Friday, 14 September 2018

Diri Sendiri & Hubby's Birthday



sangat tak terpikir akan ada surprise dari anak-anak
 
actually biasanya ada la especially dari si angah. kadang-kadang kongsi duit dengan si abang dan si adik untuk beli kek & hadiah
 
tapi yang ni beyond my expectation... eceh eceh eceh
 



 
balik kerja dalam hati membebel jugak kenapa jelly bersepah atas meja. masa ni spaghetti belum ada
 
pegi pegi dapo... opocot si angah ada di sebalik dinding dengan sepinggan spaghetti & ucapan happy birthday
 
oooooo... ai rasa nak meraung
 
jelly adalah HB kot kalau perasan
 
belon A & I
ayah & ibu
sobab birthday ayahnya selang sehari dengan birthday ibunya
 


dan kenyanglah kami dengan spaghetti sambil mintak tambah lagi
 
 
:)
 
 


Thursday, 13 September 2018

Merdeka CupCakes

 
 
pandang-pandang, jeling-jeling
akhirnya naikkan dua gambar ni
 
 

 
 

Wednesday, 2 May 2018



walaupun tak update apa-apa tapi tiap hari datang menjengah

dunia blog dah suram ke??? 







Thursday, 11 January 2018

Shepherd Pie ... yg sangat senang


sangattttttt lama tak menulis kan
hanya intai tiap-tiap hari. nak tulis ke tak?? nak upload gambar ke tak???

ok la, kita hai hai sikit untuk tahun 2018 ni

gambar yang sangat fresh, baru buat malas semalam 

bila terjebak dengan drama (yang mana ia sangat jarang berlaku), preparation untuk dinner start lepas pukul 7 ataupun masa iklan. tu pun lari-lari sebab kejap je iklan

assistant akan calling-calling bila iklan habis
fuh.... agak mencabar




kalau makan kat secret recipe, rasanya 10. air lagi, itu ini lagi maka mau seratus jugak habis

jadi sila pangkah menu ni dalam secret recipe lepas ni sebab buat sendiri adalah lebih shananana

planned nak guna daging tapi paham2 aje la. kalau nak guna cari kat banyak kedai pun tak de. kalau tak nak guna, depan mata melayang-layang daging kisar tu. jadi beli ayam & cincang halus. tukang cincang ada je 2-3 orang. cuma perlu bagi arahan

1 kg kentang - potong kecik, rebus sampai lembut & toskan
Susu segar anggaran 1/4 cawan je
2 sudu butter
lada sulah, garam

Waktu kentang masih panas, lenyekkan. masa kan ciput, jadi kak ton guna mixer, senang je kerja. tau-tau dah elok licin

Masukkan susu sikit demi sikit, jangan habiskan. Agak-agak adunan kentang lembik je, susu tu dah boleh masuk dalam mulut sendiri

Masukkan butter dalam suhu bilik, lada sulah dan garam

Ketepikan kentang tapi kita tak payah nak join ketepi sekali sebab ayam tu nak kena masak pulak iye

Untuk isi

500 gram isi ayam
1 biji bawang holland - dadu
1/2 tin cendawan butang - dadu
1 tin sos prego
2 sudu cili kisar, abaikan kalau x nak pedas
Serbuk lada hitam
Serbuk oregano
Garam

Tumis bawang sampai layu. Masukkan cili kisar. pedas-pedas baru gembira sikit makan kerna melayu & pedas tak dapat dipisahkan

Masukkan ayam, goreng sampai masak.
Curahkan sos prego & cendawan butang. Gaul sebati
Perasakan dengan serbuk lada hitam, oregano dan garam

Cara -----
Letakkan sikit kentang di bawah
tutup dengan ayam tu. lagi banyak lagi ceria kita makan
lepas tu tutup balik dengan kentang

dah boleh bakar, 170 darjah, 20-30 minit.
padamkan api sebelum rentung

kalau ada cheese lgi sedap tauuuuu
omputeh sangat kalau makan sambil cheese meleleh2





Wednesday, 8 November 2017

Kek untuk Cikgu



antara kek kegemaran ....
bila dah siap, tengok berdepan rasa memang comel

ahakkksss... matik la puji kek sendiri




tengok pada ketebalan bibir, mungkin pipi cikgu bakal berlubang

suwit sangat student dgn cekgu zaman sekarang












Friday, 3 November 2017

Kek Burung Hantu



ni kek mini je
entah kenapa sekarang suka buat yang mini
nampak comel sebab kecik

kadang-kadang kita nk celebrate 2-3 orang je jadi mungkin orang rasa kek besar macam membazir

apa-apa alasan pun tak pe la kan



isi dalaman adalah butter cake

fondant dibalut dan dikemaskan sepenuhnya oleh anak dara kak ton, si angah

memula dah balut tapi ada kesilapan teknikal sikit jadi dia balut lagi 1 layer

kak ton pulak sibuk dengan roti jalan & kari ayam







soalan cepu emas dari angah
"sisik-sisik tu cantik, ibu buat dengan kuku ke?"

keji sangat le kalau buat dengan kuku, kan???




Monday, 23 October 2017

Mni Saiz Fondant Cake



isi kandung adalah butter cake bersaiz 4x4x4

rasa bahagia pulak buat kek bersaiz comel macam ni










Friday, 15 September 2017

Sepupu Doraemon & Nobita



Cabaran.....

demam pada hari kejadian



cuaca pulak tak kesian langsung pada kak ton
buttercream mencair, fondant pulak melekit-lekit

persiapan macam tulisan, mini rainbow dan bapak rainbow kak ton dah prepare siap

macam bapak rainbow tu buat awal sebab nk bagi fondant mengeras sekeras-kerasnya
tapi apa kan daya, cair terus

hanya mampu print dan lekatkan rainbow jadian 


korang.... 
doraemon & nobita tu adalah kerja tangan anak dara kak ton si angah

nasib le boleh diharap untuk take over di saat demam yang sangat hebat

mula-mula try jugak buat nobita tu tapi jadi muka katun pencuri pulak
perasan tak katun pencuri pakai baju penjara belang-belang hitam putih
memang sebiji muka dia 









Wednesday, 6 September 2017

Adik-Adik Smiley


fuh... lap peluh yang dah mengeras
punya la lama kak ton tak menjelma kan

2nd time order dari Linfox ni, multi national company dari Australia. hari tu kek lori yang hampir-hampir nak nangis
kali ni merecik jugak peluh sebab fondant meragam

why laaaaa.... please be nice to me





mendapat bantuan penuh dari angah 
dia yang excited giler bila tau kak ton kena buat smiley ni
well done my daughter


kek yang tinggi ramping ala-ala model ghana








Tuesday, 8 August 2017

Motif nak Viral???



manusia zaman sekarang ni kak orkid akka kak ton rasa dah makin mengada-ngada. mentang-mentang la ada kemudahan di hujung kuku dan cekam, bukan main lagi yek

sikit-sikit tak puas hati, tak suka terus letak dalam media sosial. nyampah pulak

masa dulu tau pulak korang nak siasat, nak tanya itu ini baru nak percaya. sekarang ni???... ya ampun. Allah je yang tau 

gaduh dengan laki sikit nak up dekat insta. handle sendiri sudah le
laki bagi bunga 3 kuntum masuk dekat fb. bahgia & sweet sangat kehidupan macam orang lain ni doplohpatjam gaduh baling-baling pasu bunga kertas

ada hal sikit dengan kawan-mawan, dengan orang itu ini terus campak dalam insta fb. orang lain pulak yang nampak yang tak berapa tahu ujung pangkal terus share sana sini. komen tambah tolak bahagi nak menyedapkan rasa padahal korang pun tak de beza perangai

jadi... 
bersikap rasional la ye. kita ni bukan budak kecik yang tak boleh pikir

kita aibkan orang belum tentu Allah akan tutup aib kita. takut nanti aib kita lagi berganda-ganda orang lain buka. masa tu baru pikir pasal maruah orang yang korang sepah-sepah dan pijak-pijakkan

kalau tak nak orang buat jadi kita tak payah le buat

chil chil sudah

lagipun kita ni makin lama makin tua untuk buat benda-benda remeh macam ni

sebab tu le kak orkid tak pernah nak share apa-apa berita. sahih atau tak benda tu tak payah la klik butang share tu. kat post sapa-sapa pun kak orkid tak pernah komen kecuali post yang bersikap biasa-biasa je


Tuesday, 18 July 2017

Inilah Gambar Raya


bila makin tua, gambar raya pun makin kurang
makin lama makin kurang

tahun ni, langsung tak de bergambar dengan suami dan anak laki. diorang pun bukan giler kamera. angkat je kamera terus lintang pukang nyorok



baju last minit beli. pukul 2.45 nak balik Melaka, pukul 2 pergi berF1 cari kat kedai. nasib le ada yang sesuai sikit

baju tu kosong je
petang sebelum raya beli la manik2 besar. sibuk masak maka tak sempat la nak menjahit. malam bila nak start operasi, tengok2 manik yang beli tu tak de

ngamuk dainesor le kak ton. kesian angah kena marah sebab waktu bayar tu dah suruh dia amik dari salesgirl tu. sibuk melayan telefon sampai tinggal

tengah malam tu encik suami paksa jugak pegi pekan masjid tanah beli. nasib satu kedai ada bukak tapi pilihan sangat la limited. bedal je apa yang sesuai




pagi isnin balik perak
selasa malam tu berbbq dengan adik beradik yang ada











Friday, 23 June 2017

Dah Nak Raya



dasat. last post pasal Ramadhan, lusa dah nak raya 
tiap-tiap hari intai je blog ni tapi kekuatan dan story tak berapa ada. dah dibawa ke laut china selatan nun

tak macam tahun dulu-dulu. tiap kali masak mesti angkat kamera. bila laki datang dapur, cepat-cepat purak-purak lap meja. takut kena marah tak habih-habih nak posing makanan

entah le, adakah zaman itu dah berlalu????

lepas Jumaat ni nak gerak dah balik Melaka. semua benda pun tak pack. bio lantokkan

dah 40-an ni tak de pulak excited pasal baju raya segala. tapi sebab nak raya Melaka, kena la ada yang baru sikit

ok, bye

#pemalassangat

Tuesday, 30 May 2017

Ramadhan 2017



Assalamualaikum

Alhamdulillah, diam tak diam dah hari ke-4 kita puasa kan

Setakat sekarang, semuanya biasa-biasa aje. Ada kelainan sikit tapi biar la sendiri aje yang tahu. Harap dapat maintain sampai ke akhirnya

Tahun ni jugak mood adalah ke hutan belantara. Sampai sekarang, masih tak de baju raya. Sempat beli kasut je sepasang berbulan-bulan sebelum puasa. Kalau ke sudah moodnya tak ada, mungkin pakai baju tahun lepas aje

Semua pun serba lama. Lagipun kak ton bukannya jenis tiap kali raya nak perabot langsir baru. Lenjan aje apa yang ada. Ada juga niat nak buat wainscoting tapi nak ukur dinding untuk quotation pun malas. Cemana tuhhhh???

Harap-harap plan nak balik kampung weekend ni berjaya. Harap-harap dapat berbuka dengan mak abah. Cuti dah applied, dah bagi hint pada anak-anak jugak tapi tak minta approval suami lagi. Boleh gituhhhh??? 

Bila gitu, harapan untuk posing-posing gambar makanan adalah very very tipis


Friday, 19 May 2017

Tat lagi Up dari 50 Sen



ada maknanya tajuk itu????

maknanya tat ni lagi besar dari duit syiling 50 sen tau
tebal susah semestinya lebih dari 50 sen

dengan harga RM36 sebekas, memang puas sesangat la kan. Walaupun banyak banyak banyak sangat harga naik, kak ton redho dengan mengekalkan harga macam tahun lepas

kalau tak nak letak atas meja di pagi raya, boleh sorok kat dapur je. makan dengan seisi keluarga aje udah









call / whatsapp Puan Rozaida, yakni saya sendiri
012-9173050