Monday 8 August 2016

Carrot cake with Walnut



whatapps kak ton terima petang hari jumaat untuk delivery ahad pagi. disebabkan ada lagi ruang kosong, kak ton accept je order ni sekali dengan roti jala

lepas conversation after conversation & set harga, kak nora kata kalau boleh nak 3 kuntum bunga yang dia pilih dari gambar-gambar sebelum ni. kak ton cakap dengan harga yang dibagitahu, mungkin tak dapat bunga macam tu. dia pun kata ok, maybe next time



alhamdulillah... 

dapat jugak buatkan bunga-bunga tu walaupun lebih dari permintaan. bukannya apa, ada masa terluang sikit jadi kak ton pun buatkan. no extra charge, cuma nak up grade skill yang ada

mana tau... lepas-lepas ni ada rezeki lain pula

tapi, shortening pulak buat perangai. bunga jadi kembang. 2 kali guna adunan yang sama tetap tak cantik. shortening dari kedai yang glemer tu, warna putih cerah tak macam shortening yang biasa yang seakan-akan kekuningan

nasib ada shortening yang beli dari kedai lain. alhamdulillah, tekstur seperti yang diinginkan walaupun dah bazirkan 2 adunan



kak nora minta sampai rumah dia before 10

kena prepare untuk datang awal sikit sebab kak nora dah pesan kadang-kadang guard strict. jadi 9.10 pagi dah keluar rumah dengan 2 askar pengiring yang expert pasal waze & map

adalah memalukan kalau tak dapat deliver on time

lepas segala corner, guard dan bumper berjaya sampai tepat 9.40

"good, you are so punctual"
dalam hati, yes, i am. i like to be punctual. that's also my weakness








rasa happy dengan result dia

esok sambung pulak gambar roti jalannya




3 comments: