pun parking dah nak penuh. suka beno korang ye datang sini



kaunter jual produk sini

ada susu, yogurt, gelato & macam-macam. tapi susu tu kena habiskan cepat-cepat kalau tak de peti ais. macam kitorang hari tu, sekotak besar tu masam sebab malamnya baru teringat



lepak-lepak minum



lembu pun lepak-lepak









Thursday, 20 October 2016

Bermalam di Kundasang


walaupun pergi hari biasa dan bukan cuti sekolah, banyak tempat yang fully booked. Kiram village yang cantik comel memang sah-sah le tak de

google di sana, search di sini maka dapat le bilik di ayana holiday resort, tak jauh dari Kinabalu Park. Kalau dari pekan Kundasang, dalam 5 minit dari park sebelah kiri dah sampai. Kena bulatkan biji mata sebab sign board dah usang sikit



dengan harga RM108 satu malam, kak ton bayangkan tempat yang biasa-biasa sangat tapi..... cantik uolllss. satu rumah tu ada 4 bilik, bilik kami di bahagian bawah

nun jauh di bawah lereng bukit. view adalah cantik. bukak tingkap belakang lagi le cantik. dengan angin sejuk, kabusnya memang no word to describe. ceeewah





waktu malam lepak-lepak kat luar bilik. cuaca memang sejuk ya amat. dah sejuk sedap le makan makanan yang panas-panas yakni maggi dalam mangkuk. stok makanan beli kat tamu pun banyak. chicken wing boleh makan setengah kampung

orang kampung tak de yang datang tapi kucing je yang ada. dalam 12 ekor ada kot. hihihih, rezeki korang la kucing. cuaca sejuk kucing pun mengelupor makan. sampai lari-lari jatuh longkang sebab nak kejarkan ayam

suka la anak-anak ada kucing tu. berkampung pulak kat luar, buatkan tempat tidur kucing la. 


peminat no.1 binatang. kucing pun boleh rasa perasaan iwan, semua pun pakat tidur atas riba




hazab nak mengangkut barang naik atas





pemandangan cantik dari atas. bayangkan bilik kami yang bawah nampak bumbung tu.

memang nyaman korang. cuaca sejuk sampai kasut-kasut semua basah esok paginya. tuala, seluar baju yang gantung pun lembap. kalau tak de heater, rasanya tak boleh nak kena air kat badan



Friday, 14 October 2016

Kinabalu Park, Kundasang


pueh dah tengok chicken chop tu kan???

mari kita tengok kinabalu park pulak

dari dalam perjalanan ke situ pun suasana dah sejuk. nak nak pulak hari hujan. disebabkan en suami memang suka over, semua jaket kena bawa keluar. eleh, sejuk gitu dia nak heran. kalau dalam kereta, sampai beku le ayo lio kak ton, jangan harap dia nak heran 

pemandangan memang sangat cantikkkkkk

naik masuk kinabalu park ni, bayar tiket masuk. tiket pun tak mahal. rasanya sebiji kereta rm3 lepas tu kira harga dewas dan kanak-kanak. semua sekali pun murah je. nanti check balik tiket yang bersepah kat rumah tu



pelancong sangat rupanya kohnonnn



kalau gambar tak cukup corum macam ni maknanya dari kamera. kalau gambar berlima makanya dari handphone

bawah ni ada anak sungai yang jernih

anak-anak nak turun main air tapi baik le tak payah. tak kena air pun sejuk, kalau kena air mu beku jari jemari

meh kita mendaki tangga pulak


tu anak sungainya



kanak-kanak riang menjenguk dari belakang



3 lelaki terpenting dalam hidup kak ton

 

eh along, kenapa tinggi sangat??

melampau



mengah naik tangga sampai angin masuk. tu yang perut nampak buncit. boleh terima alasan macam tu???




3 permata hati
apa lagi yang lebih seronok daripada tengok diorang bertiga ni tersenyum gembira

macam tu le agaknya bila mak abah tengok kita kan????



suasana memang berkabus macam ni ye

terus feeling kat switzerland, tengok sajli dari jauh



yihaaaaaaa....




yabedabeduuuuu....

lepas dah kebas kaki tangan terus gerak ke pekan kecil kundasang tak jauh dari situ



waaa... banyaknya buah kat sini

buah yang tak pernah jumpa kat semenanjung pun ado

buah lemak manis, lepas makan terus gigi berwarna kuning kunyit. jangan rasa nak senyum sangat lepas makan buah tu ye

harga buah semua pun murah. makan macam tak pernah jumpa buah ye. makan situ, bngkus lagi konon untuk bekal dalam bilik takut lapar



gunung kinabalu yang nak ditutup awan. kalau nak tengok pemandangan penuh kena pegi awal-awal pagi

bawah tu tamu yang baru nak start
walaupun dah kenyang perut, beli lagi makanan2 kat sini sebelum lunch kat restoran

apa citaaaaa husbandku ini
kak ton cuma minum air sebab perut dah penuh sangat



Friday, 7 October 2016

Chicken Chop


sejak balik dari Sabah, Along tak sihat. 3 kali bawa ke klinik sekali dengan blood test, alhamdulillah semuanya ok tapi badan lemah-lemah. kesian pulak tak de selera nk makan

jadi..... 
mari buat chicken chop untuk meng'up'kan selera makan



kitorang suka yang garing jadi mari goreng 3/4 rentong



ni yang kak ton tak minat. bila nak guna masa tu le tak de. kalau tak nak, menari-nari le ayam tak de tulang ni depan mata

kena la buang tulang-temulang dulu nampaknya

alang-alang ada tulang, tulang tu kak ton rebus masukkan potongan carrot untuk buat stock. hihihihik, chef sangat konon

lepas tu, cucuk-cucukkan ayam dengan pisau dan perap dengan lada sulah dan sikit garam. ketepikan dulu

pukul 2 biji telur dan stand-by tepung kentucky dalam kotak letak dalam pinggan leper, senang nak golek-golek dengan ayam nanti

bila nak goreng tu, golekkan ayam dengan telur lepas tu salut dengan tepung. terus lempar dalam kuali. goreng dengan api sederhana supaya ayam masak dengan elok. jangan rentong di luar tapi berdare di dalam yek

kalau gitu, ayam anda adalah fail




untuk coleslaw

racik halus kobis dan carrot. carrot tu ala kadar untuk kesan warna dan rasa je ye
1 bawang kecik - potong dadu dan halus
3 sudu besar mayonis
1 sudu kecil gula
sedikit garam

campur semua dan simpan dalam peti ais. boleh pegi buat sos lepas ni


untuk sos lada hitam pulak

1 labu bawang holland - potong dadu
3 sudu kecil lada hitam - tumbuk kasar
2 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar sos tiram
8 sudu besar sos lada hitam
2 kiub pati ayam
sedikit air
sedikit butter 
oregano kering
1/2 tin cendawan butang - boleh lebihkan kalau suka

cairkan butter dan tumis bawang hingga layu. masukkan lada hitam, goreng sampai wangi

masukkan tepung gandum, kacau sebati sampai tepung hilang dari pandangan dan mansuhkan rasa tepung. omputeh panggil roux

masukkan kiub ayam, sos lada hitam dan sos tiram. kacau sebati. kalau pekat masukkan air. kak ton pakai stok ayam tadi tu

tambah cendawan butang dan oregano kering. rasa dulu sebelum masukkan garam sebab kebanyakan bahan dah masin

kak ton tak akan bertanggungjawab kalau kejulingan berlaku ye

last sekali goreng le kentang supaya sedap dimakan time panas 



dah siap 5 pinggan chicken chopnye