Thursday, 7 May 2015

Spagetti Giada at Home... air tangan anak



kak ton peminat rancangan memasak. antaranya Giada at Home kat channel 727 astro. maka... tiap-tiap petang pukul 7.05 dan weekend 9.05 kak ton akan baring-baring depan tv. waktu santai sebelum start/sambung buat kerja rumah

minggu lepas giada buat spagetti senang. angah si anak dara kak ton kata senangnya nak buat



nah, sepinggan spagetti hasil kerja tangan angah dibantu oleh chef jemputan yakni kak ton 

bahan of course ada yang tak sama. dia guna white wine.. dah tebiat nak kojol agaknya kalau kak ton guna wine. ganti dengan air rebusan udang, entah logik ke tidak tak tau le



bahan-bahan

spagetti
minyak zaitun
tomato ceri
bawang putih
kacang buncis - dia guna asparagus
air rebusan udang
udang yang dibuang urat
chili flakes
garam
serbuk lada hitam
daun pudina
daun parsley
satu daun lagi dah lupa jadi tak letak

rebus spagetti

panaskan minyak zaitun dan masukkan tomato yang dibelah dua. masuk bawang putih yang dicincang, garam dan serbuk lada hitam. bila tomato dah lembut, lenyekkan dengan garpu

tambah cili flakes dan air rebusan udang serta kacang buncis. bila kacang dah lembut masukkan udang dan spagetti. giada siram kuah tapi kak ton masak sekali dengan kuah. kuah agak cair jadi kak ton masukkan air bancuhan tepung jagung

tutup api, masukkan daun-daunan





sang ayah sangat la bias. bila tau anak yang masak, bukan main lagi puji sampai ke gunung everest

spagetti dah duduk dalam usus besar tapi mulut tak habis-habis lagi cakap anak bijaksana



4 comments:

  1. Seronok bila anak dah pandai masak kan.. ayah memang puji sakan...

    Anak makchaq sorang memang minat masak.. dari kecik suka memasak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sonok jugak kan bila anak dah bole tolong kita kat dapur

      Delete