Wednesday 5 November 2014

Puding Roti Caramel ... yang senang



kak ton kan sangat mencintai dessert. cinta yang sepenuh hati, tak de berbelah bagi

kalau korang letak nasi + lauk pauk hebat sebelah dengan dessert, kak ton yang comel dan manja ni akan terkam dessert. tak dapat nasi pun tak de hal. tiap-tiap hari makan dessert pun kak ton boleh survive

kalau keinginan makan dessert datang waktu drive balik rumah, dengan uniform kerja pun kak ton redho je buat kat dapur. dah siap, baru masak untuk dinner




ni antara dessert kesukaan kak ton dan anak-anak. suka sangat diorang makan

dengan adanya resepi ni, kebarangkalian roti untuk terjun dalam tong sampah adalah mustahil. kadang-kadang, memang kak ton sorok 4 keping roti 


sumber : K.Nor

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ 1cwn susu cair+1cwn air suam
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)


Cara-cara

Cara membuat gula hangus.
masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je





kalau ada yang nak bertandang ke rumah, kak ton buat ni je. abis cerita, buat pun tak renyah. sambil goyang-goyang vontot... eh eh eh, dah siap dessert i




8 comments: