Thursday, 7 August 2014

Berbuka Puasa, tepi kilang



bulan lepas kak ton organised satu majlis berbuka puasa untuk budak-budak manufacturing. boss la suruh, kena la mengikut arahan. kena menampakkan sifat menurut perintah, lagipun performance appraisal semakin menghampiri

tapi kalau tak kak ton, sapa lagi yang nak buat?. kak ton lah satu-satunya bunga taik ayam candu dalam department ni, benda-benda macam ni memang kak ton punya arrangement

110 percent kak ton buat tau. tapi kak ton tak kesah, semua pun ikut je kepala sendiri. tak payah nak layan kerenah orang lain kan

petang tu, pukul 4 terus balik rumah. mandi-mandi, amik kuih yang diorder kat kawan, amik along angah iwan kat sekolah. balik pulak rumah lagi, masak yang simple untuk suami tersayang yang kak ton tak jemput join sekali. hehehe, kak ton bawak anak-anak je. tak kuasa bawa suami, nanti menjadi umpatan dan cacian di belakang pulak



minta budak-budak tolong siapkan kerusi meja sementara kak ton balik rumah tapi hampeh,,,, tak dibuat pun pun. telah diduga, semua pun nak tunggu kak ton menjerit baru nak bergerak



semua budak pun tak kelihatan. maka bekerja la kak ton anak beranak

souvenir dah kak ton bungkus siap-siap kat rumah. 49 kotak, redho je kak ton buat dengan iwan. benda-benda macam ni bukan baru pada diorang, selalu je kak ton buat kat rumah



sorang je muncul untuk tolong



menu ... nasi briyani + nasi putih

licin semuanya

lokasi majlis adalah di tepi Factory B



ucapan penutup dari kak ton tapi tak de sapa pun sudi abadikan dalam gambar. nyampah tau, takkan kak ton nak selfie depan boss n president

mr. manager tengah berdiri bagi ucapan, mr president sambung sikit-sikit dari kejauhan



selamat berbuka puasa



boss kata nak game. ok la boss, kak ton organise few games untuk puaskan hati dia :)

tiup belon sampai pecah. dalam belon tu kak ton letak tepung gandum. nasib le korang kan, bersepah tepung atas muka

next time nak letak serbuk cili pulak



hebat gopi ni. punya le besar belon dia tiup, tak nak meletop pulak. semua dah saspen, takut gopi ada pakai ilmu

gopi ni kak ton suka, bersopan je budaknya. budak nepal. sapa nak calon laki dari oversea, kak ton boleh recommend kan. muka pun boleh la, manis berkrim



pemenang tiup belon

pemberi hadiah adalah kak ton sendiri. hehehe, kak ton abaikan kehadiran boss dengan berkuasa sepenuhnya 



musical chair



pemenang

sian anak-anak kak ton tersadai di atas tangga



pertandingan ratu cantik

idea tak de, kak ton bantai je



acara penutup... pemberian souvenir

lepas ambil hak masing-masing, semua pun bersurai tanpa ada perasaan nak tolong kemas

haprak
kak ton pun mengemas dengan anak-anak dan mr. manager. cit kan diorang ni



Tuesday, 5 August 2014

Selamat Hari Raya



dah raya keberapa baru dapat nunjuk gambar raya

tak rajin nak ngadap tenet waktu raya, lebih baik layan biskut dan lemang

lokasi raya kak ton, macam tahun-tahun lepas kat melaka dulu. suasana pagi raya memang happening tapi bila dah tengahari, dah petang, dah masuk raya kedua.... serupa macam tak raya

kalau kat kampung sendiri, punya la ramai tetamu. maklum le, rumah orang tua. anak-anak sedara mak abah semua datang bertandang. kawan-kawan abang pun masih ingat jasa mak abah, ramai yang datang jugak

waktu dulu, rumah mak abah dah macam jabatan kebajikan masyarakat. ramai beno maknusia berkongsi kebaikan mak dan abah. kawan abang pun pernah kawin kat rumah mak

walaupun ramai penghuni, rezeki mak abah tak pernah putus. duit untuk beli berguni beras tetap ada. alhamdulillah




bukan main susah nak ajak bergambar. tegang urat-urat kak ton nak kumpulkan diorang ni

wajah sang ibu yang redho kena ikut warna baju pilihan anak dara. haih....



bersedia untuk menjelajah kampung dengan misi untuk menambahkan koleksi duit raya

anak den dah besar. kejap je masa berjalan. hukhukhuk, sedih pulak



selfie sesangat 



Friday, 25 July 2014

Selamat Pulang Beraya



hari ni mesti ramai yang dah start balik kampung

huhuhuh, seronoknya dapat balik kampung. feel dia lain tau, semangat berkobar-kobar nak nak pulak sambil dengar lagu allahyarham sudirman balik kampung tu

pada yang tak dapat balik beraya, mengalir le airmata sambil dengar lagu dendang perantau

kak ton insha allah malam ni atau esok pagi berkelana ke Melaka. raya kedua baru startkan perjalanan ke perak. memang tetiap tahun macam tu je perjalanan kehidupan raya. tak de percakaran pendapat. orang kampung pun semua dah paham, no tanya-tanya


kepada semua, di kesempatan ni kak ton nak menysun sepuluh jari memohon ampun andai kata ada percakapan, penulisan yang menyinggung perasaan. mungkin di luar kesedaran sebab kita kan insan biasa, tak terlepas dari kesilapan


yipiiie.... hari ni balik pukul 12, office bagi balik awal



Thursday, 24 July 2014

Melampau Sungguh Kelakuan



Ramadhan kali ni semangat membara untuk masak. kadang-kadang kuih pun buat sendiri

kagum jugak pada diri sendiri, dengan perjalanan amik anak-anak dari sekolah, sempat jugak buat kuih untuk diri sendiri. sedap sungguh kuih buatan sendiri walaupun tak hebat mana


kak ton kan pemakan kuih tegar waktu berbuka puasa. suami tercinta memang memahami perkara ni sebab tu tiap-tiap hari bila balik kerja mesti dia belikan kuih untuk isteri tercinta. bila nampak dia balik dengan plastik di tangan, rasa luluh hati. rasa nak cium pipi dia laju-laju


tapiiiiiiiiiiiii


kalau dia beli kuih tu macam kak ton tak makan 2 bulan, hilang sudah rasa nak cium tu. dia kalau bab membeli memang melampaui batas. ingat perut kak ton ni macam perut ikan paus biru???

semalam beli kuih samosa sampai 6. dah le sebiji tu besar tapak tangan. beli pulak segala fish ball fish cake goreng satu pinggan penuh. kena guna talam baru nampak ok. dengan murtabak, dengan hapa ntah lagi

apa ni??....

tabiat membeli dia sungguh tak mampu dikawal, geram sungguh tau

kalau time tak puasa, sebelum pegi keje kadang-kadang dia beli breakfast dulu untuk kami empat beranak yang berkelana kat rumah. korang tau apa dia beli??

3 paket lontong, nasi lemak ayam goreng 3 paket, roti canai 6 keping. wah,,,, ni nak samakan bini dengan dinosour ke??

kot kalau sorang tetamu ada kat rumah, semua makanan kat atas naik sekali ganda. sorang je pun sayang


pening kak ton nak train dia

kalau dia berani cakap kak ton gemuk nanti, kak ton jerit satu taman 



Wednesday, 23 July 2014

Resepi Mudah



walaupun kak ton balik keje pukul 4 bulan ramadhan ni tapi sampai rumah pun lambat jugak. jalan ok je, sampai depan nursery pun sebelum pukul 4.30. kira hebat la sebab nak kena berjalan ke car park, lepas tu buat satu pusingan baru dapat keluar main gate. dengan kelajuan minima yang dibenarkan iaitu 15km/jam. sampai kat muka gate pun ambik masa dekat 10 minit, nak keluar kete untuk cop jari lagi

kiranya jalan lengang la yang kak ton bole sampai cepat

kalau rajin, balik rumah dulu. pukul 5 baru keluar untuk collect iwan n angah dari sekolah agama. kalau nasib baik, tak yah ambil along. kalau kena ambik dia, dekat 5.45 le sampai


tak pe... banyak masa lagi. menu selalunya memang dari ofis dah plan awal-awal. kalau tak de perancangan, kusut pikiran dibuatnya

kalau korang kesuntukan masa dek kerna jam atau apapun alasan, meh sini kak ton nak share satu resepi ringkas. bahan pun mudah untuk dicari dan kak ton percaya semua rumah pun ada stok barang ni


panaskan kuali. kalau ada non-stick pan lagi bagus ye

pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk, letakkan sikit garam. pukul sebati. boleh jugak letak sikit air dalam campuran telur tu

masukkan dalam kuali. bila dah masak, balikkan telur tu. boleh la diangkat dan hidangkan dalam pinggan


sedap dimakan dengan nasi panas dan kicap


sekian, selamat mencuba


p/s ..... mahapkan kak ton. boring le pagi-pagi ni. terpaksa buat lawak vongok



Tuesday, 22 July 2014

Wordless Tuesday



bila masa mencemburui, secara automatic idea untuk wujudkan istilh baru masuk dalam pala




peace yo



Friday, 18 July 2014

Al-Fatihah #MH17



Al-Fatihah untuk semua penumpang dan anak kapal




Bangun sahur pukul 3.40 tadi memang terus on radio. Terdengar lebih kurang "untuk berita tentang MH___ sila tonton Astro Awani". pelik pulak rasa, kenapa radio pasang siaran ulangan pasal MH370. rupa-rupanya kapal terbang lain pulak

one after another

memang terkejut. lepas kemaskan dapur terus on tv pulak dengan along angah. innalillah, sedihnya tengok.

semoga keluarga dan sahabat handai bersabar dengan dugaan Allah ini



Thursday, 17 July 2014

Bling Bling ala Pandora



korang tau tak???... 

meh sini nak ngadu domba. semalam kak ton rajin nak keluarkan kamera dari persembunyian. godek-godek sikit setting sebab gambar tak cun. kalah jurugambar bertauliah lagaknya

sekalinya .... apa ntah yang kak ton tekan habis semua gambar lenyap. terdelete habis. terkesima dan terkaku sekejap. tak percaya ini semua boleh berlaku

uwaaaaaaaa.... banyak gambar kat dalam tuh. pegi sana, pegi sinun dengan family yang tak sempat nak ditransferkan. terpaksa la gigit garpu tanda terkedu

sedih tau 


dek kerna hati yang sedih, terus gugel pandora emas ni




harga pandora bukan main meletup, kak ton tak mampu. jeling pun tak mampu tau. kot kalau duit bertingkek-tingkek tak pe le jugak

nasib le hati tak berkenan. pandai hati buat pilihan yang tak memudaratkan perasaan

tapi yang versi emas ni nampak ok jugak. kot kalau tercekik nanti, boleh berkunjung ke pajak gadai

jelas kelihatan diri tu dah macam makcik-makcik. bila time raya, hati nak beli emas la, nak tukar langsir, nak beli kusyen la



Wednesday, 16 July 2014

Sambal Hijau Terung Pipit



boring makan lauk pauk je kan

demi membangkitkan napsu makan ahli keluarga, kak ton google la resepi simple tapi menawan

jumpa la dengan sambal ni. kita ni orang kampung, makanan kampung jugak la yang indah. bulan puasa ni dua kali makan steamboat. kali pertama tu ok la, hati berbunga-bunga. masuk kali kedua, rasa nak fitam

i dah don't like. along rasa nak termuntoh biru



semua pun berkonsepkan simple

cara simple, bahan simple, lokasi penggambaran pun simple. tq to tudung saji atas tajaan lokasi

kak ton is malas nak keluarkan kamera. lebih baik kendurkan urat badan 

copy paste saja ye

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan terung pipit, cuci dan toskan
2 genggam ikan bilis kembong, dibersihkan dan buang tulangnya, rendam
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, hiris
7 biji cili hijau, hiris
1 camca besar penuh taucho
1 inci belacan, dilarutkan dengan 1/2 cawan air
1 camca teh pes asam jawa
1 cawan air
Garam dan sedikit serbuk perasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukka tauco dan kacau rata. Tambah bawang besar dan cili hijau. Masukkan pes asam jawa, belacan yang telah dilarutkan tadi, ikan bilis kembong (toskan) dan terung pipit. Kacau rata.
  2. Masak dengan api sederhana hingga terung pipit lembut. Tambah garam secukup rasa dan serbuk perasa. Masak hingga pekat (kalau terung pipit belum lembut, anda boleh tambah sedikit air panas). Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain..




satu mangkuk licin dengan sekali hadap. sambil makan sambil en. suami singkap nostalgia pasal terung pipit

ekceli dia singkap sorang diri, tanpa pendengar. kak ton tengok anak-anak concentrate menjamu selera, tak de minat jadi pendengar

hehehhe, sian



Friday, 11 July 2014

Buat Minuman Detox



baju raya korang cantik tak??... mesti hebat kan??..

ye la, kita ni kan perempuan. naluri nak cantik tu mesti ada. masa ni le nak berglemer lebih sikit kat rumah. masa pagi raya le baru dapat nak bergincu kat celah dapur. kot kalau buat tiap-tiap, bapak marah pulak

bapak kak ton... pantang dia tengok orang bergincu. sebab????... tak dapat dikenalpasti dan tak berani nak tanya. sebab tak berani tanya???... takut dapat pelempang buaya percuma

tapi apa la maknanya baju cantik tapi badan adalah sedeh. apa guna ada baju lip lip tapi muat takat tengkok je


ni ha, semalam jumpa kat fb. minuman detox paling selamat dan murah




tengok komen-komen kat situ semua pun memberangsangkan

tak semestinya untuk kurus tapi yang paling penting, orang yang minum ni badan rasa ringan walaupun waktu pergi kat mesin penimbang jarum adalah berputar-putar terkejut. walaupun kita adalah sedia malas, mungkin dengan meminum ni boleh kurangkan rasa malas

potong 1 biji lemon, 1 biji timun dan 3 inci halia. masukkan dalam jar berisi air masak. letak dalam 12 helai daun pudina. letakkan dalam peties semalaman. lepas tu jangan digogok jar tu, minum guna gelas ye

katanya minum 1 hingga 2 gelas sehari tapi kak ton rasa macam nak amik satu jug sehari. mungkin lepas tu badan kak ton rasa ringan macam kapas. nanti jangan terkejut pulak kalau nampak kak ton cuma jejak jari kaki je kat tanah waktu berjalan. kata badan ringan kan?....


semua bahan dah ada kecuali daun pudina. first time nak beli daun pudina seumur hidup ni. dah pesan kat laki kak ton suruh beli tapi jangan harap le dia nak beli. tau sangat, tu saja pesan untuk bermanja-manja

kalau keadaan darurat
kalau guna ubat gigi perisa pudina
ok tak??????