Monday 29 December 2014

Banjir



kak ton rasa banjir kali ni benar-benar menguji kita semua baik dari segi emosi mahupun fizikal. pada yang melalui, hanya Allah yang mengetahui bagaimana perasaan mereka

kampung kak ton di kuala kangsar pun tak terkecuali dengan banjir. first time rasanya kena banjir sepanjang umur kak ton ni

pagi rabu mak kak ton called, nangis-nangis sebab katanya air tiba-tiba naik dengan lajunya kat depan rumah. naik laju dengan bunyi sekali

orang-orang kampung datang tolong angkut barang-barang rumah jiran belakang yang betul-betul depan sungai. cuma sikit je yang berjaya selamat sebab air naik dengan cepat sangat. lepas setelkan rumah jiran, rumah kakak depan rumah mak pulak kasi clearkan. angkat semua barang ke tingkat atas rumah mak


tempat rekreasi belakang rumah yang dah tenggelam. kedai makan cuma nampak bumbung merah. kedai makan tu jiran punya jadi dia kerugian rumah dan barang-barang kedai



belakang rumah mak

padahal sungai tu sebenarnya jauh ke bawah. kat situ ada padang bola, surau. jadi kalau ikutkan jauh jugak jarak dari rumah


tak senang duduk dibuatnya. walaupun kak ton cuti tapi tak boleh balik sebab anak kak ton baru bersunat sehari. dia tak nak balik sebab malu

khamis baru kak ton dapat balik kampung



walaupun rumah mak tak masuk air tapi barang rumah semua dah dikosongkan. tolong bersihkan rumah kakak yang berlumpur segala. pinggan mangkuk berlumpur



 kain baju berlonggok-longgok

ni cuma banjir yang tak berapa besar. tak dapat bayangkan pada air yang naik tinggi, barang rumah rosak

kesiannyaaaaa

kena kemaskan rumah cepat-cepat sebab adik bongsu kak ton nak bertunang hari sabtu. kitorang pun dalam dilema nak teruskan majlis atau tak



korang dapat bayangkan kak ton berkain batik bert-shirt merah mengemas dalam hujan

dah lama tak mandi hujan



sempat lagi siang ikan talapia dalam hujan lebat. dah alang-alang basah maka marilah kita bersihkan ikan





kegajahan kak ton dari belakang



sejuk giler

dari awal pagi sampai ke tengahari kak ton berhujan

buat longkang untuk bagi air lalu supaya tak banjirkan laluan kereta




semoga banjir di pantai timur dan tempat-tempat lain kembali pulih


6 comments:

  1. alhamdulillah , air cuma naik manja2 saja . tu pun tgk gambar dah mcm tu keadaannya . mcm manalah yg masih ditenggelami air ... allah hu akhbar ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. tak boleh bayangkan keadaan di temat lain yang teruk tu

      Delete
  2. ya allah betul la sy ni xpernah mengalami banjir.. tp bila tgk keadaan di kelantan MasyaAllah tersentuh sgt hati..berat ujian tahun ni buat beberapa negeri. Yakin ade pelangi menanti InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. tu la kak ton wei
    banjir yang semua org tak sangka
    syukur sket aje banjir umah mak ko tu
    amboi kak ton
    syok main hujan nampak

    ReplyDelete
  4. syok oooo main hujan
    paksa anak2 sedara join sekali

    ReplyDelete