Tuesday, 30 June 2015

Assistants



along always jadi pembantu ibu

jemur kain, angkat kain, mop lantai, vacuum lantai, susun pinggan mangkuk. kalau ibu macam banyak kerja sikit, volunteer urutkan tumit ibu yang dah empat segi

semua kerja pun ok. bantahan pun tak banyak



ooooomakaih, seksi di vontotnya



assistant yang ikut mood. angin satu badan



Monday, 29 June 2015

Kekeringan Air



bulan Ramadhan ni,,, semangat nak sediakan juadah berbuka memang berkobar-kobar.

keluar pukul 4 sebab lunch time tak rehat, terus ke nursery untuk mengolect barang-barang dan anak teruna yang berusia 14 tahun tu

balik rumah ... potong bawang, sayur mayur, mandi-manda tepi perigi. dalam pukul 5.10 pegi pulak collect anak teruna berusia 10 tahun kat sekolah agama. just nice kalau dia beratur ambil bubur lambuk kat masjid tepi sekolah kak ton pun sampai. pegi pulak collect anak dara berusia 13 tahun kat sekolah menengah

lelah gitu......

tapi lagi lelah bila balik je rumah air takde setitik pun kat pili


yeiiideiiiii. bukan sekali dua hokei




nasib le kak ton ada standby air dalam tong plastik. cepat-cepat keluarkan tupperware untuk buat air transform jadi pili

ni tengah masak kurang sikit perkakas. dah berbuka pun tak de air. korang bayangkan menimbun pinggan masuk dalam sinki, atas kabinet kak ton. nak terjun swimming pool je rasanya

pinggan lebih makan kari pun dah tukar jadi jeli

tu belum lagi air kering membawak ke waktu sahur

adakah perlu beli pinggan plastik sebab pinggan semua dah habis tak berbasuh???? atau makan dalam tempurung kelapa je

sedih tau. nasib le puasa, ai tak marah-marah

kalau nangis pun dalam hati je





Wednesday, 24 June 2015

Separuh Bogel



cuaca panas sangat sekarang ni, membahang tak ingat

kalau balik kerje, masuk je dalam kereta mesti suhu cecah 38 darjah paling kurang. letak telur dalam kereta, balik-balik terus jadi scramble egg




bertuah le jadi lelaki, bole berseparuh bogel dalam rumah. kot kalau perempuan buat gitu.... terus berkatarak mata orang yang menengok


 

berbuka puasa hari ketiga

iwan mencedok mee goreng basah permintaan suami saya. mithali sangat rasa bila berjaya siapkan mee tanpa bantahan


ayam goreng cili, ikan selar kicap, sup sayur, cucur jagung, mee goreng basah

alhamdulillah... 
saya ibu yang happy dapat memasak untuk keluarga



Monday, 22 June 2015

Candy Crush Cake



kak ton adalah generasi remaja purba yang sukakan cabaran..... kononnya la

jadi bila cik lynn kawan opis minta suruh buatkan kek candy crush untuk tunang dia yang mabuk candy crush.... kak ton telan-telan ailio yang kering dalam mulut

bole ke adik manja buat?... malu pulak kalau candy crush tu tuko jadi kuih karipap pusing. kang berpusing pulak kepala kak ton kena pulas dek lynn. apa citaaaa kepala ke depan kaki ke belakang

cabaran harus diterima

bak kata pepatah .. sedangkan lidah lagi tergigit



taraaaaaaaaaaaaaaa

sebijik kek dan seorang katun pompuan kat atas kek



debar tau takut budak pompuan tu jatuh bila dalam kereta

jadi bila dah sampai opis baru kak ton cucuk dia. biar sempurna sikit waktu lynn amik. kot kalau patah lepas kat tangan dia, bio lantokkan. janji bukan kak ton yang buat kenn

hahahhahah,  perasann busuk ati dapat dikesan di situ



kak ton umpama gadis manis di tepi kuala sungai jadi tak pernah main candy crush. batu seremban, galah panjang, lastik burung kak ton tau le

jadi tak tau apa konsep pompuan rambut kuning reben merah ni. lynn cakap kalau kalah dia menangis. elehh, nyampah





situasi semalam

kena gunakan alat sokongan supaya pompuan tu mengeras. biar dia kejung di situ



tempayan penuh berisi candy la kononnya tu

macam-macam sangat game sekarang ni
tapi seronok pulak buat candy mandy tu. kiutttt macam tuannya

eh eh eh,,, ke situ pulak 
sudah terang lagi bersuluh. sula kang baru tau



nak tau cerita???...

sebenornya kek tu dah terbalik. patutnya bahagian yang besar tu belah atas, bahagian kecik le bawah. kiranya macam bentuk pasu la. entoh kenapa blur... da nak siap baru perasan

ampunkan kak ton penunggu tua, ampunkan kak ton



maka .. tamatlah sebuah cabaran

clap clap clap untuk diri sendiri





Thursday, 18 June 2015

1st Ramadhan



salam 1 Ramadhan

pejam celik pejam celik, dah menjelma lagi Ramadhan

rasa macam baru je abah masuk hospital dalam bulan puasa, balik kampung lepas berbuka, bersahur kat restoran tepi rumah sebab mak kat hospital jaga abah. tu pun dah 2 tahun lepas

sekarang dah kertua... 
bila teringat kenangan zaman budak-budak dulu, rasa sedih pulak. banyak sangat yang dah berubah

dulu bila time pengumuman tarikh puasa, ramai-ramai stand-by depan tivi. saspen giler punya situasi. sapa bising siap le, mau kena hentam dengan buluh. mulut kena kunci rerapat waima bunyi semut pun tak bole. sekarang??? ntah budak-budak tau ke tak kewujudan pengumuman kat tivi tu. diorang tau mengadap katon je

dulu.....ujung minggu mesti berbuka puasa kat rumah mak pak sedara. ikut turn, ada schedule, konsep pot luck

happening u

ingat lagi mak mesti buat kuih limas orang kuala kangsar panggil, sini kuih tepung pelita. tapi jangan le korang nak bandingkan kehebatan kuih mak kak ton buat dengan tepung pelita jaman sekarang. jauh berbeda macam bintang dengan sungai sarawak. mak buat penuh berkrim, atas bawah guna santan, perah daun pandan. sekarang????... rasa perwarna hijau je lebih. ai jeling warna dia pun ai dah tau. jangan berani tipu ye

balik kampung naik sampan ikut belakang rumah nenek yang kitorang panggil pom. abah dulu menjala ikan, ada sampan. maka bersampan la kitorang berbalik kampung. bila orang tengok buat-buat tunduk nak cover malu konon. sedih jugak bila kenang-kenangkan

bila teringat kesederhanaan kehidupan dulu, rasa betul-betul insaf. ni le masa yang paling sesuai untuk bahagiakan mak abah



Tuesday, 16 June 2015

Agar agar Santan Gula Melaka



kak ton suka sangat dengan agar-agar santan

tak kira warna ijau ke coklat ke, yang guna daun pandan ke, gula melaka ke, gula merah ke. semua pun bersedia untuk masuk dalam mulut




resepi dan tips dicedok terus dari blog kak azie 

minta halal ye kak 

Agar agar Santan Gula Melaka
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
10 gram serbuk agar-agar  
1/2 liter air (2 cawan) - saya guna sukatan liter
250 ml santan pekat (100 ml santan kotak dan air) 
1 biji telur - masukkan dlm santan dan kocak dg garfu 
Secubit garam

Bahan bahan air gula:
1/2 liter air (2 cawan)
1 ketul gula melaka (lebih kurang 200 gm)
1/4 cawan gula pasir 
2 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara:  
Masak gula melaka yg diracik halus, gula pasir bersama 2 cawan air serta daun pandan. Masak sehingga mendidih sambil dikacau. Bila dah siap, angkat, tapis dan jadikan jumlah air gula Melaka sebanyak 2 cawan. 

Dalam periuk lain, masak 2 cawan air bersama dengan serbuk agar agar sehingga mendidih.  Kemudian masukkan 2 cawan air gula melaka tadi dan sentiasalah di kacau hingga didih.  

Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana.

Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk sehingga kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.  

Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk.

Tips:
Selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. 

Kalau suka lapisan santan tu nipis, kurangkan kuantiti santan di dalam resepi. Nanti dapatlah lapisan santan yang nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.



puas kak ton memujuk merayu anak untuk try agar-agar santan ni. bila dah try, tau-tau seloyang dalam peti ais dah lenyap

well done anak-anakku




Friday, 12 June 2015

Rumah Berlintang Pukang



beli rumah 2nd hand ni, banyak jugak cabaran dan dugaan tersendiri. rumah lama kan, nak kena touch up sana sini. rasanya almost tiap2 tahun ada buat kerja-kerja minor macam ni

tahun ni, nasib tak menyebelahi kat paip dapur

asik tersumbat walaupun dah banyak kali baik. letak asid sampai paip plastik tu pendek, mengecut sebab dek panas asid

makanya husband kata tebuk lubang untuk buat saluran dari dinding. maknanya air terus keluar longkang

kat porch pulak ada kesan bocor dari dalam lantai. air asyik keluar dari longkang jiran. mula-mula kitorang asyik jugak berkata-kata, jiran ni tak rasa tensen ke air keluar tak berenti-benti. walaupun sikit tapi tetap membazir

tanya la dia... bil air abang tak tinggi ke?... dia kata ok je, macam biasa. pelik di situ. bila buat eksperimen,,,, tutup meter luar, air tak de keluar maka.... paip kitorang rupanya yang punya angkara

husband kata kena buat paip baru

dia kata je tapi nak buat sendiri tak de maknanya. mari le call wong. kontraktor yang setia dengan kitorang sejak dari pindah sini

dah siap kat sinki, kerja kat depan pulak start. dah tukar paip dalam tanah tapi air still tak keluar. maknanya ... kat tempat lain pun ada bocor. sudahnya wong kata buat saluran paip baru dari luar

kak ton tak suka tapi tu le jalan terakhir katanya



kena naik bumbung, jolok paip di sana sini



jolok di bawah juga. selesai satu bab

mulut pulak tiba-tiba gatal tanya pasal cat. sudahnya kak ton decided untuk cat lain. dah dekat enam tahun warna sama je, coklat keorangean. gituuuuu spellingnya



dah alang-alang...pintu, grill dgn gate pun cat la sekali




assistant engineer plus contractor pun tolong kerja mengecat

\
\
\
\
\
\
\
\
\




Wednesday, 3 June 2015

Komen



dengan wujudnya blog ni, kak ton secara tak sengaja dapat tambah kawan. ada yang hantar email, ada yang bersms dan wassap. memula tanya harga lepas tu terus berborak. cool sangat

banyak jugak komen yang kak ton dapat pasal blog ni. kak ton kelakar la, selamba la, comel melampaui batas la. napa muntoh dengan komen last tu?... nampak sangat menambah cerita ke?.... yo la yo la. tak de sapa cakap kak ton comel. kak ton je yang nampak sendiri dalam cermin

ok jugak dapat komen gitu. macam jadi pemangkin untuk terus berblog kan. pada sapa-sapa yang terjumpa kak ton kat pasar pudu ke, kat car boot sale ke, jangan le memalu untuk minta sign otograp kak ton. kak ton dah stand-by pen kat celah pinggang. orang datang je terus kak ton zaaaas bukak jurus pen 50 sen

kalau tengok live, memang kak ton spesis singa lepas menari tarian kpop tapi dalam hati, Allah je yang tau. sebab tu ramai je yang ambik kesempatan pada kak ton. bila kena  macam tu, selalu je aaron aziz call kak ton untuk bagi semangat. siap nak hulurkan bahu untuk kak ton nangis kat di sinun. no thank you aaron, i am married

call boleh, touch touch cannot ye


sempena komen membina dari beliau beliau dan beliau juga beliau itu, kak ton ucapkan terima kasih sangat sangat. nak kak ton peluk sambil cium tangan, tak tau pulak lokasi kat mana

maceh, ai lev yu


Tuesday, 2 June 2015