Tuesday 19 January 2016

Manis yang Tiada Manisnya



kak ton peminat rancangan masak ...  

tak kira le masak lauk-pauk ke, dessert ke mahupun rancangan realiti pasal masak. antara yang paling tersuka adalah cake boss. seronok terkinja kak ton tengok teknik dan cara diorang bekerja. nampak sungguh professional dan classy

jadi bila nampak iklan pasal cerita terbaru semanis fondant ni, lagi le kak ton menginjakan diri. hebat malaysia ni, jadi mari kita tengok kehebatan orang kita. asik omputes je yang excellent, kita pun nak jugak dapat nama wangi

tapi koranggggggggg....
kak ton baru tengok 3 minit rasa berpino-pino kepala
ape ke begini rupa ceritanya??
rasa sungguh tak boleh diterima akal  



untuk menghabiskan setengah jam cerita tu, mau kak ton menguling-nguling geli.

ni antara kata-kata manis yang kak ton sempat kopi. pandai sungguh bermain kata-kata  
Sepanjang rancangan tersebut bersiaran, pelbagai tips, resipi-resipi menarik, teknik-teknik mengenai pembuatan kek dan pengendalian fondant bakal dikongsikan kepada para penonton. Di masa yang sama, penonton juga akan dapat melihat ragam pasukan Semanis Fondant ketika menyiapkan tugasan yang diberikan.

last week tu kak ton masih tak dapat tangkap di celah mana tips dan resepi menarik tu. yang nampak hanyalah hiruk-pikuk orang bercakap tak tentu hala tuju, kena re-do kek yang tertonggeng bentuknya tu, lakonan keras yang mengikut skrip sangat



sampai ke hari ini, kak ton masih lagi menangis

kalau kita tengah tension, jangan beranikan diri menengok cerita ni ye. bakal mengusutkan jiwa



4 comments:

  1. mungkin baru lagi kot... =)

    http://seronoknyermelukis.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. ada tengok jugak.hahahahaha seyes geli2 perut gak tgk. hadoiii!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...harap2 next episode semua pun berlakon secara normal

      Delete