Kejap je dah masuk bulan Ogos
Pejam celik, pejam celik lagi dua bulan nak kena renew roadtax insurans kereta
Banyak betul tarikh penting dalam bulan Ogos
tak boleh nak buat-buat lupa sebab ada sehari tu memang untuk diri sendiri
ok, kita buat ringkasan
3 Ogos - birthday Along
5 Ogos - arwah abang kembali ke rahmatullah
10 Ogos - birthday en. suami & anak sedara
11 Ogos - birthday diri sendiri & anak sedara
15 Ogos - birthday kakak
18 Ogos - birthday anak sedara
ko tengok tu....berduyun-duyun birthday sanak sedara
biasanya kalau kebetulan balik kampung, memang ada upacara potong kek
semua pun join sekaki
maka adalah mpat lima bijik kek, sorang sebijik yang setengah kilo tu
Tahun ni insya-allah nak buat kat kampung
Disebabkan tahun ni birthday Along jatuh pada bulan Ramadhan & buzy nak ngadap UPSR, jadi amik kesempatan buat birthday dia sekali dengan open house di akhir Syawal nanti
insya-allah, kalau tak de apa-apa halangan
Tahun lepas pun dalam Ramadhan, kitorang buka puasa kat otel je
Tahun ni tak de plan lagi
Lagipun tahun ni semangat berkobar untuk masak, no beli-beli lauk di pasar Ramadhan
Kalau beli pun cuma kuih yang leceh
Tapi......tetiap hari pun ada la something so call kuih @ dessert yang mokcik buat sendiri
Fuh....rasa bangga dengan pencapaian ini
dalam-dalam gumbira, memang ada rasa sedih
abang yang ketiga kembali pada-Nya pun di bulan Ogos
pemergian arwah Yang yang tak disangka
masih terbayang ketabahannya melawat kesakitan
semoga dia tenang di sana & bersama-sama dengan orang-orang beriman
No comments:
Post a Comment