Friday, 11 May 2012

150pcs Tart



Mencabar jugak bila dapat order tart yang banyak sekaligus
Kontot-kontot jari mokcik yang halus mulus ni
Bukan senang nak menenyeh shellnye
Bole terbantut pertumbuhan kuku



Kalau tak de halangan, dapat le mokcik menyiapkannya
Kat bakery ada je shell yang ready-made tapi tak memenuhi spesifikasi 
Daripada tak sedap, lebih baik jangan jual
Daripada dapat berkarung-karung komplen dari kastemer, lebih baik duk diam je
Biar tak dapat RM, janji orang tak mengata

Sebab tu rasa pelik, kenapa orang sanggup jual walaupun sendiri dah tau tak sedap
Sendiri pun tak sanggup makan, lagi mau suruh orang beli

Pernah beli karipap yang isinye berlendiri, mungkin lebih semalam
apparaaaa...kalau tak habis tu buang je le
ataupun sedekah je pada orang semalam
tak yah la nak jual balik hari ni
sungguh la tak berkat RM mu itu



TQ pada cikgu sekolah kerna order ini


Wednesday, 9 May 2012

Pink + Blue Doll


Donno why tapi mokcik suka combination these 2 colours
Nampak serasi + menarik, kan?



Bila suka, maka lebih le gambo yang mokcik nak tepekkan
Perasan la tuh...

Bukan perasan tapi suka

Customer suka, mokcik lagi le suka



Bila customer happy, tu le kepuasan yang sebenarnya
Effort kita dihargai 



Cik barbie doll dari atas
Anggap je la mokcik bersiaran dari atas helikopter
Helikopter adalah disewa dari jejai, skarang laki si pasa sanda



Korang sakit hati tak?//
Ala, relax la, sikit je lagi ni

Penat tau mokcik tonggeng terbalik



Gambar last yek sayang

Tuesday, 8 May 2012

Roti Gulung Sardin



Minggu ni minggu mid year exam...
Punya la mokcik gusar tapi anak-anak macam kurang perasaan

Dua ratus doploh kali suruh amik buku, 3 kali je diorang bertindak

Tu pun ala-ala hidop segan mati tamau
Mokcik paling je kepala arah utara, bijik mata diorang pun kat tivi

Ni boleh menaikkan napsu amarah

Nak-nak minggu ni astro bagi semua channel free
Diorang gasak sampai juling bijik mata
Watch out you astro.... geram ai tau



Untuk menurunkan napsu amarah, meh kita buat roti gulung inti sardin
Senang dibuat, cepat dimasukkan ke dalam perut



1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar - hiris bulat
2 ulas bawang putih - hiris halus
1 biji cili merah - potong menyerong
1 biji limau kasturi
1 biji telur
Roti secukupnya
1 sudu besar tepung gandum, campur dengan sikit air 
Sedikit serbuk lada putih dan garam
Minyak secukupnya

1. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili merah hingga naik bau. Masukkan sardin dan gaul sebati.
2. Masukkan perahan air limau kasturi. Hancurkan isi ikan sardin tadi.
3. Perasakan dengan garam. Sejuk dan ketepikan.
4. Buang tepi roti dan gelek hingga nipis. Letakkan isi sardin lebih kurang sesudu besar. Gulung dan gamkan dengan campuran tepung gandum.
5. Pukul sebati telur, lada putih dan garam. Golekkan roti yang telah siap digulung ke dalam telur dan goreng dalam minyak panas. Sedia untuk dimakan.


Mokcik suka frozenkan roti ni. Senang untuk breakfast anak-anak. Sebelum tidur, keluarkan dari freezer dan letak dalam peties je. Bila nak goreng esok pagi, tak de le kejung.

Amacam,,,,,planning sebagai seorang mummy. 

Kalau masak untuk dinner pun sama je kekdahnya. Sebelum pegi off, mokcik keluarkan segala ayam @ ikan mengikut planning malam sebelumnya. Biarkan diorang lepak dalam peties. By the time balik dari off, semua ais dah cair.

Cepat sikit masak, tak de le nak kena tunggu defrost.


Monday, 7 May 2012

Jejalan .... teman setempat kerje


Amboi...
punya la tak sedap langsung tajuk
sungguh tak de nilai komersil
kalau jual lelong pun tak de yang sudi amik

Bukan apa,,,cuaca panas ni malas nak perah otak
Mata pun ngantuk
Almaklum le, dasar pemalas
Panas ngantuk, sejuk pun ngantuk
Kira macam cat la jugak ni.., tak kira apa cuaca, semua pun ok



Sekali sekala jenjalan dengan kawan, ok jugak rasanya
Ni kitorang pegi sungai klah, kat sungkai, perak

allllllllaaaaa...yang ada kolam air panas tuh

ni manusia paling lama yang kerje kat opis mokcik
lebih 25 tahun rasanya
sejak bujang, sekarang anak dia dah ada yang kawin
well done





ko nampak tuh....tengah rebus telur

ekceli, telur tak boleh bawak dari luar
kena beli kat dalam tapi mahal la
nasib la kitorang bijak akka genius
sorok dalam baju
kalau jatuh tersembam, abis perut semua



macho tak?...
ko ingat senang ke nak dapat berposing kat situ
punya la mokcik terkemut-kemut tahan panas
konon tu le angle paling menarik

tengok biji mata mokcik
kalau lagi 2 minit tak ubah lokasi
sure biji mata tak ble bergerak,,,, tu namanya biji mata salai



mokcik bergambar dengan 2 bakal atok
ingat tak pasal cupcake 50 tahun mokcik sebelum ni?
itu le dia orangnya...cik abang atok berbaju kelabu
pantang keluar je dari off, berkoboi terus

waaa...abang zainal dari jauh sungguh la rock
punya la slim,,,tulang selangka bukan main hebat
buat sop tulang pun sodap tuh



sesi merendam kaki di dalam air semi panas

sangat la bagus utk membuang kulit mati
sangat la seswai utk bunuh ulat kaki

tapi kalau lama sangat, bukan hanya kulit dan ulat kaki je mati, kita sendiri pun boleh join mati kot




Sunday, 6 May 2012

Simple Cuppies,,,for ira & aizat


Hei youolls...
Apa plan esok?..Mokcik plan utk duk kat rumah je
Malas nak keluar
Cuaca panas bole rentung kulit, cuaca hujan bole kena demam tortoise

Baju sekolah dah siap bergosok, kasut dah berjemur
Beg sekolah pun dah arrranged, duit velanja pun dah siap dalam pensel box

Maka,,,,hari Ahad adalah hari santai sedunia
cuma nak kena jadi driver hantar along pegi balik tusyen
en. laki adalah bertugas

tapi kalau dah nama mummy, mana la nak dapat santai
masak tak ble cuti


Tema cuppies bertunang adalah putih merah
terserlah jugak yek

tuan tanah nak yang simple je
bunga secoet penambah ceria



selamat berbahagia utk ira & aizat



Saturday, 5 May 2012

Brown & White


Ko hangin tak?...

Senario pagi tadi...
Hantar anak pergi sekolah, katanya ada kelas tambahan
Agak musykil, dalam jadual tak de, lagipun hari ni public holiday
Tak pe,,,mummy mithali ni tak kesah
Mungkin kelas spesel

Dalam hujan renyai2,,, plan nak joging tak jadi sebab hujan
Jalan semua clear, tak de tanda-tanda mak pak nganto anak ke sekolah
Memang, ramalanku benar belaka
Mana de sekolah bukak, basekal guard je ada

Tapi,,,,mummy sabar
suhu hanya 3 darjah celcius di paras beku



Ni cekelat diorder utk majlis makan-makan je



Baru perasan...semua gambar pun sama angle
Tak de langsung kreatip



Seeee... i told u
tak de yang lain





Cake for Irfan


Anak sedara...punya la tak reti duk diam
Tengok dia je dah bole membawa pada kepenatan


All the way from Klang to Taiping







Friday, 4 May 2012

Testing Testing....


Sila tengok betoi-betoi yek
Ia adalah testing....bukan testis





what do you think?




Thursday, 3 May 2012

Ready utk Terbang



Mokcik suka dengan kerja-kerja tangan nih
Bila boring tak de kerja akka malas nak kemas rumah,
benda-benda cenggini le yang mokcik eksperimenkan

Ramai kawan sekolah & kawan opis tak sangka
Dengan muka seganas ni, mokcik bole buat kerastangan

Sedei,,,,mereka menidakkan kebolehanku



Maka...
sejak kawin 12 tahun ni, tak pernah lagi tempah langsir
Kebetulan ada mesin jahit kat rumahh
Dulu memang ada belajar jahit langsir & baju kurung

Bila tau menjahit, dapat le jimat sikit RM
Upah pun bukan main mahal

Last year duit upah sepasang baju kurung sendr & anak dara adalah RM140
bukan main mencekik darah
Ni cepat le kaya

Tadi kata tau jahit tp pegi tempah pulak? tipu kaaa?
Bukan tipu tapi mesin jahit rosak
Mood nak menjahit pulak tak de
no choice,,,,tempah la jawabnya



7 ekor kumbang ni utk kawan
Nak letak kat dulang hantaran bertunang, tema flora & fauna kot

Kumbang merah tu ada lubang kat tengah dia
NAk letak cincin emas putih
Konon kontra la dengan warna merah

New idea nih


Tuesday, 1 May 2012

Diva TErkini


Bangun pagi-pagi dan rasa diri macam diva
Bajet hebat?....
Tak kesah, janji gumbira di luaran
Di hati diva ini, tak siapa yang tahu
Ku membakar diri demi yang lain

Air mata pun berlinang...
eh eh eh....air idong pun berlinang jugak
Tarik napas,,,,nasib air idong masuk balik


Bila dah transform jadi diva, kena la ada biografi
Senang peminat-peminat nak belek
Bila terjumpa kat mana-mana, diva sign je autograf



Walaupn diva ada 3 anak, badan tetap maintain (tipu semata-mata)
 Aksi manja diva bersama anak bongsu



Ni pulak diva bersama anak bongsu & adik bongsu
Diva ada sorang je adik



Masih lagi diva bersama dengan family
Yang baru enterprem adalah anak sulung



Peminat akka anak sedara
Kalau dah hebat, sedara mara pun turut mengagumi



Penat layan peminat...baring kejap tenangkan pikiran



cak....mengelitisnya