Punya la kelam kabut bila ada tetamu nak datang rumah. Dia dah keluar rumah baru dia call, bagitau nak datang. Tak ke lintang pukang kehidupan dibuatnya.
Korek sana, korek sini....bukak sana, bukak sini
Intai bahan-bahan yang ada kat dapur nan merah itu, apa nak buat ni?....
i don't like bila tetamu datang tapi jamu dengan semekut, tu pun kalau nasin baik ada semekut.
Buatnya semekut pun wasalam, apo nak bagi?
Bole le buatkan puding roti ni
Sempat rasanya nak siapkan....sementara borak-borak bole le puding ni sejuk
Kalau ada rezeki, dapat le deme merasa puding air tangan ai
Kalau ada rezeki, dapat le deme merasa puding air tangan ai
Sumber : myresipi
Bahan A
500ml susu segar
8 keping roti gardenia
Bahan B
4 sudu besar gula halus
2 biji telur
2 sudu besar butter - cairkan
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar serbuk kulit kayu manis (optional) - ai letak 1 sudu kecil je
1 sudu besar buah pala (optional)
Bahan C
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula
Cara-Cara
1. Koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jan
2. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dengan bahan A yang telah direndam
3. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit @ hingga masak. Sejukkan sebelum dimasukkan dalam peti es.
4. Gaulkan bahan C dan masakkan di atas api sederhana sebentar.
5. Tuangkan sos di atas puding semasa menghidang.
Siap.......sempat la tetamu merasa.
Alhamdulillah.
salam Ida..k.atie pon klu org nk dtg pastu dah nk sampai br bgtau mmg geram gak.mmg kelam kabut kitakan..Klu blh esok nk dtg,arini gtau..hihi
ReplyDeleterasa nak cubit2, kan?
ReplyDelete