Monday 20 March 2017

Bukan Senang Tau



sejak kak ton meniaga kecil-kecilan ni, macam-macam perangai manusia yang dah jumpa

kalau boleh malas nak layan tapi pada yang dah bagi deposit baru start dia punya permintaan itu ini, takkan nak refund pulak deposit tu. nak tak nak kena layan le jugak

kalau permintaan & kerenah yang sederhana punya, boleh le dilayan dan disabarkan hati tapi kalau yang boleh pening kepala, mahu le kita angin kan

ada yang nak manis, ada yang tak nak pakai gula, tak nak tepung. minggu ni order extra manis, minggu depan pulak nak lagi manis. walaupun kaedah nak manis extra manis, kadang-kadang susah jugak nak kita nak buat tau. tekak kan tak sama, mana nak tau kita punya lidah dah manis, dia punya nak lagi manis

1 adunan 1kg tu kita dah guna 400 gram gula, dia nak lagi manis. lidah kita dah bergulung-gulung, dia nak lagi manis. susah tau....

1st time order kita dah guna adunan yang sama, kali kedua ketiga pun sama. last-last dia kata kek pahit, tak manis langsung. semua pun sama, tak de pun yang bersifat ganjil

order makanan baru rm30, dah nak minta free sedulang kuih. ayo,,, dah le kak ton bagi harga habis murah, lagi nak free gift


ai is tensi tau


No comments:

Post a Comment