Monday 20 March 2017

Bukan Senang Tau



sejak kak ton meniaga kecil-kecilan ni, macam-macam perangai manusia yang dah jumpa

kalau boleh malas nak layan tapi pada yang dah bagi deposit baru start dia punya permintaan itu ini, takkan nak refund pulak deposit tu. nak tak nak kena layan le jugak

kalau permintaan & kerenah yang sederhana punya, boleh le dilayan dan disabarkan hati tapi kalau yang boleh pening kepala, mahu le kita angin kan

ada yang nak manis, ada yang tak nak pakai gula, tak nak tepung. minggu ni order extra manis, minggu depan pulak nak lagi manis. walaupun kaedah nak manis extra manis, kadang-kadang susah jugak nak kita nak buat tau. tekak kan tak sama, mana nak tau kita punya lidah dah manis, dia punya nak lagi manis

1 adunan 1kg tu kita dah guna 400 gram gula, dia nak lagi manis. lidah kita dah bergulung-gulung, dia nak lagi manis. susah tau....

1st time order kita dah guna adunan yang sama, kali kedua ketiga pun sama. last-last dia kata kek pahit, tak manis langsung. semua pun sama, tak de pun yang bersifat ganjil

order makanan baru rm30, dah nak minta free sedulang kuih. ayo,,, dah le kak ton bagi harga habis murah, lagi nak free gift


ai is tensi tau


Friday 17 March 2017

Kek Bunga



bunga ros kecik-kecik dari fondant ni dah gentel awal-awal. jadi senang sikit kerja, tinggal nak cucuk je

tapi yang menyusahkan, cuaca sekarang kan panas boleh tahan. azab pulak nak menyimen kek empat segi ni. kalau bulat tu, pusingkan turn table tu lama-lama elok le jugak

kejap-kejap masuk peti ais nak bagi buttercream tu set 

hot pulak hati
bila terbayang muka awie si pak we lama, sejuk sikit hati



1.5kg moist chocolate cake
again, ordered from ms rethi









Tuesday 7 March 2017

Packing Baru



kadang-kadang sibuk, kadang-kadang free, kadang-kadang malas. buat masa sekarang lebih kepada malas

walaupun malas, tiba-tiba datang idea nak buat packing baru. dah lama letak sticker biasa yang tempah tu, mari le kita buat sticker sendiri

jadi kak ton ke kedai stationery beli kertas coklat ni. bukan kertas minyak yang kekuningan tu tapi coklat, yang orang buat packing pisang goreng tu

maka buat je la design dalam excel. dah puas hati, baru le print dekat kertas coklat tu. kertas tu original size besar meja, kena potong ikut A4 size



jadi begini le rupa yang kak ton buat

sekeping A4 tu dapat 4 sticker. siap2 lekat double sided kat belakang. senang tak payah guna gam, nampak kemas sikit 



sementara tu, lubangkan kotak untuk buat tingkap

aim untuk kotak kek yang bersipat professional

tiap2 bucu, kak ton ukur 2 inci. muat la untuk tampal sticker nanti. lepas tu tampal dengan plastik keras. boleh beli plastik kat kedai stationery jugak. tampal la kat belah dalam kotak tu



taraaaaaaaa..... 
mengembang dan menguncup idong kak ton dengan hasil diy sendiri

tapi.. kita ni baker sendu. order tak banyak boleh le buat macam ni
tapi ni lebih pada kepuasan diri sendiri la