Wednesday, 14 December 2011

Demi Saiful MasterChef



Makcik bukan le peminat fanatik Saiful si MasterChef tapi rasa sayu je hati bila nengok muka dia

Muka kesian + muka naif

Nak-nak pulak tujuan dia masuk MasterChef untuk merubah nasib keluarga aka ubatkan mak dia yang sakit

Makcik ni, kalau masuk bab mak pak, selalu je sayu extra tahap berlebeh-lebehan

Ye le....sapa tak sayang mak pak yang hanya ada 2 je kat dunia ni



Walaupun tak cukup bahan aka malas pergi kedai untuk mencukupkan bahan,
demi semangat Saiful tu, makcik pulun jugak buat spagetti ni.
Rasa pun tak de le tak mampu diterima tekak


1 biji bawang besar holland - potong dadu
200 gram daging kisar
4 biji cendawan butang - belah 4
6 sudu besar sos  spagetti tradisional
3 sudu cili kisar
2 sudu besar pes tomato
2 sudu besar sayur campur
Sedikit oregano kering, kalau ada daun bay lagi sedap
Minyak zaitun untuk menumis

1. Tumis bawang besar hingga layu.
2. Masukkan cili kisar dan pes tomato. Masak hingga naik hantu minyak
3. Masukkan daging kisar, masak hingga daging layu.
4. Tambahkan sos spagetti, sedikit air, cendawan butang dan sayur campur. Gaul sebati. Makcik suka yang berkuah sikit
5. Taburkan oregano, perasakan dengan garam.





Sudahlah siap, mana la si saiful ni. Nak ajak makan sekali, demi mengubati hatinya yang lara.

Buat Saiful....perjalanan anda masih jauh. Rezeki Allah berada di mana-mana saja.


No comments:

Post a Comment