Monday 23 February 2015

Iwan's Birthday



alhamdulillah... 
selamat dah anak bongsu kak ton melepasi angka 11 tahun. walaupun dah besar, tidur masih lagi nak berpeluk, nak pegang tangan

buat awal sehari dari tarikh sebenar, actual 15 February tapi kak ton buat 14 Feb sebab esoknya dah nak pegi Penang

cadang nak buat majlis birthday sikit untuk dia. saja untuk sonok-sonok, ajak kawan-kawan sekolah dia sikit


tapi...... majlis kak ton buat petang tapi pagi-pagi diorang dah sampai. kak ton ingat diorang memang saja nak datang pagi, lepak rumah sampai petang. ujung-ujung tengah kak ton sibuk masak kat dapur, mak pak diorang dah datang ambil

rasa bersalah betul... menikam-nikam kalbu. dengan tak makannya, dengan tak amik goodie bag. rasa nak nangis tau, terpaksa kak ton marah sikit. kot ye pun diorang balik, bagitau le kak ton, bole le bekalkan sikit makanan. sedih tau



majlis patutnya start pukul 5 tapi pukul 3 kawan-kawan en. suami dah datang. haih, tiap kali buat makan-makan mesti jadi macam ni. ni bukan 1st time ye kak ton diperlakukan macam tu

nasib makanan sempat siap, cuma deco tak sempat dibuat. nangis berganda-ganda la nampaknya. banyak kak ton plan untuk deco tapi semuanya ke laut disebabkan perbuatan suami sendiri

jaga-jaga ye darling... kelakuan anda diperhatikan



ni je yang mampu

di meja belakang, mee kari & accessories
di meja depan ada jelly beans, sweet straw, pulut kuning, rendang anak ayam kot (ayam kecik, daging pun lembut. habih hancur), fruti tart, cupcake pisang, apam gula hangus, keropok sayur, puding roti karamel, congo bars, nessy choc cookies. tak de dalam gambar gratin macaroni, fruit cocktail, talam ubi

semua adalah hasil kerja tangan kak ton kecuali talam ubi





goody bag... merah biru kaedahnya



mangkuk kosong, pinggan kosong dan air corner





antara tetamu terawal. walaupun tak ramai lagi, kak ton proceed dengan potong kek dulu. kesian, si kembar tu kata omak eh suka makan kek. tak sampai hati plak tengok diorang terintai-intai kek atas meja



kek dengan deco yang sedeh. dah penat rasanya, kak ton buat yang senang je

haprak kan... sendiri punya buat sambil lewa je. penat tau, tu yang tak kesampaian niat nak buat yang ada dalam kepala



tak kesian langsung... kak ton bertungkus lumus tapi dia sebuk dengan keropok sayur

tumbuk bertalu-talu nanti baru tau



happy birthday to u ... happy birthday to u

happy birthday to iwan, happy birthday to u u u u

semoga menjadi anak yang solh, berjaya di dunia dan akhirat. ibu sayang iwan sangat-sangat. always baby ibu



choc moist cake



cousin & ibu bersama dengan birthday boy yang berambut sebesar bakul buah-buahan. sayang sangat nak korbankan rambut

rasa macam ada tangkap gambar dengan en. suami tapi tak kelihatan pulak muka dia

p/s ... tengah kak ton bermasak-masak di dapur. bole dia cakap dia terkemekkan kereta kak ton. nak baling kayu pada anjing, kena kereta. uwaaaaaaaaaaaa..... walaupun dia nak hantar pegi ketuk, takkan sama dengan hati yang terluka



4 comments:

  1. alhamdullilah ringkas tapi nampak menarik

    ReplyDelete
  2. hahahhaa lawak lak baca cite ko kak ton weiiii

    aduyaiiii kemek keta ko kak ton
    kalau aku mau kemek batang idong dia aku kerjakan

    kak ton, kek org ko buat cantik2
    pehal kek anak ko simple
    haisshhhh nak kena sekel ko ni kak ton

    tapi kan
    aku pun stress
    majlis kul 5
    mai kul 3
    mesti bersilat bagai nak rak
    nak2 kalau tak settle lagi masak bagai
    hahahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. patutnya nk cuti jumaat tapi khamis dah mc. jadi rasa bersalah pulak utk cuti
      tu yg kek sedeh je mampu dipersembahkan
      nasib la kan...penat dah badan

      stress sesangat.. geram betul
      dah le geram dgn kereta tak hilang lagi

      Delete